Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Man United harus kuat mental: Fergie

Posted: 17 Jan 2011 03:10 PM PST

Sukan

PENYERANG United, Javier Hernandez (kanan) berebut bola dengan pertahanan Tottenham, William Gallas dalam saingan EPL di White Hart Lane, kelmarin.

PENYERANG United, Javier Hernandez (kanan) berebut bola dengan pertahanan Tottenham, William Gallas dalam saingan EPL di White Hart Lane, kelmarin.

LONDON: "Kejuaraan liga musim ini adalah soal kekuatan mental." Itulah firasat diluahkan pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang akur cabaran memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-19, musim ini makin menjadi sukar.

Apapun, pengurus berbangsa Scotland itu yakin pasukannya dalam kedudukan baik merampas semula kejuaraan andai mereka mampu mengekalkan ketenangan ketika beraksi di bawah tekanan.

"Seperti yang saya katakan beberapa minggu lalu, musim ini adalah mengenai soal kemenangan dan kekuatan mental. Semua lima pasukan mempunyai peluang dan Tottenham belum terkeluar daripada saingan," kata Ferguson. Kelmarin, United sekadar seri 0-0 ketika menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane tapi masih dianggap pilihan menjuarai gelaran.

Barisan Ferguson kembali ke persada liga atas perbezaan jaringan mengatasi Manchester City, selepas memanjangkan rekod tanpa kalah kepada 21 perlawanan walaupun Rafael da Silva mendapat kad merah yang mencipta rasa marah pengurus ke atas pengadil, Mike Dean.

Hukuman itu kerana dia menjatuhkan pemain bek kiri, Benoit Assou-Ekotto pada minit ke-75. - Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Misbun tidak biar Chong Wei sendirian

Posted: 17 Jan 2011 03:10 PM PST

ARAHAN menerusi komunikasi telefon dari luar gelanggang akan menjadi senjata baru Datuk Misbun Sidek untuk menyampaikan segala teguran dan kesilapan Lee Chong Wei apabila anak emasnya melangkah masuk ke gelanggang menyahut cabaran mempertahankan mahkota kejuaraan badminton Terbuka Malaysia yang bermula, esok.

"Ya... Misbun akan memberi tunjuk ajar dan semangat kepada Chong Wei. Kali ini arahan itu akan disampaikan kepada saya menerusi telefon," kata penolong jurulatih, Tey Seu Bock yang kini mengisi kekosongan ditinggalkan Misbun yang sebelum ini membuat kejutan besar meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan pada 31 Disember, tahun lalu.

Malah Seu Bock mengakui Misbun memberi tunjuk ajar sama kepada Chong Wei ketika pemain nombor satu dunia itu melakar hatrik menjuarai Kejohanan Final Siri Super di Taiwan pada 9 Januari lalu dengan menonton setiap perlawanan menerusi televisyen.

Penolong jurulatih itu juga berkata dia tidak pasti sama ada Misbun akan hadir di Stadium Putra Bukit Jalil sepanjang tempoh kejohanan tetapi berharap guru Chong Wei datang memberi sokongan dan semangat kepada juara bertahan itu yang bakal memburu gelaran ketujuh pada edisi kali ini.

"Saya juga berbincang dengannya bagi memastikan persembahan Chong Wei tidak terjejas," katanya semalam.

Seu Bock berkata, walaupun Chong Wei mengakui rindu selepas dua minggu tanpa kehadiran Misbun di gelanggang, tetapi mentalnya tidak terjejas untuk memburu kejuaraan dalam kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.28 juta) itu.
"Walaupun saingan kali ini sengit dengan penampilan pemain terbaik dunia termasuk musuh tradisi, Lin Dan, tetapi saya tidak mahu dia terlalu fokus kepada Lin Dan, sebaliknya fokus perlawanan demi perlawanan.

"Saya percaya Lin Dan pun gerun juga jumpa Chong Wei, jadi dia tidak perlu memikirkan sangat mengenai pemain China itu," katanya.

Berdasarkan undian, Chong Wei akan beraksi dalam pusingan pertama esok dengan menentang pemain yang mara dari pusingan kelayakan sebelum dijangka bertemu Lin Dan di separuh akhir.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jakie

main la betoi2 & buktikan kehebatan menumbangkan jagoan dunia. tak yah duk crita benda remeh temeh la

yohanes paras

Fikirkan boleh!

emilliana rosnaida

Semoga Chong Wei berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan terbuka malaysia.Kalahkan Lin Dan di gelaggang sendiri.Ayuh wira MALAYSIA kalahkan pemain china

ana

elok2 sukan nie dah cemerlang, ade je masalah.sudah2 lah mendengki tu...jangan la dikacau puncak kegemilangan badminton ni...
biarlah die terus membimbing sukan ni... bukti dah ada depan mata..knape nak dicantas pulak?? pendengki betul la....
good luck 2 u datuk misbun. u r d best

RADZ1988

ANDA BOLEH MELAKUKANNYA DATO LEE CHONG WEI

aidil

semoga Datuk Misbun turun ke stadium memberi sokongan kepada Datuk LCW...

ray

tepikan semua kekalutan...focus pada perjuangan dan kecapi kemenangan demi membuktikan Malaysia memiliki seorang Pemain (Jaguh) dan Jurulatih Badminton No 1 di DUNIA!! Malaysia Boleh!!! Datuk Wei dan Datuk Misbun anda KEBANGGAAN seluruh RAKYAT MALAYSIA!! Buktikan!!!

mohd eid

Selamat Berjaya kepada Datuk Lee Chong Wei. Jangan gerun dan gentar dengan kelibat Lin Dan. Dia sebenarnya bukan jagoan yang sebenar. Dia jarang menyertai kejohanan sirkit dunia, dan penyertaannya hanya kalau dia benar-benar cergas. Tetapi Chong Wei sentiasa menyertai sirkit dan kecergasannya dan kekuatannya adalah lebih hebat dari Lin Dan. Dia tak pernah kenal letih, cedera ataupun sakit, semangat dan kekuatan mentalnya tak ada tolok bandingnya. Wa caya sama lu.....

ANA

Misbun,hadirlah ke stadium bkt jalil esok, kehadiran misbun diperlukan, demi chong wei dan rakyat malaysia, moga kehadiran misbun, BAM BERSINAR KEMBALI, malaysia tidak mahu kehilangan mutiara jurulatih,, buanglah yang keruh, ambillah yang jernih,, pedulikan semua, asalkan majoriti rakyat malysia memerlukan teramat sangat pada misbun...

shaffinaz emmyliana

gud luck for lin dan

gidung

Dtk LCW...all the best...

zorro

Moga semuanya diberikan petunjuk dan hidayah untuk terus melakarkan sejarah kegemilangan BADMINTON

marikan md yusof

Inilah masa Datuk Misbun perlu buktikan pada BAM,Penat lelah kita untuk mencita seorang juara,kalah atau menang kita tidak perlu takut,yang penting kita tunjukkan pada BAM,selama ini para jurulatih dan para permain inginkan kemenangan.Dengan RM1.28 juta,Dah tentu para2 exco BAM fikirkan macan2,kemana nak bercuti.ok jangan marah para2 exco BAM

Kim

walaupun datuk Misbun dah keluar BAM, bagilah peluang beliau untuk turut serta bersama LCW masa perlawanan berlangsung. Ini baik untuk motivasi dan kelangsungan kejuaraan yang dimiliki oleh LCW.

alia

Datuk LCW u can do it!!Malaysia Boleh!!!

bunz

What else to say? tepuk dada tanya selera ...go DLCW, GO DMS.

boeyhs

Berharap Datuk Misbun dapat hadir di gelanggang kejohanan untuk sokongan padu, kemenangan kepada Datuk LCW dan semua atlit negara

suhaimi

malaysia boleh.....

Hamdan Arranawi

Kelemahan ketara Hafiz Hashim ialah tiada shuttle pembunuh.. kalau nak maju mesti berlatih smash tajam dan kuat sehingga tak dapat dikembalikan lawan... itu cara cari point... dan berlatih menerpa di depan jaring... itu yang tiada dalam permainan Hafiz

HamdanArranawi

Lee chong wei ok... Cuma saya nampak kelemahan ketara bila bertemu Lin dan, Chong Wei takut buat smash kencang... Cuba dia smash sekencang yang boleh berulang-ulang ke kiri dan kanan... sudah tentu permainan lin dan akan kucar kacir.. asal bola tinggi smash dengan kencangke back line... begitulah yg dilakukan oleh pemain china seperti Chen Long, Chen Jin untuk menewaskan lin dan... mereka akan smash sekencang-kencangnya sehingga lin dan kalah.. sebab itu lin dan kalah dengan chen jin selalunya sebab pertahanan lin dan sebenarnya tidak bagus...

siti jienah

Harapan saya Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan. Don't give him chance...

nzian mhn

Go Datuk LCW, go Datuk Misbun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen