Harian Metro: Arena |
Posted: 25 May 2012 10:47 AM PDT "BUKAN tak ada pemain berbakat boleh diketengahkan tapi orang di dalam BAM (Persatuan Badminton Malaysia) sendiri yang 'sayang' sangat mahu menggugurkan pemain meskipun mereka gagal beraksi dengan baik." Demikian pandangan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Razif Sidek menafikan alasan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang mendakwa negara hanya mempunyai 'pool' pemain yang amat kecil sekali gus sukar untuk diketengahkan pada saingan lebih tinggi.
Namun bagi Razif, sukar untuk menerima alasan lapuk itu kerana berdasarkan pemerhatiannya, negara tidak pernah ketandusan melahirkan ramai pemain berbakat baik pada peringkat sekolah mahupun negeri.
"Sepatutnya BAM lebih terbuka untuk memanggil pemain luar yang dirasakan berkemampuan memikul tanggungjawab pada peringkat antarabangsa. Janganlah asyik guna alasan lapuk bila sudah gagal," katanya.
"Orang luarpun sudah muak dengan alasan sama. Sepatutnya pengurusan BAM yang perlu melalui perubahan. Kalau rasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab, undur diri saja. Tak perlu tunggu lama-lama lagi," katanya. |
Posted: 25 May 2012 10:17 AM PDT PASUKAN lelaki Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) mengekalkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut selepas menumpaskan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) pada Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Politeknik kali ketujuh di PSMZA, Dungun, Terengganu, baru-baru ini. PSMZA yang nyata keletihan selepas berhempas pulas sebelum menewaskan Politeknik Kota Melaka, 16-4 di separuh akhir gagal mencabar kehebatan Polimas sebelum tumpas 1-8.
Bagi kategori wanita pula, Politeknik Merlimau, Melaka ditentang sengit sebelum mengecewakan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 10-9 sementara pasukan PSMZA berada di tempat ketiga.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Shahiddin Mohd Khatib dan Timbalan Pengarah (Akademik) PSMZA, Hasan Ismail. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan