Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Sep 2012 10:26 AM PDT MESYUARAT Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak sah dan terbatal sekiranya tetap dilangsungkan seperti dijadualkan hari ini. Calon presiden, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menegaskan, AGM KOM tidak mengikut akta 8.7.1 perlembagaan baru yang merujuk kepada pemilihan AGM.
"Saya sudah teliti artikel 8.7.1, AGM tidak bolegh dilangsungkan kerana Pesuruhjaya Sukan sudah menasihatkan ia ditangguhkan dan KOM disaran mengadakan EGM (mesyuarat agung tergempar) bagi menyelesaikan kekeliruan berkaitan perlembagaan.
Namun Danyal berkata, hingga kini tiada seorangpun menghantar surat itu kerana tidak menyedari wujudnya klausa baru sekali gus bermakna peraturan itu sudah dilanggar dan AGM akan menjadi tidak sah.
Sementara itu, Shahidan mendakwa tiada percanggahan perlembagaan beralku dan AGM berlangsung mengikut jadual.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT MANCHESTER: Sepucuk surat ditulis khas oleh Sir Alex Ferguson bakal diedar kepada penyokong Manchester United yang hadir di Anfield, hari ini. Surat itu adalah usaha terakhir Fergie untuk memastikan semua penyokong United menghormati majlis memperingati 96 mangsa tragedi Hillsborough.
Ramai yang bimbang cemuhan terhadap insiden Hillsborough dan kemalangan penerbangan Munich bakal mencemar majlis itu.
"Ia tidak mungkin berubah tapi mereka boleh mengetepikan ejekan mengenai Munich dan Hillsborough. Saya harap tiada lagi laungan menjijikkan itu," katanya.
Liverpool akan memakai baju bernombor 96 dan pemain United mungkin juga akan berbuat demikian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan