Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Feb 2011 10:20 AM PST SELEPAS seminggu 'melepaskan jawatan' sebagai pemimpin nombor satu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Majlis Tertinggi badan induk kebangsaan itu - menolak hasrat beliau meninggalkan terus kerusi didudukinya. "Selama seminggu, saya banyak menghabiskan masa menimbangkan rayuan ahli majlis, teman rapat serta keluarga yang mahu saya terus berada dalam PSM. Saya akui teramat sayang dengan sukan ini dan juga sedar impian untuk meletakkan sepak takraw di tempat yang sepatutnya, belum tercapai.
"Saya juga sedar akan terus dilanda pelbagai kritikan negatif berhubung keputusan ini, tapi sanggup memekakkan telinga demi meneruskan amanah serta tanggungjawab ini. Orang yang sakit hati, akan terus mengkritik, tapi saya yakin Allah ada bersama saya.
Bagi Ahmad pula, beliau sudah mengotakan janji kepada semua dengan meletak jawatan berikutan kegagalan skuad negara membawa pulang sekurang-kurangnya satu emas dari temasya Sukan Asia Guangzhou dan kini, peluang mana-mana pihak yang berhasrat menggantikannya perlu menunggu dua tahun lagi iaitu di mesyuarat agung 2013.
"Hampir 90 peratus Ahli-Ahli Gabungan termasuk Persatuan Sepak Takraw Negeri turut menghantar surat kepada Setiausaha Agung PSM yang mendesak supaya saya tidak meletak jawatan. Bagaimanapun, saya sedar terikat dengan apa yang telah saya katakan.
|
Posted: 18 Feb 2011 10:18 AM PST TRANSFORMASI besar-besaran pendatang baru Liga Super, Felda United dengan membawa masuk sejumlah pemain berpengalaman semakin membuahkan hasil apabila mencatatkan dua kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan, Selasa lalu walaupun kecundang pada dua aksi awal. Rentak kemenangan pada saingan Liga Super itu pastinya ingin diteruskan anak buah jurulatih E Elavarasan apabila bertemu Perlis pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Utama Negeri di Kangar, malam ini.
Bagi kapten Felda United, Khaironnisam Sahabuddin Hussain kemenangan mengejut ke atas salah satu pasukan terbaik Liga Malaysia, Negeri Sembilan di Paroi tempoh hari menjadi tonik untuk dirinya dan rakan sepasukan terus memberikan aksi terbaik pada saingan Piala FA yang dijalankan secara kalah mati.
"Paling menggembirakan adalah perubahan dan peningkatan pada setiap perlawanan yang diharungi sekali gus memberikan petanda positif untuk membentuk pasukan mantap bersaing pada musim ini," katanya.
Naib juara Piala FA musim lalu, Kedah yang mendapat bye pada pusingan pertama akan menanti pemenang antara Felda United dan Perlis untuk aksi pusingan kedua. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan