Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Barcelona kena 'gigit'

Posted: 17 Feb 2011 03:52 PM PST

LONDON: "Mereka (Barcelona) tetap pasukan terbaik dunia," kata Arsene Wenger di sebalik rasa gembira mengemudi Arsenal menewaskan kelab gergasi dari Sepanyol itu dalam saingan pusingan ke-16, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Pengendali berbangsa Perancis itu berjaya membayangi rakan sejawatannya, Pep Guardiola di Stadium Emirates - begitu juga anak didiknya yang mengekang Lionel Messi untuk mengesahkan kemenangan 2-1 selepas satu ketika terbayang kekalahan di halaman sendiri apabila ketinggalan 0-1 hasil jaringan David Villa pada awal babak pertama.

Tetapi, bagai mendapat tenaga baru, The Gunners bangkit garang dengan dua gol lewat babak permainan daripada Robin van Persie pada minit ke-78 dan Andrei Arshavin (m-83) untuk hadir dengan lebih yakin di Stadium Nou Camp bagi menyahut cabaran perlawanan kedua pada 8 Mac ini.

"Kami bukan pilihan dan masih percaya Barcelona adalah barisan terbaik di kejohanan ini. Tapi kami tahu kami boleh mengalahkan mereka. Kami tidak memikirkannya tahun lalu," kata Wenger yang merakamkan antara pencapaian hebat dalam kejayaanya bersama Arsenal.

Walaupun kecewa gagal mengelak kekalahan, Guardiola percaya perlawanan kedua nanti akan berbeza.

"Kami akan mengalahkan mereka di Nou Camp dan pemain saya sudah belajar kesilapan di sini," katanya. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Wenger

Arsenal is winner...
Hope Arsenal playing very good at Nou Camp...

sham

barcelona pasti juara... arsenal jgn suka sangat. menang 2-1 je. real madrid pn kena belasah 5-0, ini kan pula arsenal... huhu

Azmans

terimalah hakikat kalau dah kalah....kalau barca menang tempoh hari mcm mana kita sambut??

husinlempoyang

hahaa.. gunners cuma perlu seri je, tp klau tkat nk smbat lg 2 gol pun xde pblem, xpe2 , sumbat lg, brca hrp main je cntik, tapi...huu..bunga je lbh..mcm mat bunga..kui3

bobongou kontot

ARSENAL akn mnang....Barca tlalu ego,pndang rendah ngan arsenal..Barcelona tu bkan nya beik sngat..tlalu bgantung dngn messi ja..tngk hari tu,messi d ikat..apa yg mampu dia bt??pieeeeerah........this is r football,evry minutes can changes bro...lg pon barca tu tk la skuat mna,,..klu dia yg pling kuat,kompom tiap thn dia ja mnang champions leage,lA liga...

kamil Aleng

Padan muka Barcelona, bola itu bulat. yg penting Arsenal dpt tewaskan mereka tu saja. Lepas ni belakang kira. 10 gol messi skor lepas ni tetap Barca sudah kalah 2-1.

Liza

Well done Gunners..!!! Go Arsenal..

mj

barcalona win. arsenal is noob insyaallah. aggeregate 4-0.

husinlempoyang

hahaha... gunners perlu seri je.. stakat nak tmbah 2 gol lg pun, boley.. no pblem ,barca dah
x sbagus dulu..huhu..

Cobin Rm

Arsenal menang punya...hahahahahaa

Gunners_tawau

hahahah......jgan di fikir yg blum pasti, yg pasti arsenal sdah kalahkan barcelona. yahoooo!!!

Gunners_tawau

hahahah......jangan di fikir yg blum pasti, yg pasti arsenal sdah kalahkan barcelona. yahoooo!!!

bro

kompom laa barca menang..apa barang 4-0 mesti la 6-1.... mashukkkk

HANAFIAH YAHAYA

PASUKAN ARSENAL BERMAIN SECARA BERPASUKAN BARCA BERMAIN SECARA INDIVIDU MANA LEBIH BAIK FIKIRKAN LAH

Ibn Ibn

arsene wenger perlu guna taktik mourinho untuk seri tanpa jaringan di nou csmp

alek fergus

fc Barcelona satu-satunya pasukan yang bermain bolasepak menghiburkan,tanpa Barcelona siapalah Messi dan tanpa Messi siapalah juga Barca...semoga jumpa Inter di final nanti, forza inter!

winston duan

yahoo barcelona kalah.... syabas arsenal.

darkpd

alamak...!!!!
barcalona kalah...
:(

fairuz malouda

Barcelona pasti menang dan layak selepas apabila bermain di nou camp,Arsenal jangan ghairah sangat...nantikan gempuran bertali arus barcelona dari Messi dan rakan-rakan,saya yakin barcelona akan menang besar nanti 4-0. go go go barca!

apis

Ceh menang nasib hahaha barca perlu menang 1 gol je..

fairuz malouda

Barcelona pasti menang dan layak selepas apabila bermain di nou camp,Arsenal jangan ghairah sangat...nantikan gempuran bertali arus barcelona dari Messi dan rakan-rakan,saya yakin barcelona akan menang besar nanti 4-0. go go go barca!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shapian sedia ganti tempat Ahmad

Posted: 17 Feb 2011 03:48 PM PST

Sukan

"ORANG keliling' dan pengampu Datuk Ahmad Ismail tidak perlu lagi bermadah helah dan memujuk rayu dia agar menarik balik peletakan jawatannya selaku Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Selepas mereka mendakwa tiada pemimpin yang sanggup mengambil alih jawatan itu, tiba-tiba Mohd Shapian Ali - timbalannya - membuat kejutan besar, semalam apabila tampil bersuara bersedia mengambil alih jawatan selaku presiden badan induk itu.

Malah, beberapa negeri difahamkan sudah menyatakan sokongan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu selepas Ahmad meletakkan jawatan, Sabtu lalu. Justeru, sekiranya Ahmad yang lebih sembilan tahun menerajui badan induk itu benar-benar ikhlas meletak jawatan, dia perlu memberi peluang dan menyuarakan sokongan kuat kepada timbalannya itu untuk mengambil alih.

"Jika ada sokongan semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), saya sanggup mengambil alih tempat Datuk Ahmad menerajui PSM," kata Mohd Shapian yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT).

"Saya bukan orang berada, tetapi saya ikhlas dan amat meminati sukan ini. Sebenarnya, kita boleh mengembalikan semula zaman kegemilangan permainan ini sekiranya semua pihak sepakat dan bekerjasama."

Dia yang juga bekas pemain Terengganu sudah membuktikan daya kepimpinannya dengan menjadikan negeri berkenaan kuasa baru permainan tradisi itu menerusi program pembangunan dilaksanakan di peringkat akar umbi sehingga berjaya dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Ramai pemain negeri itu juga dipanggil menjalani latihan bersama skuad negara.
Sabtu lalu, Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya seperti yang dijanjikan selepas skuad negara gagal memenangi pingat emas di Sukan Asia Guangzhou 2010 tetapi kemudian sedia mempertimbangkan semula dengan alasan ahli Majlis PSM menolaknya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan