Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Jul 2012 09:07 AM PDT MALAYSIA akan mengambil bahagian dalam sembilan sukan di Olimpik London yang membuka tirai hari ini. Sejak mengambil bahagian di Melbourne 1956, Malaysia masih gagal memenangi pingat emas. Kita ikuti pandangan chef de mission Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengenai hasratnya untuk kontinjen negara kali ini. Apa pandangan Tun mengenai peluang kita untuk meraih pingat emas pertama menerusi temasya kali ini.
Tapi, ia bukan mudah kerana di Olimpik ini, semua orang sudah bersedia. Jadi, saya mengharapkan 28 juta rakyat Malaysia akan berdoa untuk atlet kita agar impian meraih emas itu menjadi kenyataan. Doa mereka itu amat penting bagi menyemarakkan semangat atlet.
Kita juga mempunyai acara lain selain badminton untuk disandarkan harapan seperti berbasikal, terjun dan memanah. SOALAN: Adakah ganjaran sampai RM4 juta, dalam kes ini, badminton akan menyuntik semangat atlet? TUN: Saya tidak harap mereka akan memburu kejayaan untuk ganjaran semata-mata. Itu soal kedua. Saya percaya mereka meletakkan maruah negara terlebih dulu walaupun dijanjikan dengan pelbagai ganjaran lumayan, termasuk daripada kerajaan. Selepas melihat persiapan di Malaysia dan di sini, saya percaya mereka akan memberikan segala-galanya untuk negara.
SOALAN: Jadi, adakah atlet kita sudah bersedia? TUN: Saya dapat melihat semuanya berada dalam keadaan terbaik untuk memulakan cabaran.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/26 |
Posted: 26 Jul 2012 09:03 AM PDT DALAM usaha melahirkan pemain bola sepak berbakat bermula di peringkat akar umbi, Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) menganjurkan klinik bola sepak amal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Paroi Seremban, baru-baru ini. Seramai 100 peserta berusia lapan hingga 17 tahun menyertai program julung kali diadakan itu yang bertujuan membantu pembangunan bola sepak di Negeri Sembilan selain berkongsi kemahiran bersama anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PADYA).
Katanya, klinik itu dikendalikan bekas jurulatih Sarawak dan Negeri Sembilan, Zaki Sheikh Ahmad.
Menurutnya, program itu juga sebagai motivasi kepada peserta mengasah dan mengembangkan lagi bakat mereka untuk terus maju dalam sukan itu.
Menurutnya, negara memerlukan ramai pemain bola sepak pelapis untuk menggalas cabaran bukan saja bagi saingan Liga Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan