Kosmo Online - Sukan |
- Perhitungan terakhir
- Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
- Chelsea, Bayern kongsi skrip
Posted: Perhitungan terakhirKELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu. Begitupun, ia bukan jaminan buat The Red Warriors untuk menjinakkan Sime Darby yang telah mencipta kejutan melangkah ke final selepas menyingkirkan juara musim lalu, Terengganu pada peringkat separuh akhir. Andai Sime Darby tampil dengan aksi terbaik, Kelantan akan terus berputih mata untuk menjulang piala berprestij itu selepas gagal pada musim 2009 dan 2011. | ||
Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City Posted: Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
MANCHESTER - Pemain sayap lincah Manchester City, Samir Nasri 'mengejek' Manchester United dengan mendakwa pilihannya tepat apabila menolak tawaran untuk beraksi bersama skuad The Red Devils. Nasri memilih City berbanding United pada musim panas lalu selepas kedua-dua kelab Manchester itu berusaha mendapatkan khidmatnya dari Arsenal. Nasri akhirnya menjadi pemain City selepas melengkapkan yuran perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta). Sejurus selepas menjuarai Liga Perdana England, Nasri menegaskan bahawa keputusannya menolak tawaran United adalah tepat. "Saya mengambil masa beberapa bulan sebelum membuat keputusan tersebut (memilih City) selepas berbincang dengan ahli keluarga dan penasihat saya," ujar Nasri. Terdahulu, Nasri mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya pemain Arsenal berhasrat untuk menjulang trofi, mereka harus meninggalkan The Gunners. Mengulas lanjut, Nasri menambah: "Pegawai dan bekas pemain City, Patrick Viera mengatakan United merupakan pasukan yang sudah biasa memenangi segala-galanya. "Viera ada berkata, musim lalu mereka (United) telah memenangi gelaran juara Liga Perdana England dan berjaya beraksi di pentas final Liga Juara-Juara. "Jadi, jika saya menandatangani kontrak (dengan United), saya mungkin tidak berpeluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan ia bukan satu kejayaan bagi pemain seperti saya. "Namun sekiranya saya memilih City, sebuah kelab yang sedang melakukan perubahan, saya akan menjadi salah satu sejarah bersama kelab itu. "Akhirnya saya memutuskan untuk menyarung jersi City," ujar pemain kelahiran Perancis itu. - Agensi | ||
Posted: Chelsea, Bayern kongsi skripSKUAD Chelsea menjalani latihan sebagai persiapan menentang Bayern pada final Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi esok. MUNICH - Bayern Munich dan Chelsea berkongsi skrip yang sama apabila berentap pada aksi final Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi esok. Kedua-dua pasukan dilihat begitu terdesak mahu memastikan trofi Liga Juara-Juara menjadi milik masing-masing, sekali gus dianggap sebagai penawar duka ekoran kegagalan mereka menjulang gelaran yang sama sebelum ini. Tumpuan peminat kedua-dua pasukan di Allianz Arena nanti pastinya terarah kepada penyerang Chelsea, Didier Drogba dan juga perancang Bayern, Franck Ribery. Untuk rekod, kali terakhir The Blues menjejakkan kaki ke pentas final Liga Juara-Juara ialah ketika mereka tewas kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti di Moscow pada 2008. Ketika itu, Drogba dilayangkan kad merah gara-gara menampar pemain pertahanan United, Nemanja Vidic. "Selepas layak ke final (Liga Juara-Juara) di Moscow, sukar untuk kami mengulangi pencapaian tersebut meskipun ramai yang berasakan kami mampu melakukannya. "Disebabkan itu, kami benar-benar berhak menjejaki pentas final kali ini selepas beberapa kali dikecewakan pada peringkat separuh akhir sebelum ini. "Selepas mengatasi Barcelona, kini tinggal satu lagi ujian besar iaitu Bayern dan kami tidak sabar-sabar melakukannya," kata Drogba. Dalam pada itu, Ribery juga telah melupakan kekecewaannya yang gagal membantu The Bavarians pada aksi final Liga Juara-Juara di Madrid dua tahun lalu. Ketika itu, Ribery tidak dapat beraksi di pentas final gara-gara dilayangkan kad merah ketika menentang Olympique Lyon dalam saingan separuh akhir. Ketiadaan Ribery ternyata merencatkan rentak permainan Bayern yang akhirnya menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada Inter Milan. "Saya seolah-olah telah dianugerahkan peluang kedua dan tidak pernah menjangka peluang itu hadir secepat ini. "Dua tahun lepas sudah menjadi sejarah, saya enggan lagi mengingatinya kerana apa yang berada pada fikiran saya ketika ini hanyalah mahu membantu Bayern muncul juara. "Sudah tentu ia bakal menjadi sejarah yang cukup istimewa jika kami berjaya melakukannya di gelanggang sendiri," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan