Berita Harian: Sukan |
Posted: 29 Nov 2012 06:39 PM PST Anak buah Rajagobal wajib menang, seri bererti 'selamat tinggal' Esok adalah masanya untuk rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya. Pastikan Bukit Jalil dibanjiri dengan Jalur Gemilang dan warna jersi negara, baik biru atau hitam kuning. "Pastikan sorakan, untuk membakar semangat pemain kita sepanjang perlawanan supaya tidak kedengaran suara Indonesia. Tunjukkan sifat sebagai penyokong yang bukan saja setia tetapi berhemah," Ong Kim Swee Malaysia tiada pilihan melainkan mencipta kemenangan ke atas Indonesia, pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF malam esok, untuk mara ke separuh akhir, sekali gus membuka peluang mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2010. Selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Singapura pada aksi pertama, skuad kendalian Datuk K Rajagobal bangkit dengan aksi cemerlang kelmarin menewaskan Laos 4-1 dengan corak permainan yang dianggap terbaik sepanjang tahun ini dan menghidupkan peluang untuk merebut dua tempat teratas kumpulan. "Pastikan sorakan, untuk membakar semangat pemain kita sepanjang perlawanan supaya tidak kedengaran suara Indonesia. Tunjukkan sifat sebagai penyokong yang bukan saja setia tetapi berhemah," kata Kim Swee. Indonesia menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah ketika Sukan SEA lalu, dengan situasi di dalam dan luar padang boleh dianggap sebagai mimpi ngeri buat skuad negara. Laluan ke stadium ketika hari perlawanan disekat penyokong tempatan dan setiap inci ruang stadium Gelora Bung Karno dipenuhi rakyat Indonesia. Ultras Malaya pula bakal turun dengan hampir 5,000 orang turut menggesa penyokong Harimau Malaya memenuhkan ruang stadium Bukit Jalil. "Dengan gandingan ramai, maka akan lebih kuat sorakan, kita mungkin membantu pasukan memperoleh kemenangan," kata wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad. Untuk berita lanjut kemeriahan Piala Suzuki AFF 2012, dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Pemain Nigeria cuba nasib bersama Perak Posted: 29 Nov 2012 11:16 AM PST Ipoh: Ketika pasukan Perak menantikan jawapan dari pemain West Ham United, John Carew, skuad Seladang menerima calon baru import yang mahu mencuba nasib – pemain Nigeria, Dickson Nwakaeme, rakan senegara pemain import Kelantan, Obinna Mwaneri. Penyerang berbadan tegap berusia 26 tahun itu sudah empat hari menyertai latihan pasukan Kejor Yob kejor dikendalikan penolong jurulatih, Chong Yee Fatt menggantikan sementara ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullahm yang berkursus.
Namun, dia masih perlu menunggu untuk mempamer aksi sebenar bagi memikat Azraai tetapi dilihat mempunyai kelebihan bagi mengisi jentera tengah yang ketandusan pemain kreatif serta mampu menjaringkan gol. "Kena tunggu keputusan ketua jurulatih. Saya yakin dia sesuai kerana perlukan seorang penyerang berwibawa," kata Yee Fatt. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan