Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


UM jadi pilihan Pandelela

Posted: 07 Sep 2012 04:56 PM PDT

Terpaksa ketepi pilihan awal UPM kerana masalah pengangkutan

Kuala Lumpur: Akhirnya Pandelela Rinong Pamg memilih Universiti Malaya (UM) untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Sains Sukan, bukan Universiti Putra Malaysia (UPM) seperti yang dikatakannya sebelum ini.

Langkah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London untuk memilih universiti tertua di Malaysia itu berdasarkan jaraknya yang dekat dengan lokasi latihan di Bukit Jalil selain rakannya dalam sukan terjun, Brian Nickson Lomas turut melanjutkan pelajaran di situ.

"Sebenarnya saya mempunyai masalah berkaitan pengangkutan... kalau universiti yang lebih jauh dari Bukit Jalil susahlah untuk saya ulang alik dari universiti ke tempat latihan.
"Jadi UM adalah tempat paling strategik dan Brian juga belajar di situ.. jadi kalau diterima saya boleh mengikut Brian," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran jam baru Oris di KLCC, semalam.

Tunggu surat pengesahan

Ratu terjun negara itu berkata, dia kini dalam proses menunggu surat pengesahan untuk menyambung pelajarannya universiti berkenaan.

Ditanya kenapa dia memilih bidang berkenaan, Pandelela berkata, dia mempunyai harapan besar untuk menggunakan ilmu yang diterimanya bagi mempopularkan lagi sukan terjun di kalangan masyarakat.
"Saya ingin memberi sumbangan kepada sukan terjun," katanya yang kini tidak terikat dengan jadual ketat latihan dan juga pertandingan sebaik saja selepas Sukan Olimpik berakhir.

"Buat masa sekarang jadual latihan tidak ada dan jurulatih pun memberi kelonggaran kepada saya kerana inilah masa saya untuk menerima semua undangan dan temu ramah. Ia juga adalah peluang terbaik saya untuk membalas budi semua pihak," katanya.

Chin Chai berdiam diri kemelut BAM

Posted: 07 Sep 2012 04:51 PM PDT

Kuala Lumpur: Saya tidak mahu komen! Itu kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai ketika ditanya pendedahan bekas Pengarah Prestasi Tinggi (HPD), Datuk James Selvaraj mengenai kepincangan dalam persatuan itu.

Anda pergi tanya dialah, saya tidak mahu komen, katanya kepada BH Sukan yang ingin mendapatkan maklum balas daripada badan induk badminton negara itu, semalam.


Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan