Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 Aug 2012 05:39 PM PDT Terengganu mula langkah kanan benam The Red Warriors Kuala Terengganu: Finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu memulakan cabaran dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama dengan merakamkan kemenangan bermoral mengatasi pasukan tetangga, Kelantan 2-0 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Tuan rumah yang hadir tanpa tanpa pemain pinjaman bagaimana pun seperti tidak ada rasa gerun untuk bertemu Kelantan sebaliknya seawal minit ke-3 mereka berjaya mendahului lawan menerusi tandukan tonggak import, Francis Forkey Doe. The Red Warriors yang dikejutkan dengan gol pertama Penyu pantas memperbaiki corak permainan dan peluang terbaik pelawat hadir pada minit ke-31 namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha bijak diselamatkan oleh penjaga gol, Mohd Sharbinee Alawi.Bersambung babak kedua, minit ke-54, Norshahrul sekali lagi mensia-siakan peluang keemasan untuk gol penyamaan selepas sepakannya melencong ke kanan pintu gol dan 10 kemudian kekentalan Sharbinee menjadi penghalang buat Kelantan apabila bijak menepis tandukan Obinna Nwaneri. Minit ke-76, Forkey Doe mendapat peluang untuk menambah jaringan kedua peribadinya tetapi rembatan kencang depan pintu gol terbuka melambung tinggi selepas berjaya menggelecek penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat. Seminit sebelum perlawanan tamat, kekecewaan Forkey Doe itu ditebus oleh Ismail Faruqi apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang selepas mengambil kesempatan hasil satu kekalutan depan gawang untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak tuan rumah. |
Bujang Senang calar ego Selangor Posted: 22 Aug 2012 05:34 PM PDT Petra Jaya: Misi 33 Selangor bermula hambar apabila dikejutkan Sarawak, 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi. Selangor yang bermula agak perlahan bagaimanapun membuka jaringan hasil gol sendiri tuan rumah selepas pemain tengah Ngap Sayot, Ronny Harun tertampan bola ke gawang sendiri seawal minit kelapan ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang pemain sayap, Mohd Fitri Shazwan. Jaringan berkenaan bagaimanapun tidak menyentap semangat Sarawak yang pada minit ke-17, menyamakan kedudukan menerusi Ashri Chuchu selepas penjaga gol Selangor, Norazlan Razali gagal menumbuk kemas percubaan dari penyerang import pasukan tuan rumah, Joel Apalle.Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Selangor seolah-olah kehilangan rentak dan perlu mengucapkan terima kasih kepada pemain penyerang Sarawak, Shahrudin Yakup yang tendangannya terkena palang tatkala penjaga gol lawan tampak tertewas hasil serangan balas pantas Sarawak pada minit ke-30. Babak kedua bersambung dengan kedua pasukan ligat membuka permainan bagi menambah gol dan hasilnya Sarawak menambah jaringan kedua menerusi hantaran lintang Ashri dari sebelah kiri yang disudahkan dengan cantik oleh Shahrudin pada minit ke-63. Andai Shahrudin tidak melebarkan gol kepada 2-1, pemain import Sarawak, Joel Apalle perlu menyalahkan diri sendiri kerana melepaskan peluang keemasan biarpun gawang pasukan sudah terbuka luas selepas menerima hantaran juga daripada Ashri. Selangor berhempas pulas mencari gol penyamaan pada 10 minit terakhir untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata tetapi gagal menembusi benteng kukuh skuad kendalian Robert Alberts. "Kita bernasib baik kerana Selangor gagal menyamakan kedudukan pada minit terakhir selepas kita begitu senang kehilangan bola. Tapi bagi perlawanan, ini Sarawak sememangnya berhak untuk menang." |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan