Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Harimau mesti garang!

Posted: 11 Jun 2012 11:49 AM PDT

TAMPIL lebih agresif! Itu yang diarahkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal kepada anak buahnya apabila turun melayan Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa kedua di Stadium Shah Alam malam ini.

Selepas kempunan menumpaskan musuh tradisi itu pada pertembungan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Singapura bangkit mengikat Harimau Malaya 2-2 biarpun ketinggalan 0-2, Rajagobal yakin barisan pemainnya mampu melakar keputusan lebih baik.


"Kita akan bermain di Shah Alam dan saya mahu pemain bermain lebih agresif. Kalau kita lihat permainan sebelum ini, Singapura lebih banyak menggunakan hantaran bola tinggi dan menggunakan kelebihan fizikal," katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.

"Kalau kita lihat prestasi mana-mana pasukan, tak semestinya bermain di tempat sendiri akan beri kelebihan. Bayern Munich juga kalah pada final Liga Juara-Juara kepada Chelsea meskipun bermain dan berlatih di situ hari-hari. Yang penting pemain yakin dan bermain mengikut arahan." Persoalan yang bermain ketika ini adakah Rajagobal masih lagi akan menggunakan barisan pemain sama selepas seri dalam dua perlawanan sebelum ini termasuk Filipina 0-0, di Stadium Shah Alam, 8 Jun lalu.


Selepas seri dengan Filipina, tiada perubahan dalam kesebelasan utama negara ketika menentang Singapura melainkan Rajagobal menggantikan Mohd Farizal Marlias dengan Khairul Fahmi Che Mat di posisi penjaga gol.


"Saha (Mohamad Ashaari Samsudin) masih cedera tapi sudah mula menjalani latihan ringan semalam (kelmarin). Kalau saya buat pertukaran, mungkin minimum dua pemain tapi keputusan itu bergantung kepada latihan petang ini (semalam)," katnaya.

Sambil mengulangi anak didiknya berhak menang perlawanan Jumaat lalu, Rajagobal berharap pengadil yang ditugaskan mengadili perlawanan timbal balik malam ini dapat membuat keputusan lebih baik.


"Memang tugas sebagai pengadil bukan senang tapi saya hairan dengan keputusan pengadil tempoh hari. Bagaimanapun saya lebih memberi tumpuan kepada pasukan saya berbanding isu ini. Bagi saya kami berhak memenangi perlawanan itu," katanya.

Pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam menjadi perhatian selepas memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti Malaysia yang menjadi punca gol pertama dan kebangkitan Singapura atas dakwaan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melakukan provakasi ke atasnya.




La Roja dihentam

Posted: 11 Jun 2012 11:45 AM PDT

GDANSK (Poland): Media Sepanyol semalam menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan jentera serangan skuad negara itu pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, Euro 2012 menentang Itali yang berkesudahan seri 1-1.

Edisi online El Pais yang paling kritikal mengenai pasukan bimbingan Vicente Del Bosque - yang mengejutkan banyak pihak tanpa penyerang tulen di jentera serangan - dengan tajuk utama artikel pada perlawanan di Gdansk, utara Poland awal pagi semalam: "Permulaan hambar Sepanyol." "Dengan Fernando Torres sebagai satu gejala, Sepanyol gagal mendapatkan permulaan seperti yang mereka lakukan di Vienna empat tahun lalu (ketika pasukan itu memenangi kejuaraan) di Gdansk," menurut akhbar itu.


"Ia lebih kepada permulaan yang salah seperti di Piala Dunia 2010 ketika menentang Switzerland (yang menang 1-0 walaupun mereka kemudiannya mara untuk menjuarai kejohanan)." Sepanyol tanpa penyerang David Villa untuk kejohanan kali ini. Penjaring terbanyak Sepanyol itu patah kaki pada Disember tahun lalu, gagal kembali cergas sepenuhnya dan tidak terpilih untuk Euro 2012 yang dianjur bersama Poland dan Ukraine.

El Pais tertanya-tanya bagaimana Sepanyol bakal mengatasi ketiadaan Villa tapi tidak sepenuhnya yakin dengan aksi dipamerkan pemain Barca, Cesc Fabregas, lebih-lebih lagi Torres, penyerang Chelsea yang dimasukkan untuk menggantikan bekas pemain tengah Arsenal itu.


Bagaimanapun akhbar sukan AS tidak terlalu keras terhadap Torres yang menjaringkan gol ketika menentang Barca untuk membawa Chelsea ke final Liga Juara-Juara yang kemudiannya dimenangi kelab itu. "Pasukan ini sebenarnya lebih baik dengan kehadiran dia dan (Jesus) Navas (pemain Seville yang turut dimasukkan pada separuh masa kedua) namun penyerang (Torres) gagal meledak jaringan di depan gol selepas mempunyai peluang terhidang," menurut analisisnya.


Hanya akhbar Marca lebih positif dengan menilai: "Sepanyol mungkin tidak memenangi perlawanan pertama namun pujian perlu diberikan kerana tidak tewas." - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen