Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Oct 2012 11:01 AM PDT BEKAS Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim tetap dengan pendiriannya mendakwa tidak bersalah dalam kes yang membabitkan pertuduhan terhadapnya. Karim menyifatkan hukuman penggantungan enam tahun yang dijatuhkan kepadanya itu tidak adil dan menyamakan keputusan dibuat KOM itu seperti 'Mahkamah Kanggaru'.
Apapun Karim mempunyai 'senjata' tersendiri untuk mendedahkan mereka yang terbabit dan akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat.
Kelmarin, Karim dijatuhkan hukuman penggantungan enam tahun oleh KOM selepas didapati bersalah oleh Presiden baru, Datuk Zainal Abidin Ahmad dengan Karim juga dilarang bertanding dalam sebarang pemilihan jawatan peringkat kebangsaan atau negeri dan jawatan yang kini disandangnya selaku Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Melaka turut terlucut.
Jawatankuasa itu ditubuh bagi mengumpul fakta isu doping membabitkan atlet olahraga pada Sukan Sea Indonesia selain isu enam atlet lari daripada ujian doping yang menggemparkan sukan tanah air apabila kedua-dua kes itu dikaitkan dengan Karim. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13 |
Posted: 12 Oct 2012 09:48 AM PDT JUARA bertahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan naib juara tahun lalu, Kolej Komuniti Selangor (KKS) layak ke suku akhir Grand Final Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012, semalam. Kejohanan di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan itu menyaksikan kedua-dua pasukan muncul juara Kumpulan D dan C dengan memungut sembilan mata.
Pengurus UiTM, Ezwan Othman berkata, mereka mengimpikan untuk melakar hatrik tahun ini selepas muncul juara 2010 dan tahun lalu.
Empat pasukan lain yang layak ke suku akhir ialah juara Kumpulan A, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang akan menentang naib juara Kumpulan B, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) manakala juara Kumpulan B, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bertemu naib juara kumpulan A, Politeknik Shah Alam (PSA).
Sebanyak 16 pasukan lelaki berentap bagi meraih gelaran juara di Grand Final Liga Futsal IPT ini manakala wanita hanya lapan pasukan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan