Berita Harian: Sukan |
Posted: 07 Jun 2012 04:25 PM PDT Sukan Tuan rumah, Poland turun buka tirai perlawanan temu juara 2004, GreeceKANCAH Euro 2012 bermula, hari ini dengan tuan rumah, Poland membuka tirai perlawanan menentang juara 2004, Greece untuk menyingkap tirai kejohanan membabitkan 16 pasukan terbaik benua. Tidak dinafikan tuan rumah bersama, Poland dan Ukraine akan memasang impian besar untuk muncul juara di halaman sendiri dengan pemain Ukraine dijanjikan bonus kirakira £10.57 juta (RM52 juta) jika mereka menjulang trofi pada 1 Julai ini. Poland pimpinan Franciszek Smuda ghairah mahu mengulangi detik emas pernah dikecapi pasukan pada 1970-an dan 1980-an.Apapun, juara bertahan, Sepanyol jelas menjadi tumpuan global sebagai pilihan mempertahankan mahkota kejuaraan sambil Jerman yang tewas kepada lawan perkasa itu dalam final 2008 akan hadir membalas dendam. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenfairuz kalou Kejohanan hebat telah pun bermula...kena tido awal & renggangkan katil sebab nak tengok bola...hihi |
Suryani terharu perhatian Najib Posted: 07 Jun 2012 03:44 PM PDT Sukan SURYANI penembak raifal pertama negara yang layak secara merit ke Sukan Olimpik. REZEKI anak! Itu boleh digambarkan mengenai penembak negara yang bakal menggalas cabaran di Sukan Olimpik London, Julai ini - Nur Suryani Mohd Taibi - yang menerima perhatian dan sumbangan daripada pelbagai pihak dengan terbaru daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Olimpian Wanita Terbaik 2011 Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata, berita berkenaan sangat menggembirakan apa lagi dengan hajatnya yang mahu suami, Marhazli Mhotar turut serta mengiringinya di London, semakin menunjukkan perkembangan positif. "Sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan semua pihak terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sangat melegakan saya setelah pelbagai rintangan dilalui. Saya tidak perlu risau lagi dan ke sana (London) dengan melakukan yang terbaik," kata Nur Suryani.Marhazli dalam pada itu, turut berterima kasih dengan keprihatinan Perdana Menteri yang sudi meringankan beban ditanggung mereka selain sentiasa memberi sokongan padu dalam membolehkan impian isterinya tercapai. "Terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana sanggup meringankan beban kami dan sentiasa bersama rakyat. Turut tidak dilupakan kepada Menteri Belia dan Sukan dan pelbagai lagi kementerian lain termasuk Persatuan Menembak Malaysia kerana menyokong keputusan kami. Tidak dilupakan seluruh rakyat Malaysia," katanya, semalam. Kelmarin, Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan segala keperluan, termasuk berkaitan keselamatan dan perubatan ratu menembak negara itu sepanjang pembabitannya dalam temasya berprestij dunia berkenaan akan dibiayai atas dasar kesungguhannya untuk menghadapi cabaran meskipun hamil lapan bulan ketika di London.
Nur Suryani adalah penembak raifal pertama negara yang layak secara merit ke Olimpik atas prestasi cemerlangnya di Kejohanan Asia di Doha, awal Januari lalu. Bakal ibu berusia 30 tahun itu juga adalah olimpian keempat yang hamil menyertai Olimpik selain Magda Julin (1920), Diana Sartor (2006) dan Kristie Moore (2010). Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengalu-alukan kerjasama pihak korporat seperti MPB kerana sudi membantu atlit yang memerlukan. "MSN masih boleh menampung keperluan itu sebenarnya dan saya jangkakan kutipan kali ini tidak banyak. Tetapi jika kutipannya melebihi, kita boleh bawa ia ke depan bagi membantu atlit yang lain pula," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan