Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Sep 2012 03:05 PM PDT LIVERPOOL: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap penyokong mereka bersabar dengan pemain baru Lukas Podolski dan Olivier Giroud ketika mereka cuba mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin van Persie. Dua perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan dengan Stoke dan Sunderland memberikan permulaan hambar buat skuad Wenger yang sekali lagi cuba mengatasi kehilangan seorang pemain bintang pada awal kempen Liga Perdana Inggeris.
Wenger mahu kedua-dua penyerang dari Jerman dan Perancis itu menjaringkan gol tapi sedar mereka perlukan masa untuk memenuhi kehendak Liga Perdana Inggeris.
"Kami sudah biasa menjaringkan gol dan kami tidak boleh katakan kami tidak bimbang jika tidak melakukannya," katanya.
"Itulah sebabnya Liverpool adalah ujian yang bagus buat kami kerana ia adalah pasukan yang mempunyai serangan dan pertahanan yang mantap." Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berharap suasana di Arsenal kembali pulih dan menjangkakan Arsenal mampu kembali dalam kelompok empat pasukan terbaik biarpun berdepan pasukan yang berbelanja besar seperti Chelsea dan Tottenham.
Artikel ini disiarkan pada : 02/09/2012 |
Posted: 01 Sep 2012 02:59 PM PDT SAINGAN Liga Malaysia kembali meriah apabila diwarnai sejumlah pemain import yang berjaya mencetuskan impak kepada pasukan yang diwakili apabila dibenarkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) tampil semula musim ini selepas pengharaman beberapa tahun. Tidak dinafikan kehadiran mereka turut mencetuskan minat buat penonton untuk kembali ke stadium selain beberapa kesan positif lain yang dicetuskan awang import dari pelbagai benua termasuk Eropah, Amerika Latin, Afrika dan Asia.
Pemain seperti Marlon Alex James (ATM), Francis Forkey Doe (Terengganu) dan Jean Emmanuel Effa Owana (Negeri Sembilan) menurut Reduan antara contoh terbaik kejayaan membantu melonjakkan pasukan selain turut menegaskan terdapat tenaga import yang boleh dianggap 'membazir' apabila gagal membantu pasukan.
Terbaru kejadian yang didakwa berlaku di luar padang beberapa hari lalu apabila pemain pertahanan Kelantan dari Nigeria, Obinna Nwaneri dilapor bergaduh dengan seorang pelanggan di sebuah pasar raya akibat dikatakan memotong barisan untuk membuat bayaran.
"Mereka perlu tahu kita mempunyai budaya, adab dan tatasusila sendiri, mereka tidak boleh mengikut budaya tempat lain. Mereka adalah pemain profesional dan sepatutnya memahaminya. Seperti kes terbaru (pergaduhan Obinna), sekiranya benar, ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kesal.
Artikel ini disiarkan pada : 02/09/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan