Harian Metro: Arena |
Posted: 14 Jul 2012 03:52 PM PDT RIO DE JANEIRO: Sepanyol kini memintas Brazil untuk menjadi penanda aras baru bola sepak dunia dan satu-satunya cara untuk berada setanding dengan juara dunia dan Eropah itu adalah mengikuti contoh mereka dan menggunakan strategi pendekatan jangka panjang, kata jurulatih Brazil, Mano Menezez. Menezez bagaimanapun menolak idea bahawa juara dunia lima kali itu mahu meniru Sepanyol dengan bermain tanpa penyerang dikenali, menegaskan bahawa penyarung jersi nombor sembilan itu adalah sebahagian daripada budaya bola sepak Brazil.
"Jelas sekali wujud jurang di antara mereka dan kami. Kami juga sudah memulakan langkah baru di Brazil.
"Jika mereka boleh menewaskan semua pasukan dengan bermain seperti ini, terpulang kepada pasukan lain bagaimana untuk mengatasi mereka," katanya.
"Kami tidak perlu meniru Brazil, kami perlu mengkaji bagaimana untuk menentang mereka," kata Menezez. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15 |
Posted: 14 Jul 2012 03:50 PM PDT RASA terkilan masih menyelubungi penyerang import Johor, Juan Muriel Orlando selepas gagal memastikan Johor layak ke saingan Liga Super musim depan namun bertekad ingin mengubah nasib skuad yang kini bergelar Harimau Selatan pada saingan Piala Malaysia kelak. Orlando yang sinonim dengan panggilan Muri mengakui sejak tiba ke Johor Bahru Februari lalu, keinginan membantu Johor melakar kejayaan sudah tersemat dijiwanya dan usaha itu mampu dijelmakan dengan ledakan 14 gol sepanjang bersama skuad Harimau Selatan.
"Adakalanya saya mencuba masakan tempatan tetapi tidak tahan dengan pedas dan terpaksalah isteri saya memasak untuk hidangan harian. Apapun apabila pasukan Johor bertandang ke tempat lawan maka saya hanya mengambil makanan yang tidak pedas.
"Walaupun hanya satu gol yang saya jaringkan namun agak terkilan kerana memiliki deretan peluang merobek gawang lawan terutama di babak pertama apabila hanya berdepan dengan penjaga gol lawan sebaliknya bola rembatan leret di tampan penjaga gol.
Walaupun usianya baru mencecah usia 23 tahun, namun Orlando memiliki karektor selaku penyerang berbisa apabila bijak memperdaya benteng pertahan lawan dan setiap perlawanan diharungi pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina itu pasti mencipta jaringan malah turut menjadi perancang kepada rakan sepasukan menghasilkan gol ketika bergandingan bersama Mohd Munir Amran.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan