Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


No 10 untuk Safee

Posted: 18 Feb 2011 03:35 PM PST

Sukan

SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.

SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.

Pelita Jaya hargai kehadiran penyerang negara bantu keluar dari kelompok bawah

"SEMANGATNYA (Safee Sali) seolah-olah seperti orang mendapat kereta baru."

Itulah kesimpulan pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika ditanya perkembangan bekas penyerang Selangor itu selepas dua hari menjalani latihan bersama kelab barunya, Pelita Jaya FC. Selepas lima hari berada di Jakarta, Safee tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal atau merindui Malaysia, sebaliknya Zakaria berkata, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran baru dalam Liga Super Indonesia (ISL).

"Jurulatih dan rakan sepasukannya juga mengalu-alukan kehadirannya," kata Zakaria. "Malah, pengurusan kelab memberi penghormatan kepadanya dengan memberi jersi nombor 10, sama seperti ketika mewakili Selangor."

Zakaria berkata, Safee bersama rakan sepasukannya berlepas ke Puncak, Bogor pagi semalam untuk menjalani kem latihan sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua ISL, sehingga esok.

"Sepatutnya, dia dijadualkan menjalani latihan di sana sehingga Jumaat depan tetapi kerana kemudahan yang kurang sesuai, pengurusan kelab memendekkan jadual latihan hingga Ahad ini (esok)," katanya.
Buat masa ini, Zakaria berkata, pemain 27 tahun itu dan keluarganya menginap di sebuah hotel sebelum dijangka berpindah ke kediaman yang disediakan kelab itu, esok.

"Selain kondominium, pengurusan kelab juga menyediakan sebuah kereta dan pemandu untuknya," kata Zakaria yang meminta peminat tidak memperlekehkan keputusan Safee menyertai Pelita Jaya yang sedang menghuni tangga tercorot ISL.

Menurutnya, kelab berpangkalan di Sawangan, Selatan Jakarta itu sebenarnya memiliki sejarah gemilang termasuk pernah disertai pemain handalan dunia seperti Mario Kempes, Pedro Pabro Pasculli, Roger Milla, Maboang Kessack dan Julies Onana serta dibimbing Fandi Ahmad dua musim lalu, selain gelaran juara Galatama 1988/89, 90 dan 93/94 dan tempat ketiga Kelab-Kelab Asia 1991 dan 1995.

Safee menggalas tugas besar untuk membantu kelab itu keluar daripada kelompok bawahan apabila pusingan kedua ISL bermula 5 Mac ini dengan aksi pertama menentang Sriwijaya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rusdi abd latif

tahniah n syabas ducapkan pada safee sali buktikan anda boleh lakukan yang terbaik serta sahut cabaran para pengkritik yang anda membuat pilihanyang tepat...moga sukses slalu.

Amat

Bagi saya, Safee salleh membuat pilihan tepat mengenai masa depan beliau. Malah ianya juga dilihat dapat menaikkan martabat malaysia di persada dunia bolasepak yang mampu melahirkan pemain pro yang hebat

nurazlin

buktikan no. 10 tu killer machine

sharul

Tahniah safee, semoga lebih ramai rakyat malaysia mengikut langkah safee sali !

Nuzul

tahniah safee, anda merupakan duta malaysia dalam bidang sukan bolasepak, semoga kehadiran anda di sana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim rakyat indonesia dan malaysia.

kabureto dank

syabas safee sali. teruskan usaha anda.
pemain profesional sejati adalah pemain yang sanggup berdepan dengan cabaran.

kusham mahmod

Sy terbaca komen peminat di akhbar KOMPAS. Ada yang boleh terima penyertaan Safee dalam kelab bolasepak di sana. Ramai juga yang ragu2. Apa pun tahniah kepada Safee. Dan ada juga berita 3 lagi pemain akan mengikut jejak Safee iaitu Safiq Rahim, Amirulhadi & Amri Yahya..betul ke??

Baqir Isyraq

tahniah Safee..walau pun bermain dinegara org
anda buatkan kami bangga di malaysia. buktikan kemampuan anda di luar sana agar kemampuan kita setaraf pemain antarabangsa. lupakan segala kritikan kerana kritikan itulah semangat untuk terus berjuang..

luqman

semoga berjaya (^^,) 1 Malaysia Boleh Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Colinaire

Teruskan berjuang Safee, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

ahmad

selamat maju jaya utk safee salleh....buktikan pada rakyat malaysia anda boleh.

mohd irewan

teruskan usaha anda safee, keputusan anda adalah untuk kebaikan rakyat malaysia.

anak rantau

Bagus Safee..pilihan anda tepat..selamat berjaya & cemerlang bersama pasukan baru Pelita Jaya..kami sentiasa bersama anda.

khairul

tahniah buat safe kerana beryaya bermain dgn kelab dr indonesia semoga beliau terus beryaja disana...viva selangor


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Man U-Crawley, langit dan bumi

Posted: 18 Feb 2011 03:30 PM PST

Sukan

LONDON: Crawley Town mengimpikan mencipta kejutan terbesar dalam sejarah Piala FA apabila berdepan gergasi Manchester United di Old Trafford pada pusingan kelima malam ini.

Kedua-dua pasukan diberikan jolokan The Red Devils kerana diurus warga Glasgow berperwatakan tegas. Tetapi selain itu, tiada banyak persamaan di antara Manchester United dan Crawley.

Dari segi pencapaian, United memenangi 18 kali gelaran liga dan 11 kali Piala FA manakala Crawley beraksi pada peringkat lebih rendah dalam Piala Senior Sussex dan Kejohanan Liga Utara. Penyerang United, Wayne Rooney dipercayai meraih pendapatan mingguan lebih 200,000 pound (RM1.1 juta) manakala pemain berpendapatan paling tinggi Crawley pula dikatakan dibayar 1,100 pound (RM6,050) seminggu.

United kebiasaannya menarik kapasiti penuh 76,000 penonton di Old Trafford sedangkan Crawley bernasib baik jika dapat menarik lebih 1,000 peminat setiap minggu, sungguhpun sudah menjual 9,000 tiket bagi pertembungan malam ini.

Berdasarkan kepada kekuatan kewangan kedua-dua pasukan itu, keputusan kalah atau seri United kepada kelab kerdil dari Sussex itu akan dianggap kejutan terbesar dan atas faktor itu juga, pengurus Crawley, Steve Evans cukup bermotivasi menjelang wisel sepak mula.

"Secara jujur, saya fikir, kami adalah antara pasukan yang mungkin mendapat keputusan positif di sini," kata Evans.
"Ini adalah Manchester United menentang Crawley Town, dan sungguhpun tampak janggal, itulah kenyataan sebenar. Kami sudah memilih kesebelasan utama dan mempunyai idea siapa pemain yang akan mereka turunkan." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan