Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Indonesia tertekan

Posted: 23 Dec 2010 12:38 PM PST

KETUA jurulatih kebangsaan, K Rajagobal meramalkan Indonesia akan berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri apabila turun beraksi pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun itu, ia aksi pertama Indonesia di luar republik itu selepas mempamerkan taring membelasah lawan di gelanggang sendiri sejak kejohanan Piala Suzuki AFF bermula pada 1 Disember lalu.

"Saya tidak sabar untuk melihat aksi dan cara mereka menangani tekanan apabila pertama kali beraksi di luar Indonesia," katanya.

Rajagobal menjelaskan berlainan dengan pasukan kebangsaan yang sudah mempunyai pengalaman beraksi di gelanggang keramat republik itu di Stadium Gelora Bung Karno serta Stadium MyDinh di Vietnam.


"Pemain kita sudah berpengalaman namun Indonesia hanya beraksi di gelanggang sendiri saja termasuk dua perlawanan separuh akhir menentang Filipina," jelasnya.


Faktor gugup itu mungkin menjejaskan rentak Indonesia selain ditambah dengan sokongan padu kira-kira 70,000 penyokong tempatan yang bakal memenuhi Stadium Nasional.

Pada peringkat kumpulan, Indonesia sebagai tuan rumah Kumpulan A nyata gagah di tempat sendiri apabila mendapat sokongan kira-kira 80,000 penyokong sendiri apabila meraih sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan termasuk memalukan Malaysia dengan keputusan 5-1 serta menghancurkan ego Thailand dengan kemenangan 2-1 untuk mengumpul 13 gol dan hanya bolos dua kali.

Malah dua perlawanan separuh akhir menentang Filipina juga dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno selepas naib juara Kumpulan B itu gagal menyediakan stadium mengikuti kriteria yang ditetapkan oleh penganjur.

Malaysia pula mengharungi situasi yang berlainan apabila berdepan dengan penyokong fanatik Indonesia di Jakarta pada perlawanan pertama peringkat kumpulan serta kira-kira 40,000 penyokong Vietnam di Stadium MyDinh di separuh akhir.

"Semua pemain kita sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan Ahad ini cuma di dalam tempoh dua hari ini pemain perlu diberikan suasana yang tenang kerana mereka sudah mengetahui apa tugas dan tanggungjawab yang diberikan," tambahnya.

Selain itu, Rajagobal menjelaskan sudah mempunyai bayangan 11 pemain utama cuma masih mencuba satu atau dua posisi tertentu untuk memantapkan pasukan.

"Untuk menyekat pasukan seperti Indonesia, saya mungkin melakukan beberapa pertukaran posisi dan strategi," tambahnya.

Rajagobal bagaimanapun kembali menarik nafas lega apabila pemain sayap, Mohd Amirulhadi Zainal kembali menjalani latihan bersama rakannya yang lain namun beliau dilihat mencuba aksi penjaring terbanyak Liga Super, Mohd Ashaari Shamsuddin pada sesi latihan semalam dan perlawanan persahabatan menentang Felda United kelmarin.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tengku mahu modal selesa

Posted: 23 Dec 2010 12:36 PM PST

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu skuad kebangsaan mencari bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua di Jakarta pada Rabu depan.

"Kalau boleh saya mahu jaringan 3-0 untuk aksi di Stadium Gelora Bung Karno nanti," katanya yang hadir di Wisma FAM meninjau latihan skuad kebangsaan menjelang perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.


Menurut Tengku Abdullah kemenangan di gelanggang sendiri adalah sangat diperlukan kerana ia akan memberikan keyakinan untuk pemain mengharungi baki 90 minit perlawanan akhir kedua.

"Malah saya yakin sokongan padu peminat tempatan akan membangkitkan semangat pemain untuk berjuang demi negara dan mencipta kejayaan "Saya tidak boleh menjanjikan kebangkitan bola sepak negara di peringkat antarabangsa dengan kejayaan di Piala Suzuki AFF namun ia adalah satu petanda yang baik kerana skuad ini mempunyai ramai pemain yang muda "Mereka masih mempunyai masa yang panjang untuk menyarung jersi negara dan membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan program yang FAM aturkan," katanya.


Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun apabila menyingkirkan juara bertahan, Vietnam dengan agregat 2-0 walaupun mengharungi laluan yang sukar di peringkat kumpulan termasuk tewas 5-1 kepada Indonesia.


Lawan skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal itu adalah Indonesia yang mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan A sebelum menyingkirkan Filipina dengan agregat 2-0.

Menariknya edisi kelapan kejohanan itu akan menobatkan juara baru kerana kedua-dua negara belum pernah bergelar juara.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan