Harian Metro: Arena |
‘Kita belum bersedia’ Posted: 19 Jul 2012 10:24 AM PDT KETIKA Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah menyatakan Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea ke-29 pada 2017, lain pula nada dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Ditemui selepas majlis pelancaran Akademi Kejurulatihan Kebangsaan semalam, Ahmad Shabery lebih menggambarkan negara belum cukup bersedia menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu berikutan beberapa faktor termasuk masa yang suntuk.
"Selain itu, saya perlu membawa perkara ini ke kabinet terlebih dulu bagi mendapat persetujuan semua pihak kerana dalam RMK (Rancangan Malaysia) ke-10 memang tiada menyentuh soal ini," katanya.
"Sebaliknya kita perlu menambah baik kemudahan sedia ada serta membina beberapa lagi infrastruktur baru tapi seperti saya katakan tadi, ia membabitkan jumlah kos yang besar.
Jelas Ahmad Shabery, Malaysia mungkin boleh menganjurkan Sukan Sea ke-29 andai penganjurannya menggunakan modul swasta atau dengan kata lain mendapat sokongan padu sektor swasta.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/20 |
Posted: 19 Jul 2012 10:11 AM PDT JARINGAN tunggal sumbangan Nur Shamie Iszuan Amin pada babak kedua sudah cukup untuk menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, Pahang ke saingan separuh akhir Liga Remaja Kementerian Pelajaran Bawah 17 Tahun 2012. Memerlukan kemenangan ketika bertemu SMK Tun Hussein Onn dari Johor untuk mara ke saingan seterusnya, wakil Pantai Timur itu beraksi cemerlang dan memberi tekanan kepada pelawat sepanjang perlawanan.
"Pemain berjaya memenuhi apa yang kami harapkan iaitu menempah tiket separuh akhir tahun ini," kata ketua jurulatih SMK Seberang Temerloh, Abdul Hadi Mohamad.
Sementara itu, dalam saingan Piala Liga Kementerian Pelajaran Bawah 14 Tahun 2012, SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur mengesahkan tempat di separuh akhir meskipun tewas 0-1 kepada SMK Tabuan Jaya, Sarawak di Kuching.
SMK Seri Titiwangsa disertai juara bertahan, SMK Bukit Nenas dari Terengganu daripada Kumpulan A manakala SMK Tunku Anum dari Kedah dan SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang layak dari Kumpulan B.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan