Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Sila undur Che Mat'

Posted: 22 Sep 2012 05:21 PM PDT

Kuala Terengganu: Bola sepak Terengganu semakin panas. Peminat bola sepak skuad Penyu yang kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diterajui Datuk Che Mat Jusoh melancarkan kempen 'Asal Bukan Che Mat' (ABC), mulai Rabu lalu.

Kempen bertemakan "Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.

Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,000 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan.
Jurucakap laman facebook itu, Mohd Arif Kori, berkata kempen ini adalah inisiatif peminat bola sepak dan bukan anjuran mana-mana persatuan atau kelab penyokong.

"Mana-mana peminat bola sepak Terengganu boleh menyertai kempen ini dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka melalui facebook berkenaan," katanya.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Chelsea kekal di puncak EPL

Posted: 22 Sep 2012 05:04 PM PDT

London: Chelsea terus unggul di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Stoke City 1-0 di Stamford Bridge, malam tadi sambil diekori Everton yang cemerlang membenam Swansea 3-0 di gelanggang lawan.

Selepas puas mengasak bertubi-tubi ke kubu Stoke, jaringan kemenangan Chelsea hanya diperoleh pada minit ke-85 selepas bola hantaran Branislav Ivanovic yang dikuis sedikit Juan Mata berjaya disudahkan Ashley Cole untuk menewaskan penjaga gol, Asmir Begovic.
Kemenangan tipis itu membolehkan Chelsea mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan hasil empat menang, sekali seri dan masih belum tewas.

Terdahulu di Stadium Liberty, Everton berjaya melonjak ke tangga kedua liga selepas meraih tiga mata ke atas Swansea.

Everton mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Victor Anichebe pada minit ke-22 dan Kevin Mirallas minit ke-43.

Tugas Everton tambah mudah selepas pemain Swansea, Nathan Dyer dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-58 selepas baru 13 minit dimasukkan sebaik babak kedua bermula.
Sisa perjuangan Swansea ditamatkan Fellaini yang menanduk masuk sepakan percuma Leighton Baines untuk gol ketiga Everton pada minit ke-82. - Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan