Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jom pulun Indonesia

Posted:

Jom pulun Indonesia

Jom pulun Indonesia


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) berjumpa dengan pemain negara di Wisma FAM semalam untuk memberikan kata-kata semangat kepada mereka


BAIK Malaysia mahupun Indonesia, kedua-duanya mahu mencari bekalan selesa.Dua gergasi Asia Tenggara itu akan tampil mempertahankan maruah masing-masing apabila membuat perhitungan pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Atas kertas, Indonesia dilihat memiliki kelebihan berdasarkan rekod bersih mereka sepanjang kejohanan ini.

Selain itu, Indonesia yang dibarisi pemain senior, telah membelasah Malaysia 5-1 pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, sebelum ini.

Kali ini, mereka sekali lagi membuat perhitungan dan sudah pasti suasananya juga berbeza.

Indonesia mahu membuktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung.

Bagi Malaysia pula, kejayaan melangkah ke perlawanan akhir sudah boleh dianggap cemerlang.

Skuad yang dibarisi pemain muda dan cetek pengalaman ini tidak mahu terlalu yakin dan mereka akan turun seperti biasa, seperti mana yang telah mereka pamerkan ketika menumbangkan juara bertahan, Vietnam minggu lalu.

Jika prestasi tersebut terus dipertahankan, di mana sekali pun skuad bimbingan K. Rajagobal ini beraksi, lawan pasti menggigit jari.

Indonesia harus bersedia untuk menerima padah di Bukit Jalil malam esok dan ia akan berulang di Gelora Bung Karno Rabu depan, seperti mana yang dialami Vietnam di Hanoi minggu lepas.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal kagum semangat pemain

Posted:

Rajagobal kagum semangat pemain

Rajagobal kagum semangat pemain

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


TENANG... Barisan pemain negara turun menjalani latihan ringan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam sebagai persiapan menghadapi Indonesia, malam esok.


JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal tidak senang duduk menjelang perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Dia bukan takut, tetapi pening memikirkan kesebelasan utamanya kerana semua pemain dalam skuadnya berebur-rebut untuk merampas tempat kerana terlalu memiliki semangat yang cukup tinggi untuk membelasah Indonesia.

Mereka tidak sabar dan setiap pemain telah mempamerkan komitmen yang tinggi malah semua berazam untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Begitupun, Rajagobal hanya akan memilih yang terbaik untuk menggalas perjuangan negara pada perlawanan malam esok dan dia kini memerlukan sedikit ketenangan untuk merencanakan strateginya.

Namun pengendali berusia 54 tahun itu enggan mendedahkan apakah bentuk persiapan yang menjadi tumpuannya bagi mengekang Indonesia daripada mendapat bekalan selesa dari tempat lawan.

"Persiapan kita tak banyak beza. Cuma kita sedang menilai bahagian mana yang perlu diberi fokus lebih. Tapi saya tak boleh mendedahkannya.

"Apa pun, para pemain saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi final. Saya mahu mereka turun dengan mempamerkan aksi terbaik dan mencatat kemenangan.

"Saya sendiri menjangkakan aksi final bertemu Indonesia ini bakal menampilkan satu perlawanan yang cukup menarik," kata Rajagobal pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional petang semalam.

Mesyuarat tersebut turut memutuskan bahawa Malaysia bakal turun dengan jersi biru dan seluar putih manakala Indonesia pula dengan jersi putih dan seluar hijau.

Dalam pada itu, Rajagobal memberitahu, pemain sayap kanan, Amirulhadi Zainal sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut kanan yang dialami ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Hanoi minggu lalu.

"Keadaan Amirulhadi nampak okey. Tapi ada dua hari lagi untuk saya menilai tahap kecergasannya. Kemungkinan besar dia boleh diturunkan.

"Cuma Khyril Muhymeen Zambri yang juga cedera lutut masih belum pulih seratus peratus," jelas Rajagobal sebelum bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya untuk sesi latihan petang semalam.

Sebelum memulakan latihan tersebut, mereka menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain bagi menghadapi Indonesia, malam esok.

Skuad kebangsaan bakal menjalani latihan terakhir di Stadium Nasional pada pukul 5 petang ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan