Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Perkemas barisan

Posted:

Perkemas barisan

Perkemas barisan

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

SKUAD negara bakal bertemu Pakistan pada final Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Asia 2012 di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka malam esok.


TEMPOH dua hari sebelum aksi final menentang Pakistan pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Asia 2012 mahu digunakan sebaik mungkin oleh jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Bagi Dharma Raj, beliau masih ada masa memperkemaskan lagi jentera skuad negara sebelum turun beraksi di pentas final yang bakal berlangsung di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka malam esok.

Kelmarin, anak-anak buah Dharma Raj mengakhiri penantian selama 20 tahun apabila melangkah bergaya ke pentas final selepas menumbangkan penyandang juara, India 2-0 pada aksi separuh akhir.

Pakistan pula tidak berdepan dengan masalah besar apabila membelasah Korea Selatan 6-1 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Mengulas mengenai rentak permainan anak-anak buahnya ketika membenam cabaran India kelmarin, Dharma Raj berkata, taktik bertahan yang ditampilkan lawan mereka itu menyebabkan skuad Projek 2013 negara gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama.

"India mengamalkan taktik bertahan sehingga menyukarkan pemain-pemain saya untuk menjaringkan gol. Situasi itu menyebabkan para pemain saya agak kecewa.

"Jadi pada masa rehat, saya memberitahu mereka supaya bersabar dan bermain seperti biasa, peluang menjaringkan gol akan datang dengan sendiri," kata Dharma Raj kepada pemberita selepas tamat perla- wanan kelmarin.

Menurut Dharma Raj, aksi babak pertama juga menyaksikan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati biarpun anak- anak buahnya dilihat mendominasi perlawanan.

"Disebabkan taktik bertahan yang diamalkan India (pada babak pertama), saya menukar taktik pada separuh masa kedua dengan meminta pemain lebih banyak menyerang melalui sayap.

"Ini kerana pemain India telah sedia menanti jika serangan dilakukan melalui tengah," katanya.

Ternyata percaturan Dhrama Raj mula membuahkan hasil apabila peledak berbisa, Faisal Saari berjaya merobek gawang India sebaik lima minit babak kedua bermula.

"Gol pertama itu (jaringan Faisal) juga memaksa India menyerang dan tidak hanya bertahan.

"Situasi itu juga membolehkan kita memperoleh gol kedua (hasil jaringan Mohamad Syamim pada minit ke-66)," jelasnya.

Dharma Raj turut melemparkan pujian kepada penjaga gol, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri yang beraksi cemerlang apabila menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya India sepanjang perlawanan.

"Saya gembira melihat aksi (Hazrul Faiz) dan beberapa pemain lain yang semakin menunjukkan peningkatan," katanya.

Sabah sedia gempur Kuching

Posted:

Sabah sedia gempur Kuching

Sabah sedia gempur Kuching

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ZAINIZAM menjadi aset terbaik Sabah bagi merobek gawang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam ini.


KEYAKINAN tinggi dilaungkan Sabah yang tekad memburu tiga mata penuh apabila bertandang ke Stadium Negeri, Kuching bagi menghadapi Sarawak pada aksi Liga Super malam ini.

Dengan rekod bersih menentang skuad Bujang Senang, termasuk kemenangan 2-1 di Likas pada awal musim ini, pengendali Sabah, Justin Ganai turut memasang impian untuk menambah derita pasukan jiran mereka itu.

Malah katanya, kemenangan di Kuching malam ini begitu penting dalam misi skuad Badak untuk memburu slot dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim ini.

"Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi perlawanan ini. Saya akui, Sarawak merupakan sebuah pasukan yang baik tetapi saya tetap percaya kepada kemampuan pemain yang ada.

"Lagipun, menentang Sarawak merupakan satu perlawanan yang cukup klasik bagi Sabah memandangkan ia adalah satu pertembungan melibatkan dua pasukan dari Borneo," katanya kepada Kosmo! semalam.

Apa yang pasti, kelebihan moral kini memihak kepada Sabah apabila Sarawak terpaksa bermain tanpa penonton pada perlawanan malam ini ekoran hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) baru-baru ini.

"Kami mesti menggunakan segala kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan tetapi itu tidak bermakna Sarawak akan memberi laluan mudah kepada kami kerana mereka juga begitu memerlukan kemenangan.

"Saya menjangkakan perlawanan malam esok (malam ini) pasti sengit dan mana-mana pasukan yang bermain baik pasti memperoleh kemenangan," ujarnya.

Untuk rekod, Sabah dan Sarawak kini berkongsi 19 mata dengan kelebihan memihak kepada Sarawak untuk berada di tangga kelapan berdasarkan kelebihan jaringan.

Sabah pula kekal di tangga kesembilan selepas melalui 15 perlawanan, iaitu hanya dua mata di hadapan pasukan tangga ke-10, PKNS Selangor.

"Persaingan masih panjang lagi dan mana-mana pasukan mempunyai peluang sama rata untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik," katanya.

Sebagai percaturan, Justin bakal mempertaruhkan bintang import baharu dari Jerman, Hendrik Helmke untuk memperkuatkan barisan tengah Sang Badak, manakala jentera serangan bakal dikemudi penyerang berpengalaman, Zainizam Marjan.

"Saya juga sedia menurunkan Rozaimi Abdul Rahman sama ada di bahagian tengah ataupun penyerang bagi membantu Sabah mencari gol," jelasnya.

Harrif tunjuk belang

Posted:

Harrif tunjuk belang

Harrif tunjuk belang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


HARRIF muncul juara peringkat keempat J1M 2012 semalam.


PELUMBA negara, Mohd. Harrif Salleh muncul juara peringkat keempat Kejo- hanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 semalam.

Pada perlumbaan dari Kangar, Perlis ke Sungai Petani, Kedah sejauh 115.6 kilometer (km) itu, Harrif yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG), berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam, 40 minit dan 56 saat.

Kemenangan Harrif, 24, itu juga merupakan yang ketiga buat TSG selepas Shinichi Fushima memenangi peringkat pertama (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ke Bandar Baru Kampar, Perak), Selasa lalu dan Mohd. Shahrul Mat Amin yang muncul juara peringkat ketiga (Kulim ke Felda Chuping, Perlis) kelmarin.

Lebih manis, kejayaan pelumba kelahi- ran Kuala Terengganu semalam turut diiringi pencapaian enam lagi pelumba negara yang menamatkan saingan dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

Rakan sepasukan Harrif yang juga abangnya, Mohd. Zamri Salleh menduduki tempat keempat, diikuti Muhd. Adiq Husainie Othman (Remaja Malaysia - keenam), Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi (PDRM - ketujuh), Muhd. Zulhilmie Afif Ahmad Zamri (Terengganu - kelapan) dan Mohd. Fakhruddin Daud (Remaja Malaysia - kesembilan).

"Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya juga menghadiahkan kemenangan kepada rakyat Malaysia dalam J1M 2012 ini, terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu.

"Hari ini (semalam) memang saya ramal akan menuju ke garisan penamat dalam kelompok besar. Walaupun ada beberapa percubaan breakaway (pemisahan) daripada pelumba lain, mujur saya dapat mengejar mereka.

"Jadi, misi saya selepas ini adalah untuk memburu lebih banyak kemenangan. Mungkin juga saya akan membantu Adiq untuk mengekalkan Jersi Hijau (Raja Pecut) yang menjadi milik- nya ketika ini," kata Harrif.

Sementara itu, Adiq, 21, terus mempertahankan Jersi Hijau dengan mengumpul 66 mata, selain turut mengekal- kan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Malaysia.

Yusup Abrekov daripada pasukan Uzbekistan Suren turut mengekalkan Jersi Kuning pendahulu keseluruhan.

Abrekov juga masih menyarung Jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia, manakala Jersi Merah (Raja Bukit) kekal menjadi milik pelumba Putra Perjuangan, Dadi Suryadi yang mengutip 10 mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan