Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 Jun 2012 03:07 PM PDT Sukan GOMEZ (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, kelmarin. "Gol daripada Gomez memang hebat. Dia sudah memiliki keyakinan tinggi sepanjang musim dan ini baik untuk dirinya. (Bastian) Schweinsteiger juga makin hebat ketika ini," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. Selepas menewaskan Portugal 1-0 pada aksi sulung, kemenangan ke atas Belanda itu meletakkan Jerman kini di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata dan mereka kini hanya memerlukan satu mata ketika bertemu Denmark, awal pagi Isnin ini. "Kami berjaya mendapatkan enam mata daripada kumpulan maut ini, sesuatu yang cukup baik dan kami sudah membuka pintu untuk mara ke suku akhir," kata Loew.Pengendali berusia 52 tahun itu tampak begitu teruja untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan B untuk bertemu naib juara Kumpulan A pada aksi dijadual di Gdansk, Poland, lokasi kem latihan buat pasukan Jerman. "Pertemuan dengan Denmark pasti cukup sengit. Jadi mungkin kami akan lakukan sedikit perubahan di barisan pertahanan untuk menghadapinya. Itu yang bermain di fikiran saya buat masa ini. "Kami masih memerlukan satu mata dan kami tidak boleh berharap satu lagi perlawanan (Belanda lawan Portugal) berakhir dengan seri," jelas Loew. - AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Hodgson sasar Sweden mangsa pertama Posted: 14 Jun 2012 03:06 PM PDT Sukan KRAKO (Poland): Pengurus England, Roy Hodgson (tengah) menegaskan dia tidak bimbang dengan jentera perancang utama - gandingan Steven Gerrard dan Scott Parker - kehabisan tenaga sepanjang saingan kali ini.Dengan bahagian tengah dilanda siri kecederaan pemain, England memerlukan Gerrard dan Parker untuk kekal cergas, tetapi bermain selang empat hari mampu menggugat tenaga dua pemain berkenaan yang sudah melebihi 30 tahun. Tetapi Hodgson dalam satu temu bual menyatakan: "Scott 31 dan Steven 32, kita tidak bercakap mengenai pemain tua. Sweden mempunyai pemain lebih tua berbanding pasukan kami dan saya rasa saya terdengar pasukan ini antara yang ketiga termuda dalam kejohanan. "Usia tidak merisaukan saya, terutama apabila anda mengharungi perlawanan ketiga anda perlu memikirkan mengenai semua pemain, bukan hanya Steven Gerrard dan Scott Parker."Anda perlu memikirkan tentang semua pemain kerana tidak kira apa usia mereka, bermain tiga perlawanan di Ukraine di bawah cuaca terik akan memenatkan semua orang." England akan berdepan Sweden hari ini dalam usaha mengorak langkah positif selepas seri 1-1 bertemu Perancis pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan D. Hodgson mendedahkan dia akan menurunkan kesebelasan utama seperti Isnin lalu. - Daily Mail |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan