Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Jan 2011 08:46 AM PST SELEPAS mempertahankan dua kejuaraan bulan ini, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) ada satu lagi misi untuk disempurnakan iaitu mempertahan kejuaraan Siri Super Premier Terbuka Korea minggu ini. Chong Wei tampak mudah mempertahankan kejuaraan Siri Super Final (Taiwan) dan Terbuka Malaysia, kelmarin, bagaimanapun berdepan laluan berliku di Seoul apabila semua 16 pemain terbaik dunia mengesahkan mengambil bahagian kejohanan bermula hari ini hingga 30 Januari.
Selaku pilihan utama, laluan Chong Wei getir seawal pusingan pertama apabila dijadual menentang pemain Denmark, Jan o Jorgensen. Turut berada dalam laluannya ke final, Park Sung Hwan, Chen Jin, Chen Long dan Bao Chunlai, sekali gus menjadikan Terbuka Korea kejohanan paling sukar buat Chong Wei sejak bergelar pemain nombor satu dunia pada 2008.
Bagaimanapun, laluan selesa terhidang buat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir. Gandingan yang bergelut dengan prestasi merudum itu akan menentang gandingan tuan rumah, Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo di pusingan pertama, sepatutnya tiada masalah ke pusingan kedua, cuma mereka perlu lebih positif ketika menentang lawan tidak pernah dihadapi sebelum ini.
Gandingan Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How yang melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia pula terpaksa beraksi dalam pusingan kelayakan.
|
>Lin Dan perlekeh ketegasan BWF Posted: 24 Jan 2011 08:44 AM PST TIRAI baru kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula dengan Siri Super Terbuka Malaysia yang berakhir kelmarin gagal melahirkan bakat baru, sebaliknya menyerlahkan lagi penguasaan Datuk Lee Chong Wei dan kemegahan China sebagai kuasa mutlak dunia. Penganjuran Terbuka Malaysia kali ini boleh dianggap berjaya dengan kehadiran barisan terkuat pemain China, namun bukan semua pemain ternama dunia hadir.
Chong Wei yang pada awalnya dijangka tergugat dengan kehadiran juara Olimpik Lin Dan, bagaimanapun tersenyum girang selepas pemain China itu menarik diri di suku akhir untuk memberi laluan kepada Chen Long yang akhirnya menjadi mangsa belasahan Chong Wei.
Mungkin BAM boleh membuka mata, membuka hati seluas-luasnya, memberi perhatian serius kepada pemain pelapis yang kini dikendalikan Hendrawan dan Tan Kim Her. Malah jika tidak keterlaluan, apa salahnya pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) diberi lebih pendedahan andainya mereka lebih berbakat berbanding pemain di kem nasional.
Taufik Hidayat dari Indonesia mahu BWF lebih peka menghidu taktik pemain yang kadangkala sengaja memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan