Kosmo Online - Sukan |
Posted: Tiga mata jadi buruanOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
"SAYA menghormati kekuatan Indonesia tetapi saya hanya memikirkan kemenangan (malam ini)." | ||
Posted: Tolong kawal emosi - SubahanNAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal berharap para penyokong fanatik skuad negara akan mengawal emosi menjelang perlawanan 'panas' antara Harimau Malaya dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya berkata, berdasarkan rekod dan pengalaman lalu, pertembungan hangat itu sering melibatkan emosi penyokong kedua-dua negara. Beliau berharap penyokong Harimau Malaya dapat mengawal perasaan ketika menyaksikan persembahan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu. "Selaku Naib Presiden FAM dan pengurus Harimau Malaya, saya menyeru dan memohon penyokong-penyokong Malaysia keluar beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan. "Pada masa sama, saya juga menyeru dan memohon agar tidak terlalu mengikut emosi atau taksub sehingga kita mengkritik serta menghina penyokong pasukan lawan dengan panggilan yang tidak sepatutnya. "Saya harap mereka tidak menimbulkan suasana yang tidak diingini terutamanya melibatkan emosi yang tidak baik. Sebagai penyokong dan rakyat Malaysia, kita harus menunjukkan budaya sopan-santun. "Ia adalah sebagai satu budaya baik untuk menyambut tetamu kerana kita beraksi sebagai tuan rumah kejohanan," katanya. | ||
Posted: Nil Maizar 'kunci mulut'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
SIKAP 'mengunci mulut' menjadi pendekatan pengendali Indonesia, Nil Maizar menjelang pertemuan menentang Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Biarpun diasak media Indonesia mengenai barisan pemainnya yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama Sang Garuda malam ini, Nil Maizar sekadar berteka-teki. Lebih mengejutkan, Nil Maizar juga tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan Bambang Pamungkas dan Irfan Harrys Bachdim ketika berdepan Malaysia malam ini meskipun kedua-dua pemain itu cukup 'masak' dengan corak permainan skuad negara kerana mereka pernah beraksi pada final edisi 2010. "Bambang dan Irfan memiliki pengalaman berdepan Malaysia tetapi saya hanya akan menurunkan skuad yang terbaik. "Tidak mustahil kedua-duanya bakal diketepikan (malam ini)," katanya pada sidang akhbar di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan semalam. Pada masa sama, Nil Maizar juga masih belum membuat keputusan sama ada mahu menurunkan Wahyu Tri Nughoro sebagai penjaga gawang sebaik kehadiran semula penjaga gol utama, Endra Prasetya yang dilayangkan kad merah semasa berdepan Laos pada aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu. "Kami memiliki kedua-dua penjaga gol yang bagus. Jadi, tunggu dan lihat siapa yang akan diturunkan," katanya. Begitupun, Nil Maizar mengakui bakal merombak benteng pertahanan sebaik kehilangan Wahyu Wijiastanto yang digantung satu perlawanan akibat mengutip dua kad kuning. "Saya percaya, kehilangan Wahyu mampu diisi seorang lagi pemain pertahanan, Handi Ramdhan bagi menyerap asakan jentera serangan Malaysia. "Saya juga tidak menolak kemungkinan tuan rumah bakal mempamerkan corak permainan kasar (malam ini) kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mara lebih jauh. "Sejujurnya, saya tidak dapat menjanjikan kemenangan (kepada rakyat Indonesia). "Cuma, saya harap pemain dapat beraksi bersungguh-sungguh dan selebihnya terserah kepada Tuhan yang menentukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan