Berita Harian: Sukan |
Silva ‘Messi’ Sepanyol: Bosque Posted: 26 Jun 2012 02:39 PM PDT Sukan SILVA (kiri) tonggak utama Sepanyol bertemu Portugal pada saingan separuh Euro 2012 awal pagi esok. Sepanyol berdepan banyak kritikan ketika menentang Itali dan Croatia kerana mereka tampak sukar menampilkan permainan menakjubkan, lebih-lebih lagi dengan jurulatih, Vicente Del Bosque yang tidak gemar menggunakan khidmat penyerang. Apa digunakan pengendali berkenaan – seperti Barcelona ialah cuba menggunakan sembilan pemain dengan memberi laluan kepada Cesc Fabregas – namun di Barcelona, peranan itu dimainkan Messi yang bertindak di posisi serangan. Untuk adil kepada Fabregas, dia sudah menjaringkan dua gol di Euro kali ini, namun di Barca, dia boleh memberikan peranan itu kepada Messi dan Del Bosque berkata jika Sepanyol mahu mencari kelibat pemain terbaik dunia itu, ia bukan dari Fabregas."David Silva adalah Messi Sepanyol," kata Del Bosque baru-baru ini sekalipun dia tidak meletakkan pemain Manchester City itu di posisi Messi dengan meletakkan di bahagian kanan sama seperti beraksi bersama kelabnya. Begitupun, Del Bosque melihat Fabregas sebagai tunjang utama bahagian tengah sambil memilih memasukkan Fernando Torres mencuri peluang atau serangan balas. Fabregas sendiri mengakui dia tidak sepatutnya dibandingkan dengan Messi. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennicholas jugah ak dingun Pagi nanti del bosque pasti menurunkan seorang penyerang sebenar dengan 3 pemain tengah menyerang.Alonso rasanya akan diberi peranan menghalang ronaldo kerana sebagai rakan sekelab dia masak dengan tipu helah rakannya itu. jalak lenteng messi hanya ada satu,tiada yang lain,dia pemain terhebat masakini. |
Posted: 26 Jun 2012 02:34 PM PDT Sukan KRAKOW: Satu lagi kejohanan utama dan satu lagi detik kecewa besar buat Wayne Rooney.Ikon yang dianggap pemain bola sepak Inggeris berbakat dalam generasinya terlepas peluang membuktikan dirinya sudah matang dan mampu memperagakan aksi lebih baik berbanding penampilan pertama di Euro 2004. Digantung dua perlawanan pada awal kempen England, Rooney kembali beraksi dengan menyumbat gol ketika pasukan menang 1-0 ke atas Ukraine - kemenangan yang membantu The Three Lions muncul juara Kumpulan D. Walaupun penyerang Manchester United itu tampak jauh daripada prestasi sebenar, pengurusan pasukan England bagaimanapun kekal optimis Rooney akan lebih menyerlah ketika menentang Itali di suku akhir.Bagaimanapun, penyerang berusia 26 tahun itu gagal memperagakan aksi seperti diharapkan pengurusan pasukan apabila sekali lagi gagal membuktikan bakat dalam kejohanan utama selepas kekecewaan Euro di 2004 dan Piala Dunia 2006. Pengurus England, Roy Hodgson bagaimanapun menegaskan dia gembira dengan tahap kecergasan penyerang itu apabila menyertai pasukan bulan lalu. "Kami memantau tahap kecergasannya dan dalam latihan dia kelihatan cukup cergas," kata Hodgson sebelum England meninggalkan pangkalan latihan mereka di Krakow. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan