Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan sasar hos pusingan kedua Piala AFC

Posted: 29 Apr 2013 10:39 AM PDT

KOTA BAHARU 29 April - Kelantan perlu menang ke atas kelab Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, esok, agar dapat mengambil kesempatan menjadi hos perlawanan mereka pada pusingan kedua bola sepak Piala AFC 2013.

Kelantan yang menerajui Kumpulan G dengan 10 mata, dijangka berdepan naib juara Kumpulan E, Kitchee FC dari Hong Kong, pada pusingan kedua yang melibatkan 16 pasukan iaitu dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan.

Pada sidang media sempena perlawanan itu di sini hari ini, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, kesebelasan utamanya esok tetap sama seperti menentang T-Team dalam Liga Super, Sabtu lalu. - BERNAMA

Pemain Kelantan dapat tanah

Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT

KOTA BHARU - Barisan pemain The Red Warriors yang membantu pasukan menjulang kejuaraan treble musim lalu akan menerima lot tanah pada 2 Mei ini sebagaimana yang dijanjikan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah melantik sebuah firma perancang bandar dan wilayah bagi membangunkan kawasan berkenaan.

Menurutnya, gambaran pelan terperinci mengenai kawasan tersebut telah disiapkan bagi membolehkan KAFA memulakan proses menamakan lot-lot itu untuk diberikan kepada pemain yang layak dan surat-surat tawaran secara rasmi akan dikemukakan kepada pemain terbabit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei juara Terbuka India

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Chong Wei yang akan mengetuai skuad kebangsaan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos ini.

KUALA LUMPUR 28 April - Tuah, kegembiraan dan cemerlang terus mengiringi pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila muncul juara Siri Super Terbuka India 2013 di New Delhi, semalam.

Ia adalah kegembiraan ketiga berturut-turut buat pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu kerana sebelum ini beliau baru sahaja menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Kingston Lee dan mengekalkan gelaran Olahragawan di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2012 dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama tidak diberi laluan mudah oleh pemain Jepun, Kenichi Tago yang berjaya mengheret perlawanan tersebut hingga ke Rubber Set.

Perlawanan yang berlangsung selama sejam tiga minit itu menyaksikan Chong Wei berjaya mengetepikan pemain pilihan keenam kejohanan tersebut 21-15, 18-21, 21-17.

Chong Wei yang akan mengetuai skuad kebangsaan ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos ini, berjaya melangkah ke saingan akhir selepas mengetepikan Bonsak Ponsana dari Thailand, kelmarin.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, Liu Xiaolong-Qiu Zihan dari China tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Ko Sung-Hyun-Lee Yong-Dae 22-20, 21-18.

Saingan akhir perseorangan wanita pula menyaksikan Ratchanok Intanon dari Thailand mengenepikan pemain Jerman, Juliane Schenk 22-20, 21-14 manakala acara beregu pula milik pasangan Jepun, Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna yang mengatasi Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark, 12-21, 23-21, 21-18.

Gelaran beregu campuran milik Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia yang menewaskan Sung-Hyun-Kim Ha-Na dari Korea Selatan 21-16, 21-13.

Vincent Tan akan cari jalan

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Daripada NORZIE
MOHD. KHASBI

Vincent Tan

CARDIFF, Wales - Terkenal dengan semangat patriotik yang amat tinggi, pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan akan mencari jalan bagaimana hendak membawa pemain Malaysia untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu hari nanti.

Jika bukan disebabkan peraturan EPL yang menghalang pemain negara daripada beraksi dalam liga bola sepak paling popular di dunia itu,

Vincent sudah lama memujuk pengurus Cardiff, Malky Mackay untuk membawa beberapa pemain Malaysia yang berpotensi.

Saya masih memasang harapan kita dapat membawa pemain Malaysia bermain di sini (Liga Perdana) suatu hari nanti, tetapi kita kena memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak EPL.

Mungkin, mereka (pemain) ini boleh beraksi semusim dulu di kelab-kelab Eropah lain, kemudian baharu dibawa bermain di EPL... Kita tengok bagaimana.

Saya akan cuba meyakinkan Malky (Mackay) kerana sudah tentu dia yang membuat semua keputusan, walaupun saya taukeh (pemilik) tetapi itu kuasa pengurus untuk tentukan siapa pemain yang dia mahu.

Namun kalau saya yang bercakap dengannya, mungkin dia masih boleh mendengar kata-kata saya... Sekurang-kurangnya 50 peratus," ujar Vincent pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tegas Vincent, beliau percaya Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan, malah jika pemain Korea Selatan dan Jepun mampu bersaing dalam bola sepak Inggeris mengapa tidak pemain kita yang memiliki fizikal hampir serupa.

Katanya, isu sebenar ketika ini bukan tentang fizikal dan bakat semata-mata, tetapi lebih kepada Malaysia tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Liga Perdana.

Permit kerja hanya akan dikeluarkan oleh pihak England untuk pemain yang datang dari negara 70 terbaik ranking dunia bagi menjaga kualiti liga bola sepak Inggeris. Malaysia tidak pernah berada dalam kelompok 100 terbaik dunia sekali pun.

Justeru opsyen kedua yang dimiliki pemain negara jika masih mahu bermain dalam EPL adalah dengan beraksi beberapa tahun dalam liga Eropah yang lain, sebelum mencuba nasib di England.

Cardiff City sebelum ini pernah membawa dua pemain Malaysia, Safee Sali dan Safiq Rahim menjalani latihan selama dua minggu. - UTUSAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


UiTM juara Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia

Posted: 27 Apr 2013 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara

Divisyen Satu Liga Hoki Malaysia 2013 apabila menewaskan TNB Thunderbolts 5-4 malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan UiTM membawa pulah hadiah wang tunai RM30,000.

Hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul juara, UiTM kelihatan bertekad untuk menamatkan persaingan dengan bergaya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sekali gus mengulangi kejayaan pada 2009.

Gol-gol mereka dihasilkan oleh Mohamad Afify Mohd. Rodzi pada minit kelima dan 45, Muhammad Asraf Zulzali (m14), Nor Nashriq Farhan Nor Azman (m39) dan Ahmed Iqwan Shah Harun (m65).

TNB Thunderbolts membalas menerusi Amir Zulkarnain Ahmad Robangi, Faheed Saifullah Shahrom Jamil dan Mohd. Fairuz Hamsani.

TNB Thunderbolts membawa pulang RM20,000 selaku naib juara manakala Uniten KPT memenangi tempat ketiga untuk mendapat RM10,000. - UTUSAN ONLINE

BAM senaraikan pasukan terkuat ke Piala Sudirman

Posted: 27 Apr 2013 09:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menamakan 20 pemain yang akan membawa cabaran negara pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah pada 19-26 Mei ini.

Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran perseorangan bersama Liew Daren dan Chong Wei Feng manakala perseorangan wanita pula Tee Jing Yi bersama Lydia Cheah dan Soni Cheah.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula mengetuai senarai beregu lelaki bersama-sama pasangan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong serta Lim Khim Wah-Goh V Shem.

Dalam pada itu, Woon Khe Wei-Vivian Hoo dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertanding dalam beregu wanita manakala Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Ong Jian Guo-Lim Yin Loo untuk beregu campuran. - UTUSAN ONLINE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liga Super: ATM, Pahang menang selesa

Posted: 26 Apr 2013 09:11 AM PDT

PEMAIN pasukan ATM, Bruno Marteloto (kiri) diasak oleh pemain PKNS, Muhd. Khairu Azrin dalam perlawanan Liga Super di Seremban malam tadi. ATM menang 2-0. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 27 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip tiga mata berharga untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan PKNS 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban malam tadi.

Pahang, yang sebelum ini kalah 0-1 kepada Johor Darul Takzim kembali mencatat kemenangan apabila menumpaskan Felda United 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsudin muncul wira Terengganu selepas menjaringkan gol tunggal menerusi tendangan penalti pada minit ke-90 dalam perlawanan dengan Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN LIGA SUPER

ATM 2 PKNS 0

Pahang 2 Felda United 0

Terengganu 1 Negeri Sembilan 0

ATM terus buru Lions XII

Posted: 26 Apr 2013 12:38 PM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR,
MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

Hairuddin (kiri) menjaringkan gol pertama ATM menentang Selangor PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. ATM menang 2-0. - UTUSAN/Md. Shahjehan Maamin

SEREMBAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip tiga mata berharga untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan PKNS 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan ATM memintas Selangor dan Johor DT untuk berada di tangga kedua liga di belakang pendahulu Lions XII.

Gol ATM diperoleh melalui jaringan ketua pasukan tuan rumah, Hairuddin Omar pada minit ke-34 dan penyerangnya, Marlon Alex James pada minit ke-73.

Asakan demi asakan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil selepas Hairuddin menanduk kemas gol pertama ATM hasil hantaran lintang Christie Jayaseelan pada minit ke-34.

PKNS menerima padah apabila berlaku salah faham antara pemain pertahanan Es Lizuan Zahir dan penjaga gol, Mohd. Remezy Che Ros sehingga membenarkan Alex James menanduk masuk mudah gol kedua tuan rumah pada minit ke-74 ke arah gawang kosong.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Felda United dengan jaringan bermula apabila sepakan percuma yang diambil pemain Pahang, Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang lawan pada minit ke-24 ditanduk pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Damion Delano, namun tandukan itu terkena palang gol.

Bagaimanapun, bola yang melantun ditanduk sekali lagi oleh penyerang Pahang, Matias Conti bagi meletakkan anak buah Dollah mendahului Felda United dengan jaringan 1-0.

Setelah sekian lama ketandusan jaringan, penyerang Pahang, Mohd. Fauzi Rozlan akhirnya berjaya menemui sentuhan pada minit ke-64 bagi membolehkan skuad Tok Gajah mendahului 2-0.

Pelawat berterusan mengasak kubu tuah rumah dan pada minit ke-77 dan 82, cubaan pemain import Felda United, Leonel St. Preuex berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu berjaya meraih tiga mata selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0 hasil jaringan penalti pada minit akhir perlawanan yang disempurnakan Ashaari Shamsuddin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei kekal pemain No. 1 dunia

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Senarai pemain yang layak ke Kejohanan Dunia di Guangzhou, Ogos depan belum dikeluarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), namun berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Malaysia dijangka menghantar 11 wakil yang layak secara mutlak.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei pastinya mengetuai misi anak Malaysia pertama meraih kejuaraan pada Kejohanan Dunia.

Kali ini beliau akan diiringi dua pemain yang akan beraksi buat kali pertama di pentas elit itu, iaitu Chong Wei Feng dan Liew Daren dalam perseorangan lelaki.

Berdasarkan kelayakan ke Kejohanan Dunia, seramai 24 pemain dalam kelompok 24 ranking teratas akan layak secara merit dengan maksimum tiga pemain dari sebuah negara, dibenar bertanding dalam setiap kategori.

Dalam perseorangan lelaki, Chong Wei kekal di kedudukan No. 1 dunia, diekori rapat pemain China, Chen Long.

Namun, yang menariknya persaingan dua perseorangan negara iaitu Wei Feng dan Daren kerana kedudukan terbaharu menunjukkan Wei Feng memintas Daren, iaitu menghuni ke-12 dan 13 dunia.

Dalam beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong sememangnya layak selepas masing-masing berada di ranking kedua dan ketujuh dunia, namun perebutan secara merit tiga penjuru antara Goh V Shem-Lim Khim Wah, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock berakhir dengan gandingan BAM, V Shem-Khim Wah mengetepikan dua pasangan KLRC itu.

V Shem-Khim Wah mengukuhkan kedudukan di ranking ke-13 dunia berbanding Fairuzizuan-Zakry, (16) dan Teik Chai-Soon Hock (18).

Malaysia juga menyaksikan tiga wakil beregu campuran diketuai Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5), Tan Aik Quan-Lai Pei Jing (18) dan Ong Jian Guo-Lim Yin Loo (21).

Dalam beregu wanita, hanya dua pasangan layak iaitu Vivian Hoo- Woon Khe Wei di ranking ke-18 dan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo, ke-22.

Bahaya perkecil pasukan bawah

Posted: 25 Apr 2013 01:10 PM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Saingan Liga Super 2013 yang memasuki pusingan kedua sejak Sabtu lalu, menampilkan perbezaan, malah peningkatan ketara prestasi pasukan yang sebelum ini di tangga bawahan.

Hakikat ini diakui ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar menjelang pertemuan Gladiators yang diterajui B. Sathianathan dengan PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam ini.

Rekod kemenangan 3-1 ke atas kelab Selangor bimbingan Abdul Rahman Ibrahim di Shah Alam pada 12 Januari lalu, juga bukan jaminan kukuh buat ATM bakal terus membedil mereka dalam usaha merapatkan jurang dengan teraju liga, Lions XII.

Masuk sahaja pusingan kedua liga, semua pasukan sudah berbeza prestasi mereka dan pendekatan kami bagi setiap perlawanan perlu turut berubah. Yang di tangga bawah sebelum ini, kian meningkat dan tidak terkecuali kelab seperti PKNS.

Tengok bagaimana mereka mengatasi (juara bertahan) Kelantan (2-1 di Shah Alam, 19 Januari lalu). Jadi kami kena fokus betul-betul perlawanan ini supaya tidak lagi tertinggal jauh dengan Lions XII, Johor Darul Takzim atau Selangor jika mahu juarai liga.

Apatah lagi bermain di gelanggang sendiri, ATM perlu lupakan kesilapan ketika kalah 3-1 dengan Lions XII (di padang tiruan Stadium Jalan Besar Singapura minggu lalu) dan tidak boleh mengulanginya apabila berdepan PKNS," katanya.

Hairuddin yang masih tidak dapat diturunkan malam ini kerana menjalani baki satu penggantungan perlawanan, menuntut rakan sepasukannya agar tidak sesekali mencicirkan mata biarpun bahagian depan ATM diisi penyerang lain.

Saya akui jika dapat bermain, saya dapat merasai semangat juang yang lebih tinggi dengan sokongan penyokong sendiri," katanya yang tidak menolak kemungkinan masih mempunyai peminat setia di Seremban kerana pernah menyertai Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiada kes terhadap Rajagobal

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Rajagobal

PETALING JAYA - Sejarah bagaikan tercipta pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam apabila Datuk K. Rajagobal menjadi orang pertama berjaya keluar daripada perbicaraan tanpa dikenakan sebarang hukuman dan masih kekal menjadi pengendali Harimau Malaya sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

Senjata terakhir yang berjaya menyelamatkan Rajagobal daripada digantung enam bulan serta didenda RM8,000 adalah pita rakaman sidang akhbar semasa perlawanan Malaysia dan Arab Saudi 17 Mac lalu yang dibawanya berjaya mempengaruhi semua ahli Jawatankuasa Tatatertib bahawa tiada sebarang kes yang boleh dikenakan.

Pengerusinya, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, setelah mendengar kembali rakaman kenyataan Rajagobal dalam sesi pembelaan, mereka sepakat yang jurulatih berusia 56 tahun itu tidak ada mengkritik dasar FAM dalam soal penggunaan pemain import di saingan Liga Malaysia.

''Jawatankuasa memutuskan bahawa tiada kes terhadap Rajagobal dan berpuas hati yang dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah memperhalusi pita yang diberi oleh Rajagobal pada sesi pembelaan.

''Kita juga telah bertanya secara satu sama satu dengan Rajagobal dan dia menafikan segala kenyataannya dalam keratan akhbar.

''Dalam hal ini, mungkin apa yang diperkatakan dalam akhbar itu disalah tafsir... Itu lebih baik anda bertanyakan kepada pemberita yang membuat artikel berkenaan," katanya ketika ditemui selepas sesi perbicaraan di Wisma FAM, semalam.

Walaupun tidak dikenakan sebarang tindakan, Rajagobal enggan memberikan sebarang komen.

Dalam pada itu, Taufek juga menasihatkan kepada Rajagobal agar berhati-hati membuat kenyataan pada masa akan datang walaupun dia mempunyai kebenaran daripada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Dunia) untuk memberi sebarang komen selepas mana-mana perlawanan.

''Tidak salah membuat kenyataan tetapi saya mahu selalu mengingatkan kepada dia iaitu di bawah Kod Tatatertib 4.5.8, kita memang bagi kebenaran kepada jurulatih bagi kenyataan kepada media.

''Sebarang kata-kata yang berbentuk permusuhan dan kritikan perlu dielakkan dan jika dia didapati bersalah, dia boleh didakwa mengikut Perkara 18.3 iaitu melanggar polisi FAM, " katanya.

Bagi kes berlainan, dua pemain Selangor iaitu Afiq Azmi dan Abdul Shukur Jusoh masing-masing digantung dua perlawanan ekoran kontroversi pergaduhan semasa perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang ATM, 25 Januari lalu.

Shukur didenda RM2,000 ekoran tindakannya yang enggan keluar padang selepas menerima kad merah sehingga perlawanan terhenti selama 1 minit 35 saat sementara Afiq hanya didenda RM1,000 kerana cuba mencetuskan pergaduhan.

Beasley luah kekecewaan

Posted: 24 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

John Beasley bersama Josiah Ng (kiri) dan Azizulhasni yang berjaya menempa nama di pentas dunia dalam acara trek.

KUALA LUMPUR - Jika hendak memastikan sukan berbasikal di Malaysia terus berkembang maju, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) harus memperhalusi segala perkara yang dibangkitkan oleh ketua jurulatih negara, John Beasley.

Jurulatih dari Australia itu tidak berselindung tentang program pembangunan sukan ini yang agak perlahan selepas tujuh tahun, walaupun dia berjaya menggilap bakat pelumba tempatan seperti Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin

Menurut Beasley, dia berada di Malaysia selama tujuh tahun, namun mengakui berasa kecewa terutama dari segi pembangunan akar umbi dan perkembangan acara lebuh raya.

"Saya juga risau dengan struktur program pembangunan berbasikal kerana hanya sekolah sukan sahaja yang menjadi pembekal utama atlet yang bertaraf antarabangsa untuk bersaing di kejohanan besar," katanya kepada media selepas sesi taklimat PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.

Beasley memberi contoh sukan bola sepak di mana pemain sudah pasti perlu dipilih daripada pasukan negeri atau kelab untuk mewakili skuad kebangsaan tetapi berbasikal tidak mempunyai kaedah seperti itu, ia seolah-olah seperti piramid terbalik, tanpa asas yang kukuh.

"Sebelum saya meninggalkan negara ini sudah tentu saya mahu melihat satu struktur yang kukuh terutama di bahagian asasnya yang melibatkan peringkat akar umbi. Kontrak saya bakal berakhir tahun depan, namun saya masih berasa komited sehingga Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro.

"Saya memang banyak mendapat tawaran dari negara lain, namun saya tidak memikirkan soal wang kerana saya gembira di sini dengan mempunyai ketua-ketua dari MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) yang bagus," katanya.

Taklimat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad dan Setiausaha Agung PKBM, Ibrahim Mustafa.

Beasley dalam pada itu mendakwa, wujud musuh dalam selimut dalam badan tersebut yang menggagalkan usahanya untuk melonjakkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Dalam pada itu, menurut Naim, beliau mengambil serius perkara yang disampaikan oleh Beasley itu dan akan membawa perkara tersebut kepada Exco PKBM bagi sebarang tindakan lanjut.

"PKBM sama sekali tidak mahu individu yang membuat keputusan sendiri mengetepikan keputusan asal. Pada asalnya kita telah membuat keputusan A tetapi menjelang perlumbaan yang dilaksanakan ialah keputusan B. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci dan tindakan akan diambil jika perlu.

"Keputusan memilih atlet untuk beraksi di mana-mana kejohanan akan diputuskan jawatankuasa pemilihan PKBM berdasarkan cadangan pihak jurulatih," katanya.

Pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 di India, baru baru ini terdapat individu dalam PKBM yang tidak sependapat sehingga menimbulkan masalah sekali gus dilihat sebagai mencabar penilaian yang dilakukan Beasley sebagai ketua jurulatih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rajagobal bawa 'pita penyelamat'

Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Jika Datuk K. Rajagobal mengharapkan sesuatu yang boleh menghalangnya daripada dihukum Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, mungkinkah pita rakaman semasa sidang akhbar Malaysia dan Arab Saudi, 17 Mac lalu mampu menyelamatkannya?

Seperti 'sediakan payung sebelum hujan', tindakan Rajagobal pasti membuatkan keputusan perbicaraan hari ini berdepan teka-teki sama ada beliau bersalah atau tidak.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak mengesahkan, Rajagobal akan membawa pita rakaman sebagai bahan bukti paling penting untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

''Semasa perbicaraan esok, Rajagobal difahamkan akan membawa pita rakaman sendiri sebagai bahan bukti untuk tujuan pembelaan dirinya.

''Pita itu membabitkan rakaman sidang akhbar semasa perlawanan Malaysia dan Arab Saudi. Kita akan meneliti segala bukti sebelum menjatuhkan hukuman.

''Mungkin kes akan memakan sedikit masa tetapi kita akan pastikan keputusan tetap dicapai (bersalah atau tidak), " katanya.

Rajagobal, 56, didakwa atas Perkara 4.5.8 Kod Tatatertib FAM kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dasar FAM mengenai pengambilan pemain import dalam Liga Malaysia yang menjejaskan kualiti penyerang tempatan.

Jika bersalah, beliau boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000.

Fokus pemain tak lari

Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT

Oleh Maszureen Hadzman
sukan@utusan.com.my

Ong Beng Hee hanya memberi tumpuan kepada misi memburu kejuaraan dan bukan keadaan di Islamabad.

KUALA LUMPUR - Walaupun isu keselamatan di Islamabad menjadi topik hangat dan mendorong jurulatih negara, Peter Genever menarik diri daripada skuad, namun jaguh skuasy negara, Ong Beng Hee dan Low Wee Wern akan berlepas ke ibu negara Pakistan itu tanpa rasa takut.

Turun dengan reputasi juara empat kali, Beng Hee menegaskan, fokusnya untuk mencari kejuaraan Asia kelima tidak sedikitpun terjejas hanya kerana disajikan dengan isu keselamatan dan pengeboman menjelang Kejohanan Asia, 1-5 Mei ini.

Malah tegasnya, faktor Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bertindih dengan hari terakhir pertandingan juga bukan satu masalah buatnya,

"Sungguhpun keselamatan di sana agak merisaukan, ini sama sekali tidak memberi tekanan buat saya. Saya sudah bersedia dan yang penting saya perlu menikmati perlawanan sebaik mungkin.

"Mengenai pilihan raya, kami (pemain) tiada pilihankerana keputusan untuk ke Islamabad sudah dibuat sebelum tarikh PRU-13 diumum, jadi kami perlu meneruskan keputusan untuk beraksi.

"Kejohanan ini juga penting buat kami untuk membawa nama Malaysia, jadi saya harap semua pihak faham dengan kedudukan kami," kata Beng Hee.

Beng Hee, 33, ketika ditanya mengenai keputusan Genever enggan menyertai pasukan ke Islamabad berkata, jurulatih kelahiran England itu mungkin tidak biasa dengan senario di Asia.

"Saya adalah orang Asia, jadi saya tidak rasa takut untuk bermain di Pakistan tetapi dia (Genever) mungkin tidak biasa dengan semua keadaan ini, jadi dia berasa keselamatannya sedikit terancam dan ini adalah haknya (untuk tarik diri).

"Sejujurnya, ketiadaan Genever tidak langsung mematahkan semangat kami untuk beraksi cemerlang.

"Saya akan memberikan permainan terbaik. Saya tidak meletak harapan terlalu tinggi dan jika dapat merangkul kejuaraan, ia satu bonus,"kata juara 2002, 2004, 2006 dan 2008 itu lagi.

Selain Beng Hee, cabaran Malaysia dalam saingan lelaki pada Kejohanan Asia 2013 akan turut dipikul penyandang juara, Mohd. Nafiizwan Adnan dan Muhamad Asyraf Azan.

Pemain No. 7 dunia, Wee Wern pula menjadi sandaran utama untuk membawa pulang kejuaraan wanita ekoran ketiadaan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu akan turut diiringi Delia Arnold serta Zulhijjah Azan.

Ditanya mengenai kebimbangan beberapa jurulatih mengenai keadaan di Islamabad, Wee Wern hanya berkata: "Saya lebih berminat untuk memberi tumpuan untuk mencari kemenangan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai keadaan di sana."

Keselamatan di Islamabad mencetus kebimbangan selepas keadaan tidak begitu stabil menjelang pilihan raya Pakistan pada 11 Mei depan.

Beberapa kejadian pengeboman yang berlaku dan mengorbankan banyak nyawa, selain gempa bumi yang melanda negara jiran, Iran antara sebab yang mendorong Genever untuk tidak menyertai pasukan ke Islamabad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kita tetap ke Islamabad

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh Maszureen Hadzman
sukan@utusan.com.my

KETIADAAN Nicol David meletakkan Low Wee Wern (depan) menggalas tugas memburu kejuaraan pada Kejohanan Asia di Islamabad, Pakistan.

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan yang membayangi Islamabad, selain tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bertindih dengan hari terakhir pertandingan tidak menghalang Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk tetap menghantar pasukan ke Kejohanan Asia di Pakistan, 1-5 Mei ini.

Biarpun jurulatih kebangsaan, Peter Genever telah menyuarakan hasrat untuk tidak menyertai pasukan ke Islamabad, manakala pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David antara yang terawal mengumumkan tidak akan bertanding, SRAM meneruskan rancangan penghantaran pasukan seperti biasa.

Pengurus Besar SRAM, Christopher Brodie menegaskan, pemain diberi pilihan 100 peratus sama ada mahu bertanding atau tidak pada kejohanan individu itu. Tiada unsur paksaan, sebaliknya mereka boleh menarik diri jika merasakan keselamatan tidak terjamin atau mahu terlibat dengan PRU-13.

SRAM menyerahkan 100 peratus kepada pemain sama ada mahu bertanding pada Kejohanan Asia atau tidak. Mereka sudah dimaklumkan mengenai situasi semasa di Islamabad, malah semua pemain juga sudah tahu tentang tarikh PRU-13.

Namun mereka tetap mahu beraksi kerana tidak pernah sampai ke Pakistan sebelum ini. Semua pemain sangat teruja untuk merasai pengalaman bermain di sana.

SRAM menyokong keputusan mereka, malah kami telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan jaminan daripada penganjur, mereka jamin semua terkawal dan kita boleh bermain tanpa rasa bimbang," kata Christopher, yang juga Setiausaha SRAM.

Menurut Christopher lagi, walaupun PRU-13 jatuh pada hari terakhir kejohanan, namun semua pemain dan jurulatih tahu akan tanggungjawab mereka dan membuat keputusan sendiri.

Malah, SRAM tidak menghalang mana-mana pemain untuk beraksi di Kejohanan Asia hanya kerana Nicol telah mengumumkan untuk tidak terlibat atas alasan keselamatan, selain mahu memberi tumpuan kepada Terbuka Britain.

Saya yakin pihak penganjur pasti telah mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan keselesaan pemain serta pegawai sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Jadi pemain hanya perlu bersedia berhadapan dengan kawalan keselamatan yang ketat apabila tiba di sana nanti," katanya lagi.

Selain Genever, seorang lagi jurulatih kebangsaan, Aaron Soyza juga difahamkan masih belum memutuskan sama ada akan menyertai pemain-pemain ke Islamabad.

Keadaan di Pakistan agak tegang menjelang pilihan raya negara itu pada 11 Mei ini, termasuk berlakunya beberapa siri serangan bom yang telah mengorbankan nyawa.

Malah, gempa bumi yang melanda negara jiran, Iran yang telah mengorbankan 30 nyawa mencetus kebimbangan baharu.

Dengan ketiadaan juara lapan kali, Nicol, pemain No. 7 dunia, Low Wee Wern menjadi sandaran utama Malaysia untuk membawa pulang kejuaraan perseorangan wanita.

Wee Wern akan turut diiringi Delia Arnold dan Zulhijjah Azan.

Dalam saingan lelaki, Mohd. Nafiizwan Adnan mengesahkan dia akan turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Juara empat kali, Ong Beng Hee dan Muhamad Asyraf Azan melengkapkan skuad negara, yang akan berlepas ke Islamabad, Ahad ini.

Selangor belum angkat bendera putih

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Francis Forkey Doe diketepikan daripada pertemuan menentang East Bengal selepas belum pulih daripada kecederaan. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM - Faktor keletihan dan pemain cedera bukan alasan buat pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim untuk menyerah mudah kepada East Bengal FC dalam saingan Piala AFC yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.

Bertemu pendahulu Kumpulan H itu membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mencari tiga mata dan menjaringkan gol kerana tidak mahu perbezaan mata serta gol menghalang mereka untuk layak ke pusingan kedua.

Kita tidak akan menyerah kalah dengan mudah, walaupun sedar ramai pemain utama mengalami kecederaan. Kita akan cuba beri persembahan terbaik serta realistik untuk mara ke pusingan seterusnya," katanya dalam sidang media semalam. Selepas bermulanya pusingan kedua Piala AFC peringkat kumpulan, Selangor bangkit dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Saigon Xuan Thanh pada 9 April lalu.

Bagi saya sekarang ini semua perlawanan penting, baik saingan Piala AFC mahupun Liga Super, jadi saya perlu membuat perancangan terbaik malam esok (hari ini), walaupun pemain saya sekarang mengalami keletihan.

Pasukan lawan beruntung kerana mempunyai rehat sembilan hari, tetapi kita akan cuba mencuri mata," katanya lagi.

Ditanya sama ada dia membariskan pemain utama atau tidak kerana Selangor juga bakal berdepan tugas getir menentang pendahulu Liga Super, LionsXII hujung minggu ini, Irfan menjelaskan, dia akan membuat sistem penggiliran.

Malah katanya, pemain Selangor juga sudah melupakan kekalahan pada suku akhir Piala FA selepas disingkirkan Johor Darul Takzim dengan agregat 4-2, Selasa lalu.

Antara pemain Selangor yang tidak dapat diturunkan hari ini adalah penyerang import, Francis Forkey Doe, pertahanan tengah, Nasriq Baharom serta penjaga gol, Norazlan Razali.

Mohd. Fitri Shazwan Raduwan bagaimanapun akan beraksi, begitu juga pemain import dari Slovakia, Michal Kubala.

Sementara itu jurulatih East Bengal, Trevor Morgan berkata, mereka hanya memerlukan satu mata untuk mara ke pusingan kedua tetapi matlamat mereka ke Shah Alam bukan untuk seri sebalik pulang bersama tiga mata penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Wendy, Jun Hoong sumbang gangsa

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Wendy Ng (atas) dan Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia di Edinburgh.

KUALA LUMPUR - Selepas Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee gah menghadiahkan pingat perak kepada negara, awal pagi semalam giliran Wendy Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong menggegarkan Kolam Renang Diraja Komanwel dengan meraih gangsa pada Siri Terjun Dunia, Edinburgh.

Gangsa sudah cukup membuktikan bahawa gandingan Wendy-Jun Hoong harus diberi perhatian kerana ini adalah pencapaian terbaik mereka pada kejohanan ini dalam acara 3 meter papan anjal seirama.

Seperti dijangka, gandingan penerjun China, Wu Minxia-Shi Tingmao menguasai acara tersebut apabila mereka berjaya meraih emas dengan mencatat pungutan mata 332.10 selepas beraksi cemerlang sejak dari pusingan pertama.

Pasangan Britain, Alicia Blagg-Rebecca Gallantree pula menceriakan penyokong tuan rumah selepas beraksi dengan penuh fokus dan yakin untuk memenangi perak dengan catatan mata 305.28.

Sebelum ini, pasangan tuan rumah itu berjaya meraih perak dalam acara yang sama di DWS Beijing, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa penerjun Britain ini mampu pergi jauh mencabar penerjun China.

Wendy dan Jun Hoong berjaya meraih gangsa dan setakat ini ia adalah keputusan paling cemerlang dicatatkan mereka selepas DWS Beijing dan Dubai.

"Prestasi kami sangat baik malam ini (semalam) namun kami masih perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada. Kami berasa gementar sebelum turun ke kolam renang.

"Apa pun kami sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat buat negara kami di Edinburgh," kata Jun Hoong yang mencipta sejarah tersendiri tahun lalu apabila berjaya melayakkan diri di Sukan Olimpik 2012 London.

Kelmarin Pandelela dan Mun Yee menceriakan kem negara selepas menghadiahkan pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama.

Jangan letak harapan tinggi di bahu Iskandar - Jurulatih

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

Masih terlalu awal meletakkan harapan pada Iskandar pada Sukan SEA.

KUALA LUMPUR - Tiada harapan tinggi dibebankan ke atas jaguh muda lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi pada penyertaan atlet itu pada Sukan SEA, Myanmar Disember ini.

Sungguhpun atlet itu sudah berupaya memperbaharui rekod kebangsaan pada bulan lalu, ketua jurulatih acara lompatan, Mohd. Man Sahar Abdul Jalil menegaskan, masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran pingat emas kepada Iskandar pada temasya dwi tahunan itu.

Kata Mohd. Man Sahar, masih ba nyak yang perlu diperkemaskan oleh pemegang rekod kebangsaan berusia 19 tahun itu untuk cemerlang meskipun telah melepasi kelayakan ke Sukan SEA secara merit.

Iskandar melepasi kelayakan Sukan SEA apabila memenangi Kejohanan Olahraga All Comers pada awal bulan lalu dengan catatan 5.01 meter yang memperbaharui rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri Teh Weng Chang dilakukan pada 2002.

"Jika mahu memenangi emas Sukan SEA, dia (Iskandar) sekurang nya perlu membuat catatan 5.20m.

"Namun, apa yang telah dilakukannya sekarang sudah baik dan hanya perlu meningkatkan lagi tahap prestasi dari semasa ke semasa.

"Saya tidak boleh janji dia boleh memenangi emas tetapi saya yakin dia akan meraih satu pingat pada Sukan SEA nanti tidak kiralah apa warna sekalipun," kata Mohd. Man Sahar.

Selepas ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu bersara tumpuan terarah kepada Iskandar bagi menyambung kesinambungan emas dalam acara tersebut meski pun berbeza kategori.

Sementara itu, Mansahar turut memberitahu dalam tempoh dua ta hun lagi Iskandar diyakini mampu menghadiahkan emas pada temasya tersebut.

"Jika kita tidak boleh memenangi emas Sukan SEA dalam kategori wanita, kita cuba untuk kategori lelaki pula.

"Untuk edisi tahun ini memang sukar tetapi kita dapat beri jaminan bahawa Iskandar akan memenangi emas edisi berikutnya dua tahun lagi," kata Mansahar.

Ketika ini rekod acara lompat bergalah lelaki Sukan SEA masih lagi milik atlet dari Thailand iaitu Kreeta Sintawacheewa dengan catatan ke tinggian 5.21m pada Sukan SEA Laos 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pandelela, Mun Yee raih perak Siri Terjun Dunia

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

Pandelela Renong dan Leong Mun Yee

KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee membuktikan mereka masih lagi gandingan serasi selepas meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama di Siri Terjun Dunia (DWS) di Edinburgh, semalam.

Mereka terpaksa akur dengan China yang merangkul emas walaupun membariskan gandingan penerjun nombor dua, Li Huixia-Si Yajie, hasil pungutan 338.64 mata. Pandelela dan Mun Yee meraih 322.20 mata.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Rusia, Yulia Koltunova-Natalia Goncharova yang mencatatkan 308.22 mata.

Lebih menarik pingat perak yang diraih Pandelela dan Mun Yee adalah yang pertama selepas 12 bulan, di mana kali terakhir mereka menaiki podium di DWS Moscow, April tahun lalu ketika meraih pingat gangsa.

Ketiadaan gandingan Kanada, Roseline Filion-Meaghan Benfeito, yang menduduki tempat kedua di belakang penerjun China pada dua kejohanan sebelum ini di Beijing dan Dubai ternyata memberi tuah buat penerjun negara.

Bagaimanapun, kejayaan pingat perak tidak akan dicapai dengan mudah jika mereka gagal menunjukkan prestasi terbaik semalam.

Mereka juga hampir meraih emas selepas melakukan kejutan mendahulu pungutan mata dari pusingan pertama hingga ke pusingan keempat sebelum dipintas oleh penerjun dari China itu.

"Saya tidak rasa aksi kali ini tidak sengit, malah kami melakukan tahap kesukaran yang sama tetapi kami berjaya melakukannya dengan baik sekali," kata Pendelela.

Kata penerjun kelahiran Sarawak itu, gandingannya dan Mun Yee semakin mantap selepas mereka sudah lama tidak mempamerkan aksi bersama seperti mana yang dilakukan semalam.

Kejayaan tersebut sudah pasti akan memberi suntikan semangat buat kedua-dua penerjun negara itu menjelang Kejohanan Dunia di Barcelona Julai depan tatkala mereka memburu pingat kedua di kejohanan tersebut selepas meraih gangsa di Rome pada 2009.

Johor DT lunas dendam

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

Penyerang Johor DT, Mohd. Safee Sali menanduk bola sambil dihalang pemain pertahanan Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. Johor DT menang 1-0. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Skuad Johor Darul Takzim berjaya membalas dendam ke atas Pahang apabila menundukkan pasukan Pantai Timur itu 1-0, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dalam aksi pusingan kedua Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam

Johor DT pernah dikejutkan Pahang 3-2 dalam aksi pembukaan Liga Super tatkala ramai yang meramalkan skuad bimbingan Fandi Ahmad itu mampu mencatat kemenangan pertama namun kekalahan tersebut berjaya ditebus di hadapan penyokong sendiri.

Disuntik semangat kemenangan ke atas Selangor dalam perlawanan suku akhir Piala FA, Selasa lalu, Harimau Selatan tampak garang apabila menguasai permainan keseluruhan babak pertama.

Mempamerkan aksi penuh bertenaga, tuan rumah bagaimanapun gagal meraih sebarang gol sepanjang separuh masa pertama walaupun Nurul Azwan Roya berpeluang memecah kebuntuan pada minit kelima, namun ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan.

Memasuki babak kedua, Johor DT terus mengasak kubu lawan dan akhirnya, Leonel Nunez berjaya merembat masuk gol pertama, hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46.

Asakan demi asakan terus dilakukan oleh skuad Tok Gajah bagi memburu gol penyamaan sehinggakan nyaris membuatkan pemain pertahanan Johor DT, Kamarul Afiq Kamarudin menjaringkan gol sendiri di minit terakhir, namun bernasib baik kerana tandukannya mengenai palang.

Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan dan kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Harimau Selatan ke tangga teratas liga setelah Negeri Sembilan mengikat Selangor 0-0 di Stadium Paroi, Seremban.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, tuan rumah, PKNS berjaya meraih tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Kelantan.

Bagaimanapun mereka dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit keenam melalui Ahmad Fakri Saarani.

PKNS berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain import, Roman Chmelo berjaya membolosi gawang Kelantan pada minit ke-51.

Pada minit ke-72 Mohd Fauzan Dzulkifli muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan tuan rumah yang berpunca daripada sepakan percuma.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dan Selangor terikat 0-0, yang menyaksikan pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-86 selepas Ahmad Shakir Ali dilayangkan kad merah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zolkples selar persatuan sukan

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Zolkples Embong

KUALA LUMPUR - Rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Walaupun Anugerah Sukan Negara (ASN) 2012 berlangsung dengan cemerlang kelmarin, namun Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong kecewa dengan sikap persatuan yang tidak ambil serius anugerah tertinggi sukan tanah air itu.

Kata Zolkples, hanya 30 peratus persatuan menghantar nama atlet mereka untuk dicalonkan bagi merebut beberapa gelaran yang ditawarkan, termasuk Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Tegasnya, biarpun sesetengah sukan tidak berada dalam acara Olimpik itu tidak bermakna mereka tidak layak menerima pengiktirafan.

Setiap sukan katanya mempunyai kejohanan utama sendiri, seperti Kejohanan Dunia yang boleh diketengahkan.

"Sepatutnya persatuan sukan kemukakan calon mereka walaupun tidak mempunyai peluang untuk menang kerana ada pemenang pingat Olimpik berada dalam pencalonan," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Jelas Zolkples, setiap persatuan mempunyai atlet terbaik mereka sepanjang tahun yang layak untuk dicalonkan tidak kira walaupun mereka hanya memiliki pencapaian di peringkat Asia Tenggara.

"Mereka sepatutnya memilih atlet terbaik untuk dicalonkan, setidak-tidaknya kita menghargai sumbangan atlet tersebut, calonkan sahaja supaya boleh dipanggil untuk memeriahkan majlis ini.

"Menang ataupun tidak soal lain, saya rasa tidak sampai 50 peratus persatuan yang menghantar calon untuk ASN.

"Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada persatuan sukan hantar calon, tetapi ini purata lebih kurang 30 peratus saja," katanya.

Kata Zolkples lagi, terdapat lebih 40 persatuan sukan di Malaysia, namun MSN hanya menerima 10 pencalonan untuk anugerah Olahragawan dan Olahragawati.

"Saya harap pada masa akan datang persatuan sukan jangan ulangi pekara ini dan hantar calon mereka.

"Contohnya dalam anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan, kita tidak menerima pencalonan langsung, jadi tidak ada pemenang untuk kali ini.

"Anugerah jurulatih pun tidak ada pencalonan, sedangkan kita mempunyai ramai jurulatih tempatan yang berwibawa. Sikap seperti ini perlu diubah oleh persatuan pada masa akan datang," katanya lagi.

Sebelum ini terdapat beberapa atlet yang pernah merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati sedangkan sukan yang mereka ceburi tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Antaranya, Malek Noor dan Sazali Samad (bina badan), Khoo Boon An, Shirley Chow, Michael Chuah, Lydia Kwah, Lisa Kwan, Sharon Low, Shalin Zulkifli (tenpin boling), Sam Chong (biliard-snuker), Datuk Nicol David (skuasy) serta Karamjit Singh-Allen Oh (rali).

Kepentingan Malaysia dalam EPL terjamin

Posted: 17 Apr 2013 12:37 PM PDT

Kim Bo-Kyung meraikan kejayaan Cardiff City layak ke Liga Perdana sejurus tamat perlawanan dengan Charlton di Cardiff, semalam. - AGENSI

LONDON - Pada ketika masa depan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) masih tidak menentu, kepentingan Malaysia dalam liga utama bola sepak England sudah terjamin menerusi Cardiff City.

Kelab Wales yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu mengesahkan tempat dalam EPL musim depan selepas seri 0-0 dengan Charlton Athletic semalam, keputusan yang cukup untuk menjamin kedudukan mereka pada dua tangga teratas Liga Kejuaraan (divisyen dua).

QPR, yang dimiliki oleh taikun AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berada dalam keadaan bahaya selepas menghuni tangga tercorot liga pada ketika saingan musim ini hanya berbaki tujuh perlawanan.

Kelab London itu dipisahkan dengan 10 mata di belakang kelab terakhir yang berada dalam zon selamat, Aston Villa.

Cardiff, yang sering dikecewakan dalam saingan playoff pada tiga musim terakhir kembali ke kancah liga utama buat kali pertama sejak 1962, iaitu 51 tahun yang lalu.

Kejayaan mereka diraikan oleh pemain dan peminat yang membanjiri padang di Stadium Cardiff City sejurus wisel penamat ditiupkan, semalam.

"Saya juga gembira bagi pihak mereka. Ramai orang di sini yang pernah berdepan detik sukar dan kejayaan ini ditujukan untuk mereka," kata Pengurus Cardiff, Malky Mackay, yang mula mengambil alih Cardiff pada 2011.

Tidak lama selepas melakar kejayaan tersebut, Vincent mengumumkan dana 25 juta pound (RM115.81 juta) akan disiapkan untuk mengukuhkan pasukan menghadapi cabaran Liga Perdana.

"Kami kena mencatur strategi dengan baik dan akan membelanjakan wang, mungkin sekitar 20 hingga 25 juta pound.

"Ada pasukan lain yang berbelanja besar tetapi gagal beraksi baik, jadi kami cuba berbelanja secara bijak," kata Vincent.

Walaupun saingan Liga Perdana masih berlangsung, namun kedudukan satu lagi kelab Wales, Swansea City dianggap terjamin kerana juara Piala Liga itu menghuni kedudukan pertengahan liga. Ini bermakna, Wales bakal memiliki dua wakil pada musim 2013/2014.

"Saya hilang kata-kata sekarang. secara jujur saya percaya, kami memang berhak meraih kejayaan ini.

"Kami menunjukkan aksi yang konsisten sepanjang tahun, malah sejak November lalu kami mempamer prestasi yang sangat mantap dan memang mengharapkan tiket Liga Perdana.

"Sekarang, kami mahu meraikan detik yang hebat ini dan kemudian baru fikirkan tentang gelaran (Liga Kejuaraan)," kata pertahanan Cardiff, Mark Hudson kepada BBC.

Cardiff berada pada posisi selesa untuk menutup musim dengan kejuaraan selepas mengumpul 84 mata daripada 43 perlawanan, tujuh mata mengatasi pasukan tangga kedua, Hull City pada ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Walaupun sering dikecewakan menerusi playoff pada tiga musim terakhir, namun pasukan itu sering mencuri tumpuan dengan melakar beberapa kejayaan tidak diduga seperti melangkah ke final Piala FA 2008.

Pasukan Bluebirds itu juga kalah kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga, tahun lalu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan di landasan pertahan kejuaraan Piala FA

Posted: 16 Apr 2013 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April - Penyandang juara Piala FA musim lalu, Kelantan kini semakin hampir mempertahankan kejuaraan apabila berjaya melangkah ke saingan separuh akhir selepas membenam Sarawak 2-0 untuk agregat 4-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Pada perlawanan separuh akhir, Kelantan dijadual menentang Terengganu yang turut melepasi suku akhir selepas meraih kemenangan ke atas Negeri Sembilan 3-0 untuk agregat 6-1.

Turut layak ke saingan sama ialah Pahang dan Johor Darul Takzim. - Utusan

Keputusan Piala FA 2013

Selangor 1 Johor DT 2

(agregat 3-3, Johor DT layak penalti 4-2)

Sarawak 0 Kelantan 2

(Kelantan layak agregat 4-1)

Sime Darby 0 Pahang 2

(Pahang layak agregat 2-0)

Terengganu 3 Negeri Sembilan 0

(Terengganu layak agregat 6-1)

Chong Wei, Pandelela menang lagi

Posted: 16 Apr 2013 01:43 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bergambar bersama penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Lee Chong Wei (kanan) dan Pandelela Rinong pada Anugerah Sukan Negara 2012 di Subang malam tadi. - UTUSAN/NAsirruddin Yazid

KUALA LUMPUR - Kejayaan memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik London membantu Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong mengetepikan pencabar lain untuk mengekalkan gelaran Olahragawan serta Olahragawati Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut pada Anugerah Sukan Negara 2012, semalam.

Chong Wei, 31, yang turut meraih empat kejuaraan dalam kalendar badminton Siri Super mengenepikan Sazali Samad (bina badan), Mohd. Syafiq Ridhwan (boling) dan Leong Tze Wai (karate), manakala Pandelela menewaskan Datuk Nicol David (skuasy), Fatehah Mustapa (berbasikal), Cheah Mei Lian (boling).

Lebih manis kejayaan kali ketiga Chong Wei diraih lima hari selepas menyambut kelahiran anak sulung, Kingston Lee.

"Ini tuah anak. Kemenangan ini akan bagi dorongan untuk saya beraksi baik pada Kejohanan Dunia. Harap saya dapat menyamai rekod Rashid Sidek (menang empat kali)," kata Chong Wei, yang turut muncul Olahragawan 2005 dan 2008.

Pandelela yang kini menyambung pengajian di Universiti Malaya berjaya mempertahankan gelaran apabila bukan hanya memenangi gangsa Olimpik tetapi pingat gangsa Siri Terjun Dunia Dubai.

"Sudah tentu saya gembira kerana menang kali kedua. Saya memang menyimpan impian untuk menang tetapi pada masa sama, saya sedar saingan sangat sengit sebab calon yang lain juga bagus," kata Pandelela yang turut dinobat sebagai penerima Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2012, baru-baru ini.

Pemenang menerima ganjaran RM20,000 berserta trofi daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Tunku Jaafar.

Pingat perak memanah pada Sukan Paralimpik London membolehkan Hasihin Sanawi menggondol Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2012.

Pasukan hoki remaja lelaki, menerima Anugerah Pasukan Lelaki kebangsaan, manakala olahragawati lapan kali, Nicol mengetuai pasukan skuasy wanita muncul Pasukan Wanita kebangsaan.

Kesemua pemenang bagi pasukan lelaki dan wanita kebangsaan berjaya meraih hadiah wang tunai RM20,000 atau RM3,000 seorang beserta trofi.

Nicol bersama tiga lagi pemain wanita skuasy negara, Low Wee Wen, Delia Arnold dan Siti Munirah Jusoh layak menerima anugerah tersebut selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Wanita Skuasy Dunia November lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS