Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘City musuh utama kami’

Posted: 27 Apr 2012 10:57 AM PDT

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Manchester City kini menggantikan Liverpool sebagai musuh utama pasukannya menjelang pertemuan getir jiran setempat Liga Perdana Inggeis, awal pagi Selasa ini.

"Merekalah seteru nombor satu kami masa ini. City pencabar utama kami merebut kejuaraan musim ini. Mereka menjadi tumpuan utama kami kerana mampu menghalang United daripada muncul juara liga," katanya.


"Kini kami perlu membiasakan diri beraksi menentang City dalam perlawanan penting. Mereka pasti akan terus menjadi pencabar utama.

"Sokongan yang City miliki pasti memaksa kami bermain menentang mereka dalam perlawanan penting, mungkin final. Kami sudah pun melaluinya di peringkat saingan merebut piala pada musim ini.


"Saya yakin kedua-dua kelab bakal bersaing merebut kejuaraan dengan lebih kerap pada musim akan datang dan atas sebab itulah, pertemuan menentang mereka sama penting dengan aksi menentang Liverpool.


"Meskipun semangat tidak mungkin seperti menentang Liverpool tapi perebutan juara musim ini menyebabkan pertembungan terkini lebih penting berbanding pertemuan menentang kelab Anfield itu."

United kini memiliki kelebihan tiga mata ke atas City menjelang kunjungan ke Stadium Etihad dengan baki tiga perlawanan.


Ferguson bagaimanapun menegaskan United akan cuba secara habis-habisan untuk menewaskan City meskipun seri sudah memadai buat mereka.

"Kedudukan kami lebih baik berbanding City tapi kami sudah biasa menang dan akan cuba mengulanginya," katanya.


Ferguson yang cuba menjulang gelaran liga ke-13 bagaimanapun yakin anak buahnya mampu mempamerkan persembahan lebih baik apabila bermain dengan tekanan. - Reuters


Galas harapan besar

Posted: 27 Apr 2012 10:48 AM PDT

HARAPAN menggunung peminat tempatan untuk melihat Harimau Malaya mencatat kemenangan selesa ke atas Sri Lanka pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam ini tidak memberi tekanan kepada anak buah Datuk K Rajagobal.

Sebaliknya pengendali negara itu berkata, selain kemenangan yang dicari, beliau turut menuntut semua pemain mempamerkan permainan lebih berkualiti untuk menghiburkan peminat dalam aksi pertama di laman sendiri selepas aksi antarabangsa terakhir Julai tahun lalu.


"Saya fikir ini tidak memberi tekanan, sebelum ini kami pernah lalui pengalaman kalah kepada Maldives dan kemudian kami pergi Vientiane, kami jadi juara Sukan Sea (2009).

"Ini satu proses, mana-mana jurulatih tidak mahu kalah. Anda jangan risau sangat kerana tumpuan kami sebenarnya adalah Piala AFF. Kami memandang serius perlawanan esok (hari ini) dan mahu mendapatkan kemenangan. Paling penting pemain-pemain beraksi dengan baik dan menghiburkan peminat-peminat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan itu semalam.


Pertemuan dengan Sri Lanka yang menduduki ranking ke-181 dunia adalah aksi antarabangsa kedua tahun ini selepas Harimau Malaya seri 1-1 dengan Filipina di Manila, Februari lalu.


Selepas tersingkir pada pusingan kelayakan Piala Dunia di tangan Singapura menerusi agregat 4-6 Julai tahun lalu, prestasi skuad kebangsaan mula menjadi buah mulut apabila juara Piala Suzuki AFF 2010 itu kemudian tumpas 0-5 kepada Australia pada aksi persahabatan.

Malah mereka menutup tahun 2011 dengan kekalahan kepada India 2-3 dan seri 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa.


Dan kemenangan ke atas pasukan Sri Lanka malam ini boleh dijadikan titik tolak kebangkitan Harimau Malaya yang kini merosot ke ranking 156 dunia berikutan kesukaran mendapatkan perlawanan berstatus A.

Justeru, Rajagobal sedia menurunkan peledak utama, Mohd Safee Sali yang kemungkinan turut diberikan tugas sebagai kapten untuk membolosi gawang pasukan pelawat.


"Saya akan menurunkan Safee dalam kesebelasan utama dan mungkin akan menggandingkan dia dengan Azamuddin (Mohd Akil) ataupun (Ahmad) Shakir Ali. Tapi Mohd Faiz Subri dan Ahmad Hazwan (Bakri) juga mempunyai potensi besar.


"Saya ada Safee dan Safiq Rahim untuk menjadi kapten pasukan. Siapa yang akan menjadi kapten tidak penting kerana fokus kita kepada perlawanan esok (hari ini).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan