Berita Harian: Sukan |
Posted: 25 Sep 2012 12:45 PM PDT Diguna pakai lebih jelas, ikut perkembangan semasa Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meminda Kod Tatatertib FAM Edisi 2011 dan menggantikannya dengan Kod Tatatertib FAM Edisi 2012, bagi memastikan peraturan tatatertib yang diguna pakai lebih jelas serta mengikut perkembangan semasa. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pada masa ini jawatankuasa itu dan sekretariat sedang melakukan pindaan dan penambahbaikan pada kod tatatertib sedia ada."Selepas pindaan dan penambahbaikan, kod itu akan dikenali sebagai Kod Tatatertib FAM Edisi 2012. Ia akan dibawa ke Mesyuarat Exco FAM yang bersidang pada 6 Oktober ini untuk kelulusan," katanya kepada BH Sukan, semalam. Taufik berkata, antara pindaan yang akan dimasukkan dalam kod baru itu ialah mengenai pemain atau pasukan yang sengaja atau tidak bersungguh-sungguh untuk menang dalam sesuatu perlawanan. "Contohnya, pemain bawa bola ke depan pintu gol tetapi tiba-tiba berpatah balik dan kemudian tidak menjaringkan gol," katanya.
|
Piala AFC: Langkah Kelantan berakhir Posted: 25 Sep 2012 12:21 PM PDT Kota Bharu: Kelantan mengakhiri kempen Piala AFC selepas sekadar seri 1-1 dalam pertemuan suku akhir kedua menentang juara Iraq, Al Arbil di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. Keputusan itu menyaksikan The Red Warriors tewas 2-6 secara agregat selepas dibelasah 1-5 dalam perlawanan pertama di laman lawan minggu lalu. Harapan peminat setia Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka bangkit tidak kesampaian apabila Al Arbil tetap masih bernafsu besar mencari gol menerusi rembatan Ajmed Radhi seawal minit pertama tetapi sedikit tersasar.Gol pelawat hadir pada minit ke-37 menerusi Sula Matovu yang bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan yang beraksi tanpa beberapa pemain tonggak pada pertemuan pertama melancarkan serangan bertali arus dan meraih peluang terbaik pada minit ke-22 apabila hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditampan kemas Mohd Afiq Azmi namun ia berakhir di dakapan penjaga gol Al Arbil, Jalal Hassan Hachim sekali gus mengecewakan lebih 5,000 peminat The Red Warriors. Kemasukan penyerang import, Mohd Ghaddar pada babak kedua sedikit menajamkan serangan tuan rumah. Pemain dari Lubnan itu menebus kekecewaan dengan menyumbat gol penyamaan pada minit akhir untuk menyelamatkan Kelantan daripada tewas di laman sendiri. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan