Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Fukushima bermula garang

Posted:

Fukushima bermula garang

Fukushima bermula garang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

FUKUSHIMA (depan) menjuarai saingan peringkat pertama JM 2012 dari Stadium Merdeka ke Bandar Baru Kampar, Perak semalam.


PERLUMBAAN pembuka tirai Kejohanan Berbasikal Jelajah 1Malaysia (JM) 2012 petang semalam tidak memihak kepada pelumba negara.

Pada saingan yang bermula dari Stadium Merdeka ke Bandar Baru Kampar, Perak itu tiada pelumba Malaysia berjaya menaiki podium biarpun perlumbaan sejauh 161.5 kilometer (km) tersebut dimenangi oleh pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerusi wakilnya dari Jepun, Shinichi Fukushima.

Dia melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam, 50 minit dan 38 saat.

Dengan cuaca panas terik dan laluan yang cukup mencabar, Fukushima bagaimanapun berjaya mengatasi cabaran tersebut dan melakukan henjutan terakhir untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Dia meninggalkan pencabar terdekatnya, Michael Torckler (Pure Black Racing) dan Hari Fitrianto daripada pasukan Polygon Sweet Nice dalam kelompok masa yang sama.

"Saya melihat ada pelumba melakukan breakaway (pemisahan) pada 20km pertama, jadi saya pun cuba mengejar kelom- pok tersebut dan mengekalkan kedudukan," kata pelumba berusia 41 tahun itu.

"Sepanjang laluan tersebut, ada beberapa pelumba mula keletihan dan semakin ketinggalan di belakang, termasuklah rakan sepasukan saya, Mamat (Mohd. Harrif Salleh).

"Jadi, saya tahu perlumbaan peringkat ini sungguh mencabar dan apa yang saya mampu buat ialah kuatkan semangat dan kekalkan kedudukan.

"Selepas itu, pada 10km terakhir ada lagi pelumba melaku- kan breakaway dan saya masih berjaya mengekori empat pelumba di hadapan saya.

"Selepas itu, kira-kira satu kilometer terakhir, saya mula melakukan henjutan dan berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat," ujarnya yang turut menyarung Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Sementara itu, hanya dua pelumba negara sahaja yang berjaya menduduki kelompok 15 pelumba terbaik iaitu Muhamad Adiq Husainie Othman di tempat kesembilan dan Muhammad Zulhilmie Afifi Ahmad Zamri ke-12.

Kedua-dua pelumba muda yang berkayuh untuk pasukan Bawah 23 Malaysia itu ketinggalan di kelompok kedua dan menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 48 saat di bela- kang lima pelumba dalam kelompok pertama.

Begitupun, Adiq berjaya menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik negara dan juga Jersi Hijau sebagai pendahulu Raja Pecut dengan 20 mata mengatasi Fukushima dan Kazuhi- ro Mori daripada pasukan Aisan Racing yang masing-masing mengumpul 15 mata.

Sementara itu, Jersi Merah selaku Raja Bukit pula menjadi milik seorang lagi pelumba TSG, Mohammad Saufi Mat Senan yang mengumpul enam mata.

Peringkat kedua hari ini akan bermula dari Bandar Baru Kampar ke Kulim, Kedah dan juga merupakan laluan terpanjang sejauh 201.8km.

Sama penting buat Chong Wei

Posted:

Sama penting buat Chong Wei

Sama penting buat Chong Wei

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI mempamerkan produk terbaharu CNI selepas dia dilantik sebagai duta baharu syarikat itu semalam.


"SUKAN Olimpik dan Piala Thomas sama penting."
Demikian tegas jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menjadi sanda- ran utama Malaysia pada kedua-dua kejohanan tersebut.

Pemain No. 1 dunia itu berkata, tidak kira apa juga situasi sekalipun, dia tetap akan mempamerkan aksi terbaiknya apabila beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London, Jun depan dan Piala Thomas di Wuhan, China bermula 20 Mei ini.

Katanya, Sukan Olimpik dan Piala Thomas sama penting kerana dia beraksi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

"Memang Sukan Olimpik temasya sukan besar, namun saya tidak pernah menganggap Piala Thomas tidak penting.

"Bagi saya, kedua-duanya sama penting. Pada Sukan Olimpik saya beraksi secara individu dan Piala Thomas pula acara berpasukan yang mana kedua-duanya saya membawa nama Malaysia.

"Apa jua situasi sekalipun, saya tetap akan mencuba untuk melakukan yang terbaik demi negara," kata Chong Wei.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat jualan langsung CNI Enterprise(M) Sdn. Bhd. di Shah Alam semalam.

Menerusi MOU tersebut, Chong Wei telah dilantik menjadi duta CNI selama setahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CNI, Kelvin Koh.

Sebelum ini, segelintir pihak mempersoalkan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tetap mahu menyenaraikan Chong Wei dalam skuad negara bagi menghadapi Piala Thomas di Wuhan.

Bagi mereka, Chong Wei tidak perlu disenaraikan dalam skuad negara kerana fokus utamanya kini adalah Sukan Olimpik yang mana dia diletakkan sebagai sandaran untuk membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij itu.

Malah, kecederaan bahu kanan yang dialami Chong Wei ketika aksi final Seluruh England, Mac lalu dikhuatiri berulang jika tetap turun beraksi di negara Tembok Besar itu, sekali gus menjejaskan persiapan untuk memburu pingat emas di London.

Sementara itu, Chong Wei turut menyokong penuh keputusan yang dibuat BAM untuk membawa skuad negara menjalani latihan pusat di Dongguan, China sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Thomas.

Jelas pemain berusia 30 tahun itu, ia merupakan peluang terbaik buat barisan pemain negara untuk memu- puk semangat berpasukan sebelum turun beraksi.

"Beraksi dalam Piala Thomas memerlukan semangat berpasukan yang cukup tinggi.

"Di Kuala Lumpur kami jarang dapat peluang untuk duduk makan, minum dan melakukan perkara-perkara lain secara bersama kerana waktu la- tihan yang berbeza antara pemain perseorangan dan beregu.

"Namun, saya percaya di Dongguan nanti ia dapat dilakukan kerana kami mempunyai tempoh lebih kurang seminggu untuk bersama sebelum beraksi pada Piala Thomas.

"Langkah tersebut penting bagi memupuk semangat berpasukan antara pemain-pemain," jelas Chong Wei.

Selain Chong Wei yang diberi tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama, cabaran Malaysia turut digalas oleh perseorangan kedua, Liew Daren, Muhammad Hafiz Ha- shim (ketiga) dan Chong Wei Feng (keempat).

Gandingan utama, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan menggalas cabaran selaku beregu pertama, Goh Shem-Lim Khim Wah kedua dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong pula ketiga.

Skuad negara akan berlepas ke Dongguan, Ahad ini bagi memulakan latihan pusat sehingga 18 Mei ini sebelum ke Wuhan sehari kemudian.

Kempen Piala Thomas kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Denmark dan Afrika Selatan.

Cooley lakar balingan sempurna

Posted:

Cooley lakar balingan sempurna

Cooley lakar balingan sempurna

COOLEY tampil dengan gaya tersendiri pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia Canon ke-35 semalam.


PEMAIN Australia, Sam Cooley sekali lagi mencuri tumpuan pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia Canon ke-35.

Bukan sahaja berjaya melakukan jatuhan pin sempurna pertama, 300 mata pada kejohanan tersebut, malah Cooley seperti tahun sebelumnya tampil penuh ceria dengan gaya pakaian penuh berwarna-warni.

Jatuhan 300 pin tersebut semalam merupakan balingan sempurna kali ke-25 yang berjaya dilakukannya dan juga kali keempat di Sunway Mega Lane itu.

Kini, dia selesa mendahului pusingan kelayakan hari kelima dalam kategori antarabangsa bagi Terbuka Lelaki.

"Ia hanya satu lagi balingan sempurna 300 pin. Saya mahu melakukan lebih baik pada hari perlawanan sebenar," katanya yang merupakan pemain terbaik pada Terbuka Malaysia tahun lalu.

Peserta kelahiran Australia itu turut mendahului 'pool' luar negara dalam kategori Terbuka Remaja Lelaki Milo dengan jumlah keseluruhan 1,301 jatuhan pin pada hari kelima aksi kelayakan tersebut.

Dalam pada itu, pemain elit negara, Siti Safiyah terus cemerlang untuk mengumpul 1,478 jatuhan pin pada hari kelima acara Masters kejohanan tersebut.

Meskipun tiada perubahan dalam kutipan mata, Siti Safiyah tetap mempamerkan prestasi konsisten pada aksi kelayakan yang mana dia terus men- dominasi kategori wanita.

Rakan sepasukannya, Jacqueline Sijore melonjak ke kedudukan kedua de- ngan mengutip 1,406 jatuhan pin, manakala Esther Cheah di tempat ketiga (1,386).

Kategori lelaki menyaksikan pemain simpanan skuad negara, Syimir Abdul Razak terus mendahului kuti- pan mata semalam dengan 1,476 jatuhan pin.

Pemain berpengalaman negara, Adrian Ang pula berada di tempat kedua (1,474) dan Isaac Russel Paul di tempat ketiga (1,442).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan