Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kuartet malu besar!

Posted: 17 Jul 2012 01:13 PM PDT

Zolkples sah insentif RM20,000 pasukan 4x400m ditarik balik

Kuala Lumpur: MAJLIS Sukan Negara (MSN), semalam mengesahkan insentif RM20,000 kepada kuartet 4x400 meter lelaki negara yang disahkan positif doping ditarik balik serta merta. Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata kuartet berkenaan - Mohd Yunus Lasalleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P Yuvaraaj dan S Kannathasan - tidak layak diberikan ganjaran itu selepas menerima keputusan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

"Apabila pingat ditarik balik, saya tidak hairan, malah, sebenarnya sudah menjangkakan," - Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN

Apapun, dia menambah, MSN tiada kuasa mengenakan hukuman kepada atlit berkenaan dan menyerahkannya kepada persatuan mengambil tindakan susulan.

"Apabila pingat ditarik balik, saya tidak hairan, malah, sebenarnya sudah menjangkakan," kata Zolkples, semalam.

SEAGF yang bermesyuarat di Myanmar, Sabtu lalu melucutkan tiga pingat - dua emas dan satu gangsa - yang dimenangi kuartet 4x400m lelaki Malaysia, atlit sukan kempo dari Indonesia dan Firdaus Abdul Razak dari sukan angkat berat Malaysia, semuanya kerana positif doping.

Keputusan itu disahkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang menghadiri mesyuarat berkenaan. Namun, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas semua atlit terbabit kerana SEAGF hanya berkuasa melucutkan pingat dan bukan menjatuhkan hukuman.
Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Firdaus merajuk, bersara awal

Posted: 17 Jul 2012 01:06 PM PDT

Mendakwa digantung tidak bertali oleh pengurusan Persatuan Angkat Berat selepas terbabit dalam isu doping, membuatkan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Jakarta bagi acara angkat berat, Firdaus Abdul Razak – yang diarahkan memulangkan pingat dimenanginya – mengucapkan selamat tinggal kepada sukan dicintainya itu.

Atlit berusia 25 tahun kelahiran Kangar, Perlis itu mengakui kecewa dengan pengurusan persatuan yang membiarkannya, tanpa menghubungi atau memaklumkan statusnya sejak isu doping dibangkitkan sebaik temasya sukan dwitahunan itu berakhir, November lalu. "Saya tidak dimaklumkan apa-apa," kata Firdaus ketika dihubungi mengenai keputusan SEAGF yang meminta beliau – antara tiga pemenang lain yang positif doping – memulangkan pingat yang dimenangi.

"Jika diikutkan, tanpa sebarang surat, saya masih boleh bertanding". - Firdaus Abdul Razak, Atlit angkat berat

Menurut Firdaus, dia tidak dihubungi persatuan sama ada memaklumkan hukuman yang dikenakan mahu pun status kariernya sebagai atlit angkat berat negara.

"Selepas berlaku (isu doping berbangkit), mereka (persatuan) hanya memberi kenyataan di dalam akhbar dan kemudian mendiamkan diri. Sehingga kini, saya tidak menerima sebarang hitam putih mengenai status atau pun hukuman saya. Jika diikutkan, tanpa sebarang surat, saya masih boleh bertanding," katanya.

Firdaus yang mengakui namanya tercemar berikutan insiden sehingga memberi kesan kepada perniagaan membekal peralatan serta mengendalikan pusat kesihatan dan kecergasan, tekad menutup episod duka kariernya sebagai atlit angkat berat negara dan memberi tumpuan kepada perniagaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan