Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Dec 2010 12:27 PM PST TIADA apa yang boleh menggentarkan kami. Itulah reaksi kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim terhadap seruan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mahu lebih dua juta rakyatnya di negara ini menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'lautan merah' pada final pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini. Perancang tengah negara itu menjelaskan barisan pemain muda kebangsaan sudah lali dengan gelagat penyokong fanatik Indonesia sama ada di gelanggang sendiri atau lawan.
Hasrat penyokong Indonesia untuk menenggelamkan Stadium Nasional itu mungkin tidak kesampaian kerana hanya 15,500 tiket diperuntukkan dan mereka perlu mempamerkan pengenalan diri atau pasport ketika membelinya.
Mengenai kekalahan 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan kepada Indonesia pada awal bulan ini, Mohd Safiq mengakui salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan besar itu adalah sokongan kira-kira 80,000 penyokong Indonesia walaupun skuad kebangsaan terlebih dulu membuka jaringan.
"Namun pengalaman menerusi perlawanan itu sudah cukup untuk memberikan pengajaran dan kami pasti akan bangkit untuk perlawanan akhir ini," katanya.
|
Posted: 22 Dec 2010 12:23 PM PST BEKAS pemain kebangsaan, Dollah Salleh menegaskan tiada sebarang sebab untuk skuad kebangsaan gagal meraih kejuaraan pertama Piala Suzuki AFF. Menurut jurulatih Pahang itu, saingan paling sukar pada kejohanan itu sudah pun diatasi dengan menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah, Vietnam pada peringkat separuh akhir serta juara tiga kali, Thailand.
"Selain itu, pemain kena percaya kepada diri sendiri kerana pada pengamatan saya, pemain tempatan memang tiada kekurangan dan mempunyai kemahiran yang tinggi seperti Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safiq Rahim yang licik menggelecek lawan," katanya yang juga antara pemain skuad kebangsaan pada edisi 1996 yang tewas perlawanan akhir ketika kejohanan itu dikenali sebagai Piala Tiger.
"Malah ketika tewas 5-1 itu, permainan kita lebih baik pada separuh masa pertama berbanding lawan, cuma yang membezakan adalah Indonesia memanfaatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan