Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Sep 2012 02:08 PM PDT "PI Mai Pi Mai Tang Tu" ungkapan terbaik boleh dicoret mengenai pendirian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai kedudukan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Majlis Exco bermesyuarat semalam memutuskan untuk memberi peluang setahun lagi kepada mereka.
"Kami putuskan untuk memberi mereka peluang hingga Kejohanan Dunia tahun depan dengan sasaran layak ke final.
Begitupun gandingan terbabit hanya akan beraksi pada kejohanan berstatus Siri Super sementara mereka akan digandingkan dengan pemain lain dalam kejohanan kelas kedua iaitu GP Emas.
Beliau turut mengumumkan rancangan melantik seorang Pengurus Projek yang memantau projek khas Olimpik 2016, 2020 dan 2024.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20 |
Posted: 19 Sep 2012 01:57 PM PDT PASUKAN Optimus Prime dari Johor Bahru dinobat juara Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 bagi kategori Bawah 16 Tahun selepas menundukkan pasukan GB FC A sempena sambutan Hari Malaysia, , Ahad lalu. Optimus Prime menewaskan GB FC A, 2-0 melakar kemenangan penuh bergaya pada aksi kemuncak di SportsPlanet Ampang.
"Saya percaya kepada kemampuan pemain. Kejayaan ini amat bermakna selepas empat tahun bersama. Saya akan mengekalkan pasukan ini menjadi satu pasukan lebih mantap dan pasukan Bawah 17 Tahun nombor satu di Malaysia.
Sementara itu, final kategori Bawah 12 Tahun menyaksikan pasukan Tu-Excellent A dari Kedah mempamerkan kehebatan menewaskan Abyad De Dani A FC dari Puchong Selangor, 3-0 manakala tempat ketiga milik bersama MSSPS A dan Qaisara B.
Pada aksi Grand Final, 32 pasukan terbaik setiap kategori dari 14 negeri bertarung merebut hadiah utama wang tunai RM15,000, trofi, pingat dan hamper barangan Milo dan Figos.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan