Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Tawar hati'

Posted: 08 May 2012 05:12 PM PDT

Sukan

Mat Zan Mat Aris. Gambar kecil, Peter
Butler.

Mat Zan Mat Aris. Gambar kecil, Peter Butler.

KENYATAAN daripada Mat Zan Mat Aris - yang kini sudah hampir pasti meninggalkan skuad Terengganu - dan juga Steve Butler, semalam menjurus kepada satu lagi episod menarik perkembangan bola sepak tanah air.

Ia berlaku secara kebetulan apabila Mat Zan menyuarakan dia sudah tawar hati dengan pihak pengurusan skuad Penyu dan sanggup berundur dengan syarat manakala bekas ketua jurulatih Kelantan itu pula berkata ada orang telefon dan tanyakan mengenai prospek dia membimbing Terengganu.

Ketika ini Mat Zan direhatkan dua minggu daripada tugasan jurulatih manakala espnstar.my melaporkan Butler sudah meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan Liga Super Indonesia (ISL), Persiba Balikpapan dan kini mencari pekerjaan baru. Artikel lain:

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


NS calar imej Merah Kuning

Posted: 08 May 2012 04:42 PM PDT

Sukan

PEMAIN  Selangor Safiq Rahim (kanan) cuba dihalang pemain  Negeri Sembilan Marian Farbak  (kiri) pada pertemuan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

PEMAIN Selangor Safiq Rahim (kanan) cuba dihalang pemain Negeri Sembilan Marian Farbak (kiri) pada pertemuan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pelawat tuai tiga mata gegar Selangor di Stadium Shah Alam

HAJAT Selangor meraih kemenangan berturut-turut buat kali pertama musim ini tidak kesampaian, sebaliknya mereka pula diaibkan di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada aksi ke-16 Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan keputusan itu, Negeri Sembilan kini hanya satu mata kurang berbanding Selangor yang kekal di tangga keempat liga dengan 24 mata dan ketinggalan dua mata dengan pasukan tangga ketiga, Terengganu yang kurang satu perlawanan. Gawang Selangor bocor seawal minit pertama berpunca daripada salah faham barisan pertahanan dan penjaga gol, G Jeevananthan yang mudah dimanfaatkan penyerang Negeri Sembilan, Firdaus Azizul untuk gol pertama pelawat.

Selangor yang menguasai permainan selepas itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16, namun sepakan Safiq Rahim hasil gerakan satu dua menarik dengan Bosko Balaban sempat ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias.

Firdaus terpaksa digantikan Nazrin Nawi pada minit ke-30 selepas mengalami kecederaan tetapi empat minit berselang, Negeri Sembilan berjaya menambah gol kedua menerusi rembatan kencang Ahmad Shakir Md Ali di depan pintu gol selepas tandukan awal Marian Farbak sekadar ditepis lemah Jeevananthan.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan terus selesa apabila berjaya mendapatkan gol ketiga, juga menerusi Ahmad Shakir pada minit ke-63 selepas percubaan tidak berbahaya penyerang kebangsaan itu dari luar kotak penalti sudah cukup untuk memperdayakan Jeevananthan yang tersalah langkah.
Gol sagu hati Selangor hanya menjelma pada masa kecederaan menerusi penyudah kemas Balaban untuk gol kelapannya dalam saingan liga musim ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan