Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Berita baik buat Azizulhasni

Posted:

Berita baik buat Azizulhasni

Berita baik buat Azizulhasni


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong melawat Azizulhasni di Hospital Manchester Royal Infirmary di Manchester semalam.


MANCHESTER, England - Berita baik buat pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang apabila disahkan boleh kembali berkayuh walaupun mengalami kecederaan selepas serpihan kayu tajam menembusi betis kirinya ketika beraksi dalam acara akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik di sini, Sabtu lalu.

Hasil pembedahan di Hospital Diraja Manchester mendapati tiada anggota penting lain yang rosak atau tercedera.

Malah ketua jurulatih negara, John Beasley mengesahkan yang pelumba bimbingannya itu mampu dan sempat pulih untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

"Kebimbangan besar kami ialah jika ada kerosakan dalaman yang lebih teruk. Mujur ia tidak berlaku terutama selepas imbasan dilakukan dari semua sudut kecederaan itu," kata Beasley.

Bagi menyegerakan proses pemulihan, Beasley berkata, Azizul- hasni akan dibawa pulang terus ke Melbourne minggu depan.

Di samping itu, Beasley turut mengesahkan cabaran buat pelumba berusia 24 tahun itu musim ini sudah berakhir dan tiba masanya untuk berehat daripada kecederaan yang dialami itu.

"Memang dia terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. Tetapi jelas dia begitu kuat semangat walaupun semala- man menjalani ujian imbasan dalam kesakitan.

"Namun, tumpuan kini ialah kepada usaha mengembalikan semula kecergasannya untuk Olimpik 2012. Seperkara lagi yang penting untuk dilakukan ialah menge- lak jangkitan kuman selepas pembedahan," tegas Beasley.


AZIZULHASNI menahan kesakitan apabila betis kaki kirinya tertusuk kayu pada saingan akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, England kelmarin.


Pelumba Britain, Jason Quelly yang muncul juara Olimpik pada tahun 2000 pernah menerima nasib sama seperti Azizulhasni ketika beraksi di Edinburg pada 1996.

Quelly kini telah pun lama menarik diri daripada menyertai acara keirin selepas ditusuk serpihan kayu tajam yang lebih panjang daripada Azizulhasni iaitu 46 sentimeter.

Serpihan kayu yang menusuk betis Azizulhasni hanyalah sepanjang 20 sentimeter selepas terbabit dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi dengan tiga pelumba lain ketika menuju ke garisan penamat.

Azizulhasni bagaimanapun sempat bangkit semula dalam keadaan serpihan kayu itu menembusi betisnya untuk menduduki tempat ketiga dan meraih gangsa, sekali gus ditabalkan sebagai juara keseluruhan keirin Piala Dunia musim ini.

Malangnya insiden itu menyebabkan dia tidak dapat beraksi di Kejohanan Trek Dunia di Apel- doorn, Belanda bulan depan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keluarga bangga pengorbanan

Posted:

Keluarga bangga pengorbanan <i>The Rocket Pocketman</i>

Keluarga bangga pengorbanan The Rocket Pocketman

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

TERKEJUT dan risau.

Bagaimanapun, keluarga jaguh lumba basikal trek negara itu yang turut digelar The Rocket Pocketman di Dungun, Terengganu bangga dengan semangat dan pengorbanan Mohd. Azizulhasni Awang yang masih terus berjuang untuk negara biarpun mengalami kecederaan kelmarin.

Pelumba itu tercedera apabila kakinya tertusuk kayu ketika menyertai acara keirin akhir Siri Piala Dunia Klasik di Manchester kelmarin.

Walaupun mengalami kecederaan, dia tetap bangkit sehingga muncul sebagai pe- menang pingat gangsa dalam acara itu.

Menurut ibunya, Selamiah Yong, 47, ahli keluarganya sangat terkejut dan risau apabila dihubungi salah seorang pegawai Majlis Sukan Negara mengenai kemalangan yang menimpa Azizulhasni.

"Tetapi kesungguhan serta komitmen tidak berbelah bahagi Azizulhasni kepada negara menjadi kebanggaan kami," kata- nya ketika ditemui di Kampung Nibong Stesen, Dungun semalam.

"Masa terima panggilan itu, hanya Tuhan yang tahu betapa risau dan terkejut- nya saya mengenai nasib yang menimpa- nya (Azizulhasni).

"Saya hanya mampu berdoa agar dia di sana tak serius dan selamat.

"Inilah pengorbanan besar dia kepada negara yang tiada tolok bandingnya," kata- nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Stesyen dekat sini semalam.

Menurutnya, Azizulhasni juga ada menghubunginya menerusi khidmat pesa- nan ringkas (SMS) semasa dirawat di hospital di Manchester malam semalam untuk memberitahu keluarga agar jangan risau dengan keadaannya.

"Dia (Azizulhasni) beritahu bahawa kecederaan yang dialami tak begitu serius tetapi selepas lihat gambar dia dalam akhbar hari ini (semalam) saya menjadi risau.

"Keadaannya serius dan dia mengerang kesakitan, kasihan dia," ujarnya sedih.

Menurut Selamiah, anaknya itu sudah keluar dari hospital di Manchester semalam sebelum menaiki penerbangan ke Melbourne, Australia malam semalam.

Beliau difahamkan, atas nasihat doktor yang merawat Azizulhasni di Manchester, anaknya itu perlu berehat selama dua minggu sehingga benar-benar pulih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ferris Danial pilihan Kim Swee

Posted:

Ferris Danial pilihan Kim Swee

Ferris Danial pilihan Kim Swee

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


FERRIS DANIAL (kiri) mendapat tempat dalam skuad Olimpik negara menjelang pertemuan dengan Pakistan esok.


NAMA dua penyerang, A. Thamil Arasu dan D. Saarvindran tercicir daripada senarai 18 pemain yang diumumkan jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee semalam.

Sebaliknya, Kim Swee memilih Ferris Danial Mat Nasir, 19, sebagai penyerang simpanan untuk aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam malam esok.

Tugas penggempur utama akan digalas penyerang Kedah, Ahmad Shakir Md. Ali, 22, dan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani, 22, berikutan kecederaan yang dialami Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Bagi Ferris Danial, dia tidak sangka dan agak terkejut setelah mengetahui namanya tersenarai memandangkan saingan cukup sengit untuk merebut tempat di kalangan 25 pelatih skuad Olimpik.

"Apabila sudah tersenarai ini, sudah pasti saya akan berusaha untuk menunjukkan prestasi sebaik mungkin jika diturunkan pada Rabu ini (esok).

"Saya mahu balas kepercayaan yang diberikan jurulatih dan membuktikan bahawa keputusan jurulatih memilih saya bukan suatu kesilapan. Saya akan cuba," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ferris Danial hanya mula menyertai skuad Harimau Muda B musim lalu tetapi muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 11 gol dalam aksi Liga Premier.

Kemudian, pemain dari Kelantan itu menyertai skuad Harimau Muda A ke Slovakia sepanjang September hingga November tahun lalu dan berjaya meledak tiga gol di negara itu.

"Saya hanya menjadi pemain gantian pada aksi Liga Super musim ini bertemu Negeri Sembilan dan Perlis tetapi pada aksi Piala FA bertemu SDM Navy Jumaat lalu, saya diturunkan sepanjang 90 minit.

"Pada perlawanan itu, saya berjaya menjaringkan satu gol dan ia telah meningkatkan tahap keyakinan saya untuk menghadapi Pakistan," jelasnya.

Selain Ferris Danial, baki 17 pemain yang turut tersenarai ialah Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat, Faizal Muhamad.

K. Gurusamy, Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, S. Sivanesan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Noor, Fandi Othman, Faizal Abu Bakar, Ahmad Shakir dan Ahmad Fakri.

Tujuh pemain yang tidak disenaraikan pula ialah Thamil Arasu, Saarvindran, Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, V. Kavi Chelvan, Abdul Shukur Jusoh dan Nazmi Faiz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan