Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Iniesta lebih utama corak sendiri

Posted: 11 Jun 2012 09:17 PM PDT

Sukan

INIESTA (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Itali Claudio Marchisio di Gdansk, kelmarin.

INIESTA (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Itali Claudio Marchisio di Gdansk, kelmarin.

GDANSK (Poland): Andres Iniesta mengakui perasaannya berbelah bagi sekalipun terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas keputusan seri 1-1 menentang Itali dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Euro 2012, semalam.

Bintang Barcelona itu yang memainkan peranan dalam jaringan penyamaan Cesc Fabregas kemudian dinamakan pemain tengah Portugal, Maniche sebagai pemain terbaik tetapi kegagalan Sepanyol mencipta kemenangan mengganggu Iniesta.

"Ia campuran perasaan pahit dan manis selepas seri itu kerana kami datang ke sini dan mahu menang," kata Iniesta. "Ia perlawanan yang tegang menentang sebuah pasukan yang kuat dengan kualiti pemain yang juga antara calon juara. "Kami bermain baik dan saya yakin kami akan beraksi dengan baik dalam dua perlawanan selepas ini. Lupakan kepada lawan kerana kami perlu risau dengan persembahan sendiri.

"Kami memiliki banyak peluang namun kami mensia-siakannya dan kami akan bangkit menentang musuh yang berbeza (Republik Ireland). Kuncinya ialah bagaimana kami menganggap perlawanan itu, tetapi saya yakin kami akan beraksi dengan baik."

Pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque membuat kejutan sebelum sepak mula apabila menyenaraikan pemain tengah, Fabregas di bahagian serangan, menafikan penyerang ternama lain.

Sekalipun Fabregas meledakkan gol yang memadam jaringan pembukaan penyerang Itali, Antonio Di Natale, peluang terbaik Sepanyol hadir selepas dia digantikan dengan penyerang Chelsea, Fernando Torres dan Del Bosque tidak menyesal dengan pilihan pemainnya. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amir

iqbal bonucci.. anda silap.. gaya permainan sepanyol dah lama macam tu, sejak 2008 lagi.. saya memang dah minat style permainan diorang sejak dari tu..

esma

Skill beginilah yang patut di lakukan oleh pasukan Harimau Malaya. Bermain dengan pantas, bijak dan kreatif serta individu skil yang tinggi . Cara permainan macam Barcelona.

shaheen

Spain bagus,tapi dalam kesukaran,mereka kehilangan identiti permainan mereka,Itali lebih kompak dan bertenaga,

iqbal bonucci

Andrea Pirlo lebih versatile permainannya...Sepanyol cuba meniru gaya Barcelona tapi mereka lupa Mr Messi tiada dalam skuad...Itali dan Sepanyol pasti mara ke pusingan seterusnya dan tidak mustahil mereka betemu sekali lagi di final.


‘Detik sukar hadapi Poland’

Posted: 11 Jun 2012 02:29 PM PDT

Sukan

WARSAW: Jurulatih Russia, Dick Advocaat meramalkan skuad kendaliannya berdepan tugas sukar menentang tuan rumah bersama, Poland dalam perlawanan kedua Kumpulan A awal pagi esok berbanding ketika menumbangkan Republik Czech 4-1.

Poland - yang menjadi tuan rumah bersama Ukraine - membuka kempen dengan seri 1-1 ketika menentang juara Euro 2004 Greece yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Russia mempamerkan aksi seperti pasukan berpotensi muncul juara ketika membelasah Republik Czech, tetapi Advocaat berkata, corak permainan berbeza yang dipamerkan Poland tidak akan memberi ruang untuk pemainnya bergerak bebas. "Saya tidak nampak sebarang alasan perlawanan menentang Poland akan menjadi mudah," kata jurulatih kelahiran Belanda berusia 64 tahun itu yang akan melepaskan jawatan selepas Euro berakhir, untuk membimbing kelab Belanda, PSV Eindhoven.

Poland turun dengan pendekatan berhati-hati menentang seteru lama itu dengan pengendali, Franciszek Smuda dijangka membuat perubahan penting dalam kesebelasan utamanya selepas seri dengan Greece.

Spekulasi mengatakan, Smuda mungkin menurunkan pemain tengah, Adrian Mierzejewski dan Kamil Grosicki serta Sivasspor bagi menggantikan pemain Bordeaux, Ludovic Obraniak dan Maciej Rybus.

Namun Smuda, yang meletakkan sasaran minimum ke suku akhir, memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak hilang fokus sekiranya mahu mengutip mata. – Agensi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen