Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Pandelela kutip emas kedua

Posted: 07 May 2012 10:13 AM PDT

RATU terjun negara, Pandelela Rinong membuktikan kewibawaannya sebagai Olahragawati Kebangsaan 2011 apabila merangkul pingat emas kedua negara pada Grand Prix Fina di Montreal, Kanada, awal pagi semalam.

Atlet kelahiran Sarawak itu bangkit mengutip 379.70 mata untuk memintas penerjun tuan rumah, Roseline Filion (363.85), di tangga kedua dan peserta Australia, Melissa Wu (360.85) ketiga, sekali gus mengungguli acara kegemarannya, 10 meter platform individu wanita.


Memegang status sebagai penerjun nombor tiga dunia, Pandelela awalnya mencatat 343.50 di separuh akhir B selepas mengumpul 343.50 mata, di belakang jaguh China, Li Kang (362.30) dan Brittany Broben, dari Australia, 348.10.

Kejayaan itu sekali gus memberi bayangan awal skuad terjun mampu menyumbang pingat Sukan Olimpik London.


Apatah lagi, kelmarin, Bryan Nickson Lomas dan rakan segandingan, Huang Qiang, mengutip emas pertama dalam acara acara 3m papan anjal seirama.


Bagaimanapun, Huang Qiang gagal mencipta satu lagi kejayaan apabila sekadar berada di tangga keempat acara 3m papan anjal individu lelaki dengan catatan 462.75 mata di final.

Dia awalnya menduduki tempat ketiga dengan catatan 424.85 mata pada separuh akhir A di belakang Alexandre Despatie dari Kanada (481.20) dan Javier Illana (451.10) dari Sepanyol.


Tetapi, tuah lebih memihak kepada Ethan Warren dari Australia yang mengutip 511.75 mata untuk berada di tangga pertama, diikuti Despatie (497.20) kedua dan Illana 482.60 ketiga di final.

Skuad terjun menutup tirai sirkit kedua dengan kutipan dua pingat emas setakat ini dan dijangka melangkah ke peringkat ketiga saingan di Fort Lauderdale, Amerika Syarikat (AS), 10-13 Mei ini.




Medan anak muda

Posted: 07 May 2012 10:07 AM PDT

KETERUJAAN dan debaran menjelang pembukaan musim baru Kejuaraan Motosikan Asia Petronas (ARRC) edisi 2012 semakin kencang.

Dengan musim baru yang bakal berlangsung beberapa hari saja lagi, kejuaraan ini turut menyaksikan ramai wajah baru dalam perlumbaan individu kelas SuperSports 600cc. Bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 11 hingga 13 Mei ini, acara pembukaan akan menyaksikan penyertaan paling ramai kategori perdana dalam sejarah kejuaraan ini.


Kontinjen Malaysia turut mempertaruhkan lima penunggang baru beraksi buat pertama kali dalam kelas perdana iaitu Mohd Zaqhwan Zaidi yang beralih dari kelas Underbone 115cc tahun lalu untuk menggantikan pelumba senior, Mohd Suhadi Ali Rahmat bersama pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing Malaysia.

Begitu juga, juara Underbone Malaysia, Ahmad Fazli Sham yang akhirnya merealisasikan impian untuk melebarkan sayap bersama pasukan Petronas Yamaha Malaysia.


Yang lain adalah Mohd Ramdan Rosli (Petronas Yamaha Malaysia AHM), Farid Badrul (Petronas Yamaha Malaysia), dan Ahmad Nashrul Baharuddin (Bike ART Kawasaki) Sementara itu, pasukan Thailand akan diwakili dua pelumba baru, Thitipong Warakorn dan Ratthapong Wilairot (adik kepada pelumba GP, Rattapak Wilairot). Indonesia dan Filipina pula masing-masing menghantar pelumba baru dalam kelas 600cc.


Juara Underbone 115cc 2012, Rafid Topan Sucipto akan menyertai kelas ini buat pertama kali selepas beberapa bulan membuat persediaan intensif dengan berlatih di negaranya dan Qatar. Filipina pula terus mempertaruhkan pelumba utamanya, Tadahito Dashi Watanabe (pasukan Suzuki Pilipinas) untuk kelas perdana itu.

Pelumba remaja sensasi, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) yang mencipta nama sebagai pelumba termuda memenangi perlumbaan SuperSports 600cc di Qatar, tidak turut serta kerana komitmennya dalam perlumbaan di Eropah.


Jelas sekali, kehadiran pelumba bertaraf dunia seperti Katsuaki Fujiwara dan Ryuichi Kiyonari bukan satu penghalang tetapi menandakan peningkatan pesat perlumbaan motosikal Asia secara amnya.

Pengurus Promosi Two Wheels Motor Racing (TWMR), Ron Hogg menyatakan: "Ini adalah satu trend yang berkembang pesat. Dengan berlalunya setiap musim, kita lihat ramai pelumba muda mengambil bahagian dalam cabaran SuperSports 600cc dan ini memberi masa untuk membangunkan karier perlumbaan mereka dan sekiranya bernasib baik, mereka berpeluang beralih ke kejuaraan dunia." Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini adalah percuma buat orang awam.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan