Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Harimau ke Eropah

Posted: 14 Jun 2012 10:44 AM PDT

SKUAD Harimau Malaya bercadang untuk mengadakan latihan dan siri perlawanan persahabatan di Eropah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengesahkan tidak akan singgah ke Kuala Lumpur bagi jelajah pra-musim mereka Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal yang menyatakan Austria dan Hungary antara senarai lokasi skuad kendalian Datuk K Rajagobal sebelum mengharungi kejohanan Piala Suzuki AFF, November ini.


"Atas pandangan jurulatih, kita bercadang mengadakan sesi latihan di luar negara pada Ogos ini. Setakat ini cadangan awal adalah untuk ke Austria atau Hungary.

"Sebelum ini Manchester United dikhabarkan mungkin datang ke Malaysia pada Ogos tapi semalam (kelmarin) saya dimaklumkan kelab itu tidak ke sini kerana memilih lokasi lain," katanya selepas majlis pelancaran tiket perlawanan Pilihan Malaysia menentang Arsenal, semalam.


Jika program ke Eropah itu menjadi kenyataan, skuad kebangsaan akan melayan kunjungan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai sempena Jelajah Asia dua kelab EPL itu ke Kuala Lumpur.


Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pihaknya cuba mengatur perlawanan berstatus A menentang pasukan kebangsaan termasuk Vietnam yang kini berada di ranking lebih tinggi, 98, berbanding Malaysia 154.

"Kami juga memohon untuk bermain dengan Vietnam kerana saya fikir kalau mereka tidak diundi dalam pasukan sama, lebih baik Harimau Malaya mengadakan perlawanan dengan Vietnam yang mempunyai ranking lebih tinggi. Tetapi sehingga kini, kami masih belum mendapat sebarang jawapan yang pasti untuk perkara itu," katanya.




Angkara penyokong

Posted: 14 Jun 2012 10:28 AM PDT

WARSAW: Russia mungkin ditolak enam mata daripada kempen kelayakan Kejohanan Eropah edisi seterusnya selepas Uefa kelmarin mengenakan hukuman tertangguh berikutan tingkah laku penyokongnya di Euro 2012.

Uefa mendenda Kesatuan Bola sepak Russia (RFS) 120,000 euro (RM480,404) selepas penyokongnya membaling mercun dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Republik Czech, awal pagi Sabtu lalu.


Polis turut memburu penyokong Russia yang menyerang empat sukarelawan stadium selepas perlawanan di Wroclaw, barat daya Poland.

Uefa memulakan siasatan terhadap insiden minggu lalu itu termasuk kehadiran bendera 'Empayar Russia' di stadium. Bendera terbabit terlalu sensitif bagi sesetengah bahagian di Eropah Timur yang pernah berada di bawah telunjuk Moscow, termasuk Poland dan kehadirannya dilaporkan sebuah badan pemantauan perkauman yang disokong Uefa.


"Badan Disiplin dan Kawalan Uefa hari ini (kelmarin) memutuskan untuk mendenda enam mata ke atas RFS dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah yang berikutnya," umum kenyataan Uefa.


"Keputusan ini digantung untuk tempoh percubaan bermula sekarang hingga penghujung perlawanan play-off Kejohanan Eropah bagi edisi berikutnya (Euro 2016)." Kelakuan penyokong Russia menjadi tumpuan sejak kemenangan 4-1 ke atas Republik Czech dan Uefa turut menyiasat dakwaan sebahagian penyokong yang melaungkan kata bersifat perkauman terhadap Theodor Gebre Selassie yang berasal dari Habsyah.

Selassi yang berkulit hitam mendakwa dilemparkan dengan perkataan dan bunyian seperti monyet di sepanjang perlawanan itu. - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan