Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Saya akan dedah: Misbun

Posted: 08 Jan 2011 03:39 PM PST

DATUK Misbun Sidek berjanji akan merungkai segala misteri di sebalik keputusan drastik meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara apa tiba masa dan keadaan yang sesuai.

"Bila sampai masa dan keadaan dah reda, saya akan dedahkan (punca sebenar meletak jawatan)," katanya yang terus mengambil sikap mendiamkan diri sejak menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 31 Disember lalu.

Jurulatih itu menghantar surat berkenaan kepada BAM menerusi emel tanpa memberi sebarang alasan di sebalik keputusan mengejutnya itu.

"Ini membabitkan sayadan BAM. Jadi, banyak hati perlu dijaga, hati saya tidak apa. Saya ingin berehat dan apabila tiba masa, saya akan buat kenyataan.

Tapi buat masa ini, bagi masa dan ruang supaya keadaan reda," pintanya.

Tindakan Misbun yang terus membisu menyebabkan pelbagai andaian timbul di sebalik tindakan nekad itu walaupun dia menerima gaji lumayan daripada badan induk berkenaan.

Antara andaian itu termasuk keengganan BAM meluluskan permintaannya untuk melatih anaknya, Misbun Ramdan dan beralih ke bidang profesional bersama anak emasnya, Lee Chong Wei.
Misbun yang akan mencecah 51 tahun bulan depan berkata, dia enggan membicarakan isu peletakan jawatannya bagi mengelakkan ia dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bertambah keruh.

"Itu semua andaian dan terpulang kepada apa orang lain hendak kata," katanya sambil mengakui keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan sesiapa termasuk keluarga dan adik-beradiknya.

Ditanya mengenai sama ada keputusan yang diambilnya itu muktamad, Misbun berkata: "Saya sudah hantar surat... Jadi, saya sudah memikirkan mengenainya. Biar masa tentukan."

Sebelum mengakhiri perbualan, ikon itu menegaskan bukan mudah menjadi jurulatih dan mengekalkan prestasi Chong Wei.

"Pokok baka baik sekalipun jika tidak dibaja dan dijaga, ia tidak akan membesar dengan sempurna," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Pak cik Din

Berat mata mmandang brt lg bahu yg mmikul. Datuk Misbun tentu lebih tau ape tndkannya. Namun jasanya mmg besar dlm mmajukan sukan bdmtn tanahair. syabas Datuk.

Raja Melaka (BahBnLajim)

syabas misbun you mesti tegas dalam segala aspek, yang tidak baik (macam macam ada) itu adalah satu faktur semua pihak arus faham, jangan sampai tahap pergi jauh.....terpesong.......,.Beta..harap you pimpin anak bangsa kita dengan baik.

batoulelisou

sabarlah Datuk..akan terserlah kebenarannya...dah dekat dah tu!...mereka2 yang berkaitan dan terasa tengah kepanasan tu...!!

shamsul asmadi

buang yang keruh ambil yang jernih. MAJUKAN SUKAN UNTUK NEGARA

wan

bubar jer BAM....pandai bercakap jerr...

org kita kuat merajuk.....apa bila kemahuan kita tidak dituruti..

ariffian

setuju dengan datuk Misbun...pokok baka yang baik tidak dibaja dan dijaga...sama juga kalau kita ada pemain yang baik tetapi pegawai Bam asyik berpolitik...lingkup semua..sedarlah presiden bAm..jang jadi Bam Bum Bang...

molyady

mungkin ada yg nak ambilalih tugas misbun sbb nak popular...tak pun ada lg jrulatih luar yg nak dijadikan rakyat m,sia...apapun kita hya mampu utk bspekulasi...biarlah masa yg menentukannya...

luzia

kementerian perlu memainkan peranan dengan lebih proaktif,ambil kira pandangan dan pendapat semua pihak, kalau BAM salah sila ambil tindakan sewajarnya. Jangan hanya jurulatih dan pemain saja dipersalah.

Juki John

KPI exco mesti lebih hebat dari KPI jurulatih..Tunjukkan laporan KPI exco dulu sebelum buat mcm2 komen.Exco jika tak faham tentang BADMINTON mesti berani meletak jawatan,jangan nak habiskan duit rakyat bila pergi bsama pemain badminton.Presiden keluarkan kepakaran anda dalam mengurus BAM,jangan asyik dengar exco aja,belajar dari kesilapan anda dulu..anda pernah pecat exco!!!

hassim

Kenapa Datuk tidak berterus terang sahaja kan itu lebih baik dari membiarkan ramai orang berperasangkan buruk terhadap orang lain, kerana sikap perasangka itu tidak baik

BOBO

BAM tak dengar suara rakyat malaysia...mereka hanya mempertahankan periuk nasi.Kita sokong tindakan misbun berdiam diri dan tidak menggunakan media utk menyerang spt yg dilakukan oleh BAM.Ayuh Misbun teruskan perjuagan tanpa bayangan BAM.

shafie ahmad

Lagi cepat pendedahan Dato' lagi baik. Biar dunia tahu apa puncanya.
Saya sokong tulisan Batista tentang presiden KBA. Semua peminat badminton mesti bertindak dengan kerenah BAM

ri

setuju dgn dato, bam perlu diajar, slalu buat kecoh, tak tahu menghargai penat lelah orang lain dari dulu sampai la ni ada yg x ihklas buat keja kami benci attitude pegawai hampeh dlm bidang sukan byk sifat peribadi dr profesional,tolonglah mereka berjasa pd negara jgn ganggu.kami benci BAM

msamsi22

biar apa pun keputusan perbincangan nanti biarlah berpaksi pada kebaikan negara tercinta.

JAI

BAGUS JUGA DATUK LETAK JAWATAN BAGI YG GILA KUASA MELATIH SKUAD BADMINTON SAMPAI PIALA THOMAS PUN TAK BERJAYA CAKAP MEMANG PANDAI TAPI HABUK PUN TAK ADE.SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT DATOK MISBUN TERUSKAN NIAT MURNI DAN SELAMAT MAJU JAYA

Azlan juri

"Pokok baka baik sekalipun jika tidak dibaja dan dijaga, ia tidak akan membesar dengan sempurna," kata Misbun......
Ringkas... tetapi sangat bermakna utk BAM fikirkan.. Bukan macam org BAM, kenyataan bongkak dan sombong. Support Misbun.. yeeaaa

MUHAMMAD HARIZWAN

ok.........

merpati

biar apa pun alasan misbun harus dihormati,kerana misbun banyak mencorak badminton tanah air ini

mohd rani

Syabas Misbun teruskan perjuangan mendidik anak bangsa untuk berjaya melatih pemain bertaraf dunia tanpa KPI pun kami yakin Datuk boleh berjaya.

Joe Jambul

Hanya jauhari saja yang mengenal manikam. Suka ayat terakhir tu 'pokok baka baik sekalipun jika tidak dibaja dan dijaga, ia tidak akan membesar dengan sempurna'. Ternyata Misbun bersifat seperti seorang guru di sini.

haji Mohamad bin Omar

Saya berpendapat Misbun tak patut meletakan jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara,sebab untuk menjaga prestasi anak didiknya Lee Chong Wea,naik turun perestasi seseorang atlit itu bergantung rapat dengan serasian juru latihnya bukan senang untuk mendapatkan kecermerlangan atlit dan juru latih,lagi pulak kalau kita ambil juru latih luar negara bayaran nya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan julatih tempatan.Ego membawa kemusnahan segala-gala nya.

kamaruddin

satu tindakan yang bagus utk BAM

HASANI TOMBONG

datuk terasa kecil hati dgn seseorang dlm BAM secara tiba2 letak jawatan pendek kata "pokok takkan goyang jika tiada angin"

uji

di harap apa jua yg dilakukan oleh datok misbun tu adalah jln tebaik,di harap datok tabah dan sabar menghadapinya. Apa juga keputusan yg di buat biarlah menarik rambut di dlm tepung,dan di harap datok akan terus menjadi jurulatih kepada anak 2 malaysia

Juki John

Tahniah Datuk Misbun,anda adalah seorang yang profesional bukan mcm ahli exco BAM yang bcakap besar tapi tak pandai buat kerja.Exco tu telah diberi kuasa memimpin skuad piala thomas tapi gagal,soalan mengapa dia tak letak jawatan exco.Misbun latihlah anak muda dalam badminton,anda ada kepakaran.Byak lagi rakyat mahu anda menghasilkan permata negara dalam badminton.TEGAS DALAM PENDIRIAN AMAT PENTING UNTUK ANDA DATUK MISBUN!!!!!

aizat

semoga kebenaran berpihak kepada datuk misbun. kepincangan dalam badan sukan di Malaysia berpunca dari sikap tidak mahu bertolak ansur dan tamak kuasa..

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Selamat kembali Dalglish, Selamat jalan Hodgson

Posted: 08 Jan 2011 03:36 PM PST

Sukan

LONDON: Roy Hodgson meninggalkan Liverpool semalam dan Liverpool melantik bekas pemain dan pengurus Kenny Dalglish sebagai pengganti hingga akhir musim ini dalam usaha kelab itu mengubah nasib buruk yang membelenggu prestasi mereka.

Hodgson yang menyertai antara kelab paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris itu dari Fulham pada Julai lalu, menerima tekanan hebat daripada peminat sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas kekalahan kepada Wolves dan Blackburn Rovers.

Dia meninggalkan Liverpool ketika kelab itu hanya empat mata di luar kelompok bahaya iaitu di tangga ke-12 dan sehari sebelum Liverpool bertandang ke gelanggang musuh ketat Manchester United bagi perlawanan pusingan ketiga Piala FA, malam ini. "Saya mendapati... beberapa bulan ini adalah tempoh paling mencabar dalam karier saya," kata Hodgson menerusi laman web kelab itu.

"Saya sedih kerana tidak dapat memberikan sesuatu kepada pasukan, tidak diberi masa untuk mendapatkan pemain baru ketika jendela perpindahan dan terpaksa berpisah daripada menjadi sebahagian proses pembinaan semula Liverpool."

Peminat yang menjerit-jerit nama Dalglish ketika perlawanan musim ini, pasti mengalu-alukan khabar tokoh yang pernah memenangi lapan gelaran liga ketika menjadi pemain dan pengurus, akan kembali ke Anfield untuk mengisi kekosongan itu.

"Kami gembira Kenny Dalglish sudah bersetuju untuk mengambil alih dan menguruskan pasukan ini bagi perlawanan Piala FA Ahad ini (hari ini) di Old Trafford dan sehingga baki musim," kata pemilik kelab, John Henry. - Reuters


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan