Berita Harian: Sukan |
Posted: 02 Nov 2012 12:32 PM PDT Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memutuskan tidak akan melayan permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menuntut RM1 juta bagi menebus kontrak penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.
Beliau berkata, peraturan badan induk bola sepak negara itu jelas menyatakan jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain yang masih ada baki kontrak adalah lebih rendah daripada RM1 juta. Kontrak mengikut klausa "Kita tawarkan kontrak mengikut klausa yang ditetapkan FAM dan tidak sama sekali membelakanginya. "Apapun saya menunggu reaksi KAFA dan tidak mahu isu itu berpanjangan. Saya tegaskan betapa PBNJ tidak akan melayan permintaan KAFA berhubung isu menebus kontrak pemain itu," katanya. Pada majlis itu turut diumumkan nama baru Johor FA iaitu Johor United yang beraksi di Liga Perdana pada musim depan. Mat Yo, KAFA kena selesai sendiri' Tunku Ismail berkata, kini terpulang kepada KAFA dan Mat Yo sendiri untuk menyelesaikan isu tebus kontrak. "PBNJ hanya akan menyusul selepas segala urusan antara KAFA dan pemain itu selesai," katanya. Beliau berkata, PBNJ tidak akan memaksa Mat Yo untuk menyertai skuad Harimau Selatan, sebaliknya menyerahkan budi bicara Pemain Paling Bernilai 2012 itu membuat keputusan mengenai masa depannya. "Kita tidak memaksa Mat Yo dan terpulang kepadanya untuk memutuskan sama ada kekal bersama Kelantan atau menyertai Johor. "Apapun sebagai pemain bola sepak profesional dia perlu buat keputusan bijak demi masa depannya," katanya. Beliau berkata, PBNJ menawarkan gaji berdasarkan kepada prestasinya, selain statusnya sebagai Pemain Paling Bernilai untuk tiga tahun berturut-turut. Sementara itu, Muslim Ahmad (Terengganu), Afiq Kamaruddin (Sime Darby) dan beberapa pemain baru menandatangani kontrak untuk beraksi dengan Johor musim depan manakala Nurul Azwan Roya (Kelantan) dan Safiq Rahim (Selangor) dijangka menyusul kemudian. |
Perak sasar dapatkan awang import dari negara ASEAN Posted: 02 Nov 2012 12:18 PM PDT Ipoh: Perak berhasrat mendapatkan awang import berwibawa di bahagian pertahanan dan serangan dari liga bola sepak negara ASEAN dalam usaha memantapkan pasukan Seladang bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Ketua Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata pendekatan itu diambil kerana khidmat awang import kali ini lebih terbuka selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan 'tempoh sejuk' terhadap pemain dari liga di rantau ASEAN.
Beliau mengakui Perak turut mendapat perhatian beberapa pemain dari Liga S (Singapura), Indonesia dan Thailand yang menawarkan diri untuk menyertai pasukan itu. "Kita sudah kenal pasti beberapa calon dan mereka akan berada di Ipoh dalam tempoh terdekat untuk menjalani ujian. "Saya berharap mereka akan datang segera agar dapat diuji dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. "Kena berhati-hati dalam pemilihan pemain agar tidak kerugian iaitu sama ada tersilap ambil atau terlepas bahan berkualiti kepada pasukan lain. Jurulatih kelahiran Kedah yang mengendalikan Negeri Sembilan selama dua musim itu berkaya, tiada pemilihan secara automatik kerana beliau mahu lihat sendiri kemampuan setiap pemain. "Reputasi lalu bukan ukuran kerana yang penting ialah prestasi semasa. Oleh yang demikian setiap pemain perlu hadir ujian," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan