Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Chong Wei jangan ikut emosi’

Posted:

'Chong Wei jangan ikut emosi'

'Chong Wei jangan ikut emosi'

Oleh Muzdalifah Mustapha
muzdalifah.mustapha@utusan.com

KUALA LUMPUR – Ketika Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hanya tinggal sehari sebelum memulakan kempen esok, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei diminta agar tidak membiarkan dirinya dikawal oleh emosi ekoran krisis jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang masih belum selesai.

Nasihat tersebut diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut bercadang untuk mengatur pertemuan dengan juara All England itu bagi memastikan masalah yang melanda Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menjejaskan fokusnya.

Malah, ujar Ahmad Shebery, perjumpaan tersebut juga mungkin disertai oleh beberapa pemain lain yang turut dibimbing oleh Misbun.

Selain Chong Wei, turut mendapat sentuhan jurulatih senior itu adalah Muhammad Hafiz Hashim, Tan Chun Seang, Liew Daren, Chan Kwong Beng dan Chong Wei Feng.

''Pada perjumpaan itu nanti, kami akan berbincang beberapa perkara dan saya harap Chong Wei tidak terlalu emosi kerana kita tahu beliau kini berada dalam keadaan yang sedikit tegang.

''Kita bimbang, jika Chong Wei dan Misbun bersikap emosional dalam perkara ini, pemain di bawah BAM yang lain juga akan terganggu. Seharusnya kedua-dua mereka perlu memikirkan masa depan badminton negara bukan terlalu mengikut perasaan,'' katanya selepas merasmikan kejohanan boling Terbuka Belia Pandan 2011, semalam.

Ahmad Shabery turut menyifatkan keputusan Misbun untuk meletakkan jawatan secara mengejut, 31 Disember lalu sebagai tindakan mengikut perasaan.

Katanya, jurulatih itu tidak boleh meletakkan soal emosi mengatasi segalanya tetapi sepatutnya turut memikirkan kepentingan negara.

''Beliau mesti ingat bahawa orang ramai selama ini meletakkan harapan yang tinggi kepadanya untuk membimbing badminton negara agar terus maju,'' ujar beliau.

Menurut Ahmad Shabery, Chong Wei sepatutnya memberi sepenuh tumpuan kepada pertemuan dengan juara Olimpik, Lin Dan yang dinantikan oleh seluruh peminat badminton dunia pada Terbuka Malaysia nanti.

Ini merupakan kepulangan pertama Lin Dan pada kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.28 juta) itu selepas terlepas tiga edisi terakhir.

Jaguh China itu dijangka berdepan Chong Wei pada peringkat separuh akhir.

''Diharap situasi Chong Wei sekarang tidak akan menjejaskan tumpuannya pada Terbuka Malaysia nanti, sebaliknya beliau tetap dengan prestasi seperti sebelum ini.

''Inilah masa untuk Chong Wei menunjukkan kemampuannya apabila berdepan juara Olimpik, Lin Dan,'' katanya.

Hadir sama semalam adalah Presiden Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan, Muhamad Zaharudin Ali, Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Zahida Zarik Khan dan Penasihat Persatuan Belia dan Beliawanis Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusof.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kumar tawan Pemain Terbaik Asia 2010

Posted:

Kumar tawan Pemain Terbaik Asia 2010

Kumar tawan Pemain Terbaik Asia 2010

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Presiden Persekutan Hoki Asia, Sultan Azlan Shah menyampaikan trofi kepada S. Kumar (kanan) yang dipilih sebagai Pemain Hoki Terbaik Asia 2010 sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung AHF, Tan Sri P. Alagendra pada mesyuarat Kongres Persekutuan Hoki Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR – Penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar melakar sejarah apabila muncul sebagai pemain pertama Malaysia yang dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Asia oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) di sini, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu menerima anugerah tersebut daripada Presiden AHF, Sultan Azlan Shah sempena Kongres AHF yang diadakan di ibu negara.

Sebelum ini, pemain negara hanya pernah dianugerahkan sebagai Pemain Remaja Terbaik yang dimenangi oleh Tengku Ahmad Tajuddin.

Kumar ketika ditemui pemberita berkata, anugerah tersebut bukan sahaja memberi pengiktirafan untuk dirinya, tetapi juga kepada sukan hoki di negara ini.

"Kemenangan ini bukan kejayaan saya seorang sahaja, tanpa bantuan dan sokongan rakan sepasukan yang turut beraksi cemerlang membolehkan saya menerima pengiktirafan ini," katanya.

Menurutnya, dia tidak menjangkakan sama sekali yang dia bakal memenangi anugerah tersebut dan ia dijadikan sebagai suntikan semangat untuknya beraksi lebih cemerlang pada masa depan.

Kumar yang pernah memenangi penjaga gol terbaik Asia memberitahu, tumpuannya selepas ini adalah untuk membantu Malaysia menghadapi saingan pusingan kelayakan Sukan Olimpik di London pada 2012.

Selain aksi cemerlangnya yang membantu skuad kebangsaan layak ke perlawanan akhir Sukan Asia di Guangzhou, China buat pertama kali, pemain itu turut ditimpa episod duka apabila dia kehilangan bapanya, Subramaniam ketika beraksi di Sukan Komanwel, New Delhi, India.

Dedikasi yang ditunjukkan penjaga gol kelab hoki Tenaga Hoki Nasional Berhad (TNB) itu menjadikannya sebagai pemain yang cukup menonjol sepanjang 2010.

"Saya tujukan kemenangan ini buat mendiang bapa saya yang bertanggungjawab memberi dorongan sejak awal penglibatan saya dalam sukan ini. Tanpa pengorbanan bapa saya, tidak mungkin saya berada di sini, hari ini," tambah Kumar.

Selain Kumar, anugerah Pemain Wanita Terbaik menjadi milik Park Mih Yun dari Korea Selatan, manakala pemain Pakistan, Syed Kashif Shah dinobatkan sebabagai Pemain Remaja Lelaki Terbaik dan Zhao Yudiao dari China menerima untuk kategori Pemain Remaja Wanita Terbaik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan