Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


BAM tak maklum ISN

Posted: 17 Feb 2011 11:25 AM PST

INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) mengakui tindakan mengejut jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengambil bahagian dalam Superliga Badminton di Indonesia minggu depan boleh merencatkan program dirancang badan itu untuk Road To London.

Ketua Pengarah, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, keputusan mengikuti kejohanan sesuka hati tanpa memaklumkan kepada pihaknya yang memantau rapat perkembangan atlet baik dari segi kesihatan mahupun fizikal adalah tindakan tidak wajar.


"Saya harap apa yang ISN lakukan dihargai. Kami tidak lakukan untuk mendapat nama tapi demi kepentingan negara yang mensasarkan untuk membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik 2012," kata Ramlan yang ditemui di pejabatnya semalam.

Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini bersetuju membenarkan atlet elit menyertai 14 kejohanan utama dan tiga saingan liga di China, tidak termasuk liga Indonesia yang tiba-tiba muncul.


Ramlan tidak menyalahkan atlet semata-mata sebaliknya menuntut persatuan lebih telus dan bertanggungjawab dengan memaklumkan kepada pihaknya mengenai perkembangan atlet, baik dari segi kesihatan mahupun pergerakan atlet yang menyertai mana-mana kejohanan.


"Tiada siapa maklumkan kepada saya Chong Wei akan ke Indonesia kecuali mengetahuinya menerusi akhbar. Tadi Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) juga bermesyuarat dengan saya tapi tidak beritahu apa-apa dan saya masih berharap mendengar kenyataan beliau," kata Ramlan yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecil Khidmat Sains Sukan dan Perubatan Sukan program Road To London di Bukit Jalil.

"Kita tubuhkan Unit Perancangan Periodisasi dan Pemantauan Atlet (UPPA) bertujuan memantau perkembangan atlet supaya kekal dalam keadaan berdaya saing untuk merangkul pingat emas Sukan Olimpik.


"Atlet menyertai kejohanan di luar dengan pelbagai risiko tanpa pengetahuan kami sekalipun tetap dibantu tapi hanya apabila mereka pulang. Namun, bagaimana situasi mereka jika cedera? Kami akan cuba pulihkan tapi apakah ini perancangan kita untuk Road To London?" kata Ramlan lagi.

"Saya tidak kisah sangat jika atlet tiba-tiba dihantar ke mana-mana kejohanan tapi beritahu kami kerana kami bertanggungjawab ke atas atlet. Cubalah kita utamakan kepentingan negara.


"Kami di ISN sudah buktikan bila atlet menyertai banyak kejohanan, ia boleh jejaskan kecergasan dan mengganggu proses pemulihan (kepenatan dan kecederaan)." Kelmarin, BAM mengesahkan Chong Wei beraksi di Superliga Badminton di Surabaya, menyertai kelab SGS PLN Bandung yang turut dianggotai Taufik Hidayat.


Sebanyak tujuh kelab bertanding dalam Superliga Indonesia iaitu Djarum Kudus, Jaya Raya Jakarta, Jaya Raya Suryanaga Surabaya, Musica Champion Kudus, Mutiara Bandung, Tangkas Alfamart Jakarta dan SGS PLN Bandung sendiri. Ramlan turut mengesahkan pihaknya dalam proses membuat penilaian terhadap jumlah kejohanan optimum yang sesuai untuk atlet sertai bagi menghasilkan keputusan positif dalam setiap kejohanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kijang membara

Posted: 17 Feb 2011 10:41 AM PST

PENDAHULU Liga Super, Kelantan mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan T-Team pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.

Pasukan The Red Warriors itu pastinya ingin 'membalas dendam' selepas tiga tonggak utamanya musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose memutuskan untuk menyarung jersi pasukan berstatus kelab itu selain mahu memburu tiket beraksi di Piala AFC, tahun depan.


Namun, bagi kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi insiden yang berlaku itu adalah antara pemain dengan pengurusan dan mereka tetap memberi fokus sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan malam ini kerana ia dilangsungkan secara kalah mati.

"Kami perlu memberikan persembahan lebih mantap kerana T-Team mempunyai barisan pemain berpengalaman luas jika dibandingkan dengan pemain Kelantan yang masih dalam proses untuk belajar serta dibarisi pemain muda," katanya.


Tambahnya lagi, salah satu kelebihan T-Team yang kini dibimbing jurulatih Yunus Alif adalah kehadiran beberapa pemain yang sudah terbukti mampu mengambil sepakan percuma dan penjuru seperti Indra Putra dan Zairo Anuar Zailani.


"Kami tidak boleh terlalu yakin walaupun mendahului Liga Super dan perlu berhati-hati dengan mengikut arahan jurulatih serta sentiasa berdisiplin ketika menyerang mahupun bertahan," katanya.

Mohd Badri turut melaungkan keyakinan gandingan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Tahala dan Mohd Ramzul Zahini Adenan akan memberikan masalah besar kepada T-Team jika dikekalkan jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu.


Kedua-dua pemain itu mempamerkan kerjasama baik apabila berjaya menjaringkan gol ketika menewaskan Kuala Lumpur, 2-0, Selasa lalu walaupun pertama kali digandingkan bersama pada musim ini.

Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu tersingkir di pusingan kedua Piala FA manakala T-Team kalah kepada Terengganu di suku akhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan