Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kaji persiapan B-23

Posted: 22 Aug 2012 11:50 AM PDT

JURULATIH Ong Kim Swee akan mengemukakan cadangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengkaji semula penyertaan pasukan Harimau Muda A di Liga Singapura (Liga-S) tahun depan.

Langkah diambil pengendali negara itu bagi merangka persiapan terbaik skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk menggalas misi mencipta hatrik kejuaraan Sukan Sea Myanmar 2013.


"Satu-satunya tugas besar Harimau Muda tahun depan adalah Sukan Sea dan kami perlu membuat persiapan awal. Saya akan fikir sama ada pasukan ini perlu beraksi dalam Liga Singapura atau menyertai liga lebih kompetitif selepas ini.

"Sama ada kita membuat persiapan di luar negara, perkara ini akan dibincangkan dengan FAM terlebih dulu. Kalau mahu bermain di liga Eropah, kita perlu membuat keputusan cepat kerana mereka tidak akan menerima penyertaan kita ketika liga sudah bermula pada Januari," katanya.


Harimau Muda A membuat penampilan pertama dalam Liga-S tahun ini hasil kerjasama FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Perjanjian itu menyaksikan Harimau Muda A beraksi dalam Liga-S manakala Lions XII menyertai Liga Malaysia bagi tempoh lima tahun.


Selain itu Kim Swee juga merancang membawa masuk pemain B-23 dari pasukan luar untuk menyertai Harimau Muda A jika mendapat persetujuan FAM.

Antara pemain yang berada dalam senarai awal adalah Rozaimi Abd Rahman dari Sabah, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS) dan Ashri Chuchu (Sarawak).


"Saya akan berbincang dengan FAM supaya menawarkan kontrak kepada pemain ini untuk menyertai Harimau Muda A tahun depan. Jika mendapat persetujuan semua pihak, ini akan memudahkan perancangan saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


Rizal kembali ke acara trek

Posted: 22 Aug 2012 11:46 AM PDT

PELUMBA trek negara, Rizal Tisin bakal kembali menghangat kancah trek negara dan dijadual kembali menjalani latihan intensif bersama rakan sepelatih di pangkalan latihan skuad trek negara di Melbourne sejurus selepas Aidilfitri ini.

Pemenang pingat perak temasya Sukan Komanwel, New Dehli 2010 itu bagaimanapun perlu berbincang terlebih dulu dengan ketua jurulatih, John Beasley berhubung rancangannya untuk kembali menjalani latihan dengan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan Siri Piala Dunia Klasik menjadi sandaran.


Namun dia kini berada dalam dilema apabila bakal menimang cahaya mata sulung selepas menamatkan zaman bujang Jun lalu.

Begitupun, Rizal yang berharap kembali menempah nama dalam arena basikal trek selepas percubaannya dalam acara BMX gagal, perlu mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan.


Katanya, antara yang perlu diselesaikan terlebih dulu adalah kelulusan majikan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mendapat kebenaran menjalani latihan sepenuh masa.


"Banyak perkara perlu difikirkan sekarang tapi mungkin tiada sebarang masalah bagi saya kerana memang sudah sedia maklum akan kembali ke Melbourne untuk menjalani latihan.

"Namun hingga kini MSN (Majlis Sukan Negara) belum mengeluarkan sebarang surat pelepasan membenarkan saya menjalani latihan bersama skuad negara," katanya yang menjalani latihan ringan bersama skuad Bahaw 23 Tahun negara.


Rizal dijadual kembali memberi tumpuan kepada acara kegemarannya iaitu 1km ujian masa dan pecut berpasukan yang akan digilap semula selepas acara itu gagal ke Olimpik.

Kehadiran Rizal ke dalam skuad trek negara turut disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.

Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan