Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Nov 2012 10:13 AM PDT KEMELUT perebutan Pemain Paling Bernilai, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo gagal menemui titik noktah apabila Johor berkeras tidak akan melayan pampasan RM1 juta yang dituntut Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Sambil menegaskan nilai yuran perpindahan ditetapkan Kafa itu terlalu tinggi dan pihaknya tidak akan melayan tuntutan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar kepada mana-mana pasukan ingin mendapatkan khidmat pemain masih mempunyai kontrak, sepatutnya lebih rendah daripada RM1 juta.
"Keputusan itu dibuat bagi menghormati undang-undang ditetapkan badan induk bola sepak negara itu dan tidak sama sekali membelakangi ketetapan FAM. "PBNJ akan menunggu reaksi Kafa mengenai perkara ini kerana kami tidak mahu isu ini berpanjangan," katanya.
Tunku Ismail berkata, Kafa dan Norshahrul perlu menyelesaikan kemelut itu serta terpulang kepada mereka mencari penyelesaian terbaik manakala PBNJ akan menyusul bagi mendapatkan khidmat pemain itu jika segala urusan selesai.
"Apa yang kami tawarkan itu berdasarkan prestasi cemerlangnya, lebih-lebih lagi dia memegang status Pemain Paling Bernilai untuk tiga tahun berturut-turut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/03 |
Posted: 02 Nov 2012 10:04 AM PDT PARIS: Andy Murray mensia-siakan mata penentuan sebelum disingkirkan pemain kelayakan dari Poland, Jerzy Janowicz 7-5, 6-7, 2-6 selepas beraksi hambar pada pusingan ketiga kejohanan Masters Paris, kelmarin. Bintang Britain itu sering hilang fokus ketika melakukan servis pada set kedua dan dikejutkan pukulan padu Janowicz.
"Dia beraksi dengan baik, agresif dan sering menghantar bola paras jaring. Apabila dia melakukan pukulan dengan baik, bola pasti masuk gelanggang." Kekalahan pemain nombor tiga dunia itu bermakna buat kali pertama sejak 2010, juara edisi kali ini pasti menjadi pemain berada di luar ranking empat terbaik dunia.
Pilihan keempat dari Sepanyol, David Ferrer kini pemain ranking paling tinggi masih meneruskan saingan selepas mengatasi pilihan ke-16 dari Switzerland, Stanislas Wawrinka 6-2, 4-6, 6-2.
Janko Tipsarevic melengkapkan senarai pemain ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia selepas menewaskan pemain Argentina, Juan Monaco 6-3, 3-6, 6-3. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan