Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Masih berkudis!

Posted: 25 May 2012 04:59 PM PDT

Sukan

Gejala rasuah babitkan pengadil tanggungjawab FAM

ISU terbaru pengadil terbabit dengan skandal mengatur keputusan perlawanan boleh memberi kesan kepada pemain!

Itu pendapat bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berhubung kes terbaru membabitkan pengadil, Shokri Nor yang ditahan pihak berkuasa Singapura sebelum perlawanan Lions XII dan Sarawak, Selasa lalu. Khalid berpendapat, FAM harus bertanggungjawab kerana pengadil tertakluk di bawah tugas badan induk itu, malah pernah menepis dakwaan bekas Ketua Pegawai Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton yang mengatakan ada pegawainya terbabit dalam gejala itu.

"Perkara ini boleh memberi kesan kepada pemain. Ia berlaku pada saingan liga kita dan mereka perlu rasa malu dengan apa yang berlaku, apatah lagi ia dikatakan berlaku di Pulau Pinang tapi disiasat pihak berkuasa Singapura.

"Jika benar ia berlaku di sini, itu seolah-olah kita tidak serius menangani masalah ini hinggakan ia terus berlaku. Pengadil adalah di bawah FAM dan kalau dakwaan itu benar, mereka (FAM) perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," katanya.

Laporan menyebut pengadil berpengalaman negara itu didakwa oleh mahkamah Singapura atas tuduhan mengatur perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Sarawak di Stadium Jalan Besar, Selasa lalu. Selain Shokri, turut didakwa adalah bekas pemain Kedah dan kebangsaan, Thana Segar.
"Mungkin ia berlaku disebabkan mereka terlalu 'kebal' untuk dikritik. Sepatutnya semua kritikan diterima dan dinilai sewajarnya. FAM perlu berlaku adil dengan semua pihak. Jangan hanya pandai jatuhkan hukuman kepada pemain saja, pegawai juga perlu dihukum jika didapati bersalah," katanya.


Kes rasuah Shokri cemar maruah negara

Posted: 25 May 2012 04:52 PM PDT

Sukan

PERLAWANAN Liga Super Sarawak  bertemu Lions XII di  Stadium Jalan Besar, Selasa lalu.

PERLAWANAN Liga Super Sarawak bertemu Lions XII di Stadium Jalan Besar, Selasa lalu.

Azzuddin tak nafikan kemasukan semula Singapura antara punca rasuah kembali berleluasa

KES rasuah membabitkan pengadil tempatan, Shokri Nor melakar titik hitam buat bola sepak Malaysia yang baru kembali mengorak langkah di landasan betul.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut tidak menafikan kemasukan semula Singapura menerusi Lions XII, menjadi antara punca rasuah kembali berleluasa. "Singapura antara pusat yang kegiatan bookie sangat cergas, jadi saya tidak nafikan ia akan meningkatkan lagi gejala rasuah ini," kata Azzuddin yang ditemui ketika Kongres FIFA ke-62 di Budapest, Hungary, kelmarin.

"Bagaimanapun, saya tidak berkongsi pendapat yang mengatakan kemasukan pasukan dari Singapura menjadi penyebab kepada berlakunya gejala rasuah kerana sebelum itu lagi, ia sudah ada, cuma secara samar-samar dan tidak dapat dibuktikan.

"Bagi saya, ia bukan masalah pembabitan Singapura atau tidak, kerana perkara ini terletak kepada individu berkenaan."

Azzuddin mengesahkan dua nama, anggota polis, Shokri, 47, bersama seorang bekas pemain tempatan, Thana Segar Sinnaiah, 38, didakwa atas tuduhan mengatur perlawanan Liga Super dengan jumlah suapan S$15,000 (RM37,000) seorang.
"FAM boleh mengambil tindakan berkaitan bola sepak, tetapi yang lain terpulang kepada jabatan (PDRM). Jawatankuasa Tatatertib FAM akan memutuskan hukuman sewajarnya ke atas pengadil berkenaan."

Mahkamah Singapura membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin S$50,000 (RM123,272) sebelum kes disebut semula 31 Mei ini. Sabit kesalahan, kedua-dua boleh didenda sehingga S$100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, mengikut undang-undang negara berkenaan.

Menurut Azzuddin, Shokri ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermula perlawanan itu yang menyaksikan tuan rumah, Lions XII menang 3-0 ke atas Sarawak.

Tempat Shokri dalam perlawanan itu diambil alih pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim. "Kes ini tidak akan mengubah keputusan perlawanan berkenaan kerana ia tidak membabitkan Shokri," kata Azzuddin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

asicsbest

Allah maha besar dan maha mengetahui... Benda yg buruk pasti Allah akan membalasnya cuma cepat atau lambat. Wahai Pegawai2 FAM yg sombong dan bongkak dgn kuasa anda ... ini lah antara balasan Allah yg akan memusnahkan reputasi anda di FAM... kalau bukan kerana kelemahan dan kepincangan dalam FAM masakan ada manusia mcm shokri dlm senarai FAM... Jgn malu untuk turun dari kerusi FAM seandainya anda gagal.... tp malulah pada ALLah dan takutlah pada siksaan Allah di akhirat nanti

WR

Sudah sampai masanya untuk liga malaysia dikembangkan dgn membenarkan pasukan2 daerah bertanding sekali. pasukan2 negeri sekarang sama ada dibubarkan dan pemain2 dibahagikan antara pasukan2 daerah, atau pasukan negeri bertanding atas nama ibu negeri masing2. ikut mcm Jepun dan Jerman yg mempunyai pasukan2 yg mewakili bandar/daerah dlm liga mereka dan bukan pasukan negeri/wilayah. dgn cara ni, dah x perlu ambil pasukan luar negeri (mcm lions) utk main kat liga M.

sham

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad tidak setuju jika meletakkan pembabitan pasukan Singapura menerusi kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebagai punca utama gelaja tidak bermoral itu berlaku.

"Saya tidak berkongsi pendapat itu kerana ini terletak kepada orang berkenaan (yang mengambil rasuah), walaupun Singapura tidak menyertai Liga Super, kegiatan mengatur perlawanan, rasuah ini kita dengar samar-samar tapi tak dinafikan mungkin ada tapi tak tertangkap," katanya.

Kita dengar samar2 tapi tak tertangkap.... sebab FAM tidak serius dan BPR tidak cekap. Berapa alaun pengadil malaysia dibyr utk satu2 perlwnan. Itu yg penting, ini tidak asyik menguruskan masaalah peribadi dan masaalah hati yg sakit... apa yg pasti ia mesti dibasuh ataupun disamak terus.

possum_hitam

sokong dgn roti planta n pak din.so fam paham2 jela...

patut la lions slalu menang je sbelun ni.tipis plak tu.rupanye ada bantuan pengadil....

Mus

lebih memalukan pihak berkuasa negara kita seperti SPRM dan Polis gagal mengesan 'kerja' individu terbabit.Mengapa hanya dapat dikesan pihak Singapura..? FAM seperti biasa begitu lemah hanya tahu menafikan saja,kini jelas pegawai FAM terbabit.

sham

Jgn salahkan pengadil shj. mereka ini cuma dibyr rm100 utk satu game... siapa yg mentadbirnya. inilah nilai peluh pengadil m'sia.

KINGkong temasik

betul tu ..singkir kn aje lions ni dr
liga M..awl2 lg FAM dh kena tipu dgn lions
ni...prjanjian awl team lions dlm liga M
dn HM A dlm liga S players kena U23 top2
dh dkt game dulu FAM kena kencing dgn lions
ni pasal ada players dh kena national
service..lebih dr separuh players lions
skrg umur lebih dr 23..HM A kita kt liga S
semua U23 terang2 FAM ikut telunjuk lions
mmg bongok laaaaaaaa !!!!

Roti Planta

Shokri hanyalah salah satu contoh kecil kepincangan bolasepak Malaysia. Barah dalam FAM bukan sahaja dikalangan Pengadil tetapi bermula daripada 'Kepala ke Ekor'. Pengadil FAM besar kepala kerana jika dikiritk maka pengkritik akan digantung begitu jugalah pimpinan FAM yang mentadbir FAM secara diktator.

man

singkirkan saja lions dari liga Malaysia.jangan sampai ia merosakkan liga tempatan.

Pak Din

FAM tidak perlu menyalahkan pihak lain, yg salahnya diri sendiri...Usah anggap diri "perfect". Inilah bahana kalau tak boleh ditegur...Tolonglah berubah sikap demi masa depan bolasepak Malaysia...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan