Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Perjalanan 30 jam punca kena belasah

Posted: 19 Sep 2012 02:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menegaskan faktor keletihan menyebabkan skuad kendaliannya dibelasah juara Liga Iraq, Al-Arbil 5-1 dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, malam kelmarin.

"Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada," kata Hodak.

"Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih da- ripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Iraq atas pelbagai sebab," kata Hodak.
Tidak mustahil

Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Bharu, The Red Warriors terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan di Stadium Francouse Al Hareeri itu.

Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-38 sebelum kapten Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Amjed Radhi kemudian menambah jaringan Al-Arbil menerusi sepakan penalti minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol ketiga (m-66) dan pemain gantian Salih Sadeer melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah dengan dua gol m-72 dan akhir permainan.
Walaupun lawan mempunyai bekalan selesa, tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil dan kami akan cuba menebus kekalahan ini, kata jurulatih kelahiran Croatia itu.

Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu dalam perlawanan pusingan kedua Selasa ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Pemenang perlawanan akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria pada pertemuan separuh akhir.

Langkah kanan The Gunners

Posted: 19 Sep 2012 02:43 PM PDT

Montpellier: Lukas Podolski dan Gervinho masing-masing meledak satu gol ketika membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Montpellier 2-1 di tempat lawan pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara kelmarin.

Semua gol hadir pada awal permainan.
Pemain tengah Montpellier, Younes Belhanda menyempurnakan penalti minit kesembilan, diikuti gol penyamaan Podolski (m-16) dan gol kemenangan Gervinho dua minit kemudian.

Kedua-dua pemain Arsenal itu turut mencatat nama dalam senarai penjaring ketika kemenangan 6-1 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, dan prestasi pasukan tampak baik bagi pasukan yang memburu gol selepas Robin van Persie berhijrah ke Manchester United.

Sentuhan berbisa Podolski

"Podolski memberi impak besar. Saya tidak nampak ada ramai penyudah sepertinya - baik kaki kanan atau kiri," kata penolong jurulatih Arsenal, Steve Bould yang mengendali pasukan selepas Arsene Wenger dikenakan denda dan gantung tiga perlawanan.
Arsenal memulakan permainan dengan Olivier Giroud diberi tanggungjawab mengisi kekosongan ditinggalkan van Persie dan bekas pemain Montpellier itu tidak menunggu lama sebelum mengumpan bola kepada Podolski untuk gol penyamaan. Musim lalu, Giroud meledak 21 gol untuk Montpellier. - AP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan