Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Pandelela cerahkan impian emas Olimpik

Posted: 07 May 2012 04:52 PM PDT

Sukan

PANDELELA tebus detik kecewa  duduki tempat kelima bersama   Mun Yee dalam acara platform seirama.

PANDELELA tebus detik kecewa duduki tempat kelima bersama Mun Yee dalam acara platform seirama.

Gah raih emas acara 10m platform GP Terjun FINA

KETIKA Sukan Olimpik berbaki 80 hari lagi, ratu terjun negara, Pandelela Rinong menjelmakan bayangan positif apabila gah naik podium memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita pada sirkit kedua Grand Prix (GP) Terjun FINA di Montreal, Kanada, semalam.

Terjunan emas dilakukan gadis kelahiran Sarawak berusia 19 tahun dan pemenang anugerah Olahragawati Kebangsaan 2011, baru-baru ini harus membuktikan dia juga mampu disandarkan harapan menamatkan kemarau emas negara di temasya dari 29 Julai hingga 12 Ogos ini. Apapun, kejayaannya itu bukan saja membolehkan kem negara pulang dengan dua emas selepas Bryan Nickson Lomas dan Huang Qiang mengungguli 3m papan anjal seirama kelmarin tetapi turut menebus detik kecewa menduduki tempat kelima bersama Leong Mun Yee dalam acara platform seirama.

Walaupun sekadar menduduki tempat ketiga dalam acara separuh akhir B, Pandelela bangkit memperkemaskan aksi mengungguli final dengan mengutip 379.70 mata - mengatasi penerjun tuan rumah, Roseline Filion (363.85) dan Melissa Wu dari Australia (360.85).

Kejayaannya itu bagaimanapun tanpa kehadiran juara dunia dari China, Chen Roulin dan Hu Yadan yang tidak mengambil bahagian.

Sementara itu, Huang Qiang gagal mengulangi kecemerlangan apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat final acara 3m papan anjal lelaki mengutip 462.75 mata dalam saingan dimenangi penerjun Australia, Ethan Warren (511.75).
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, kejayaan Pandelela serta Bryan-Huang Qiang meraih emas amat membanggakan dan berharap ia mampu melonjakkan semangat mereka memburu kegemilangan di London 2012.

"Saya yakin kejayaan mereka meraih emas mampu memberi impak dan bayangan positif di London 2012. Namun, kita harap mereka akan berusaha lebih gigih memperbaiki kelemahan dan memperkemaskan lagi terjunan menjelang temasya terulung itu," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Skuad Harimau Muda ‘dikerah’ main petang

Posted: 07 May 2012 03:31 PM PDT

Sukan

  KIM Swee (kiri) memberi taklimat kepada pemain Harimau Muda sebelum memulakan  sesi latihan di Wisma  FAM,  semalam.

KIM Swee (kiri) memberi taklimat kepada pemain Harimau Muda sebelum memulakan sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Langkah sesuaikan diri menjelang Kelayakan Piala AFC

GARA-gara terlepas hak menjadi tuan rumah kejuaraan julung kali Kelayakan Piala AFC Bawah-22, skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee kini terpaksa menyesuaikan diri dengan permainan sebelah petang pada kejohanan di Myanmar bulan depan.

"Kita diletakkan bermain jam 3.15 waktu tempatan kecuali perlawanan terakhir bertemu tuan rumah pada jam 6.15 petang," kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. "Sebab itu dari awal lagi saya katakan, jika mendapat hak menjadi tuan rumah, kita boleh letakkan pasukan lain bermain pada jam 2 petang sekali pun, itu hak tuan rumah. Jadi apabila Myanmar menjadi tuan rumah, saya tidak pelik kita mendapat jadual sebegitu.

"Bagaimanapun saya akan mula menyesuaikan pasukan dengan permainan pada awal petang. Saya tidak mahu faktor cuaca dan waktu menjadi penghalang pasukan memburu kejayaan pada kejuaraan julung kali diadakan ini."

Menurut Kim Swee, Piala AFC Bawah-22 2013 adalah pengganti kepada pusingan Kelayakan Olimpik sebelum ini dan pasukan yang melepasi pusingan kelayakan tahun ini akan mengisi kelompok pilihan pada kejohanan itu nanti.

Kim Swee kini hanya mempunyai tempoh sebulan setengah menyiapkan pasukan muda menghadapi saingan Kumpulan G yang turut dibarisi Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Taiwan.
"Siri perlawanan persahabatan di Slovakia, Hungary dan China cukup penting dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan sengit pusingan kelayakan itu nanti," kata Kim Swee yang skuadnya kini menjadi antara pasukan digeruni dalam Liga Singapura.

Pada sesi latihan semalam, Kim Swee memanggil 11 muka baru termasuk seorang pemain 16 tahun dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa yang dilihat berpotensi menjadi pemain tengah berbisa satu hari nanti.

Sementara itu Kim Swee mengakui sedikit gelisah dengan kecederaan beberapa pemain yang menjadi tulang belakang skuad Harimau Muda. Pada sesi latihan itu, tujuh pemain sekadar berlatih ringan dan Kim Swee berharap mereka sempat pulih sebelum saingan bermula 21 Jun ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan