Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Percaturan Ferguson

Posted:

Percaturan Ferguson

Percaturan Ferguson


EVRA (tengah) mengetuai sesi latihan United menjelang aksi bertemu Schalke 04 awal pagi esok.


MANCHESTER - Manchester United mahu melupakan seketika kekecewaan pada saingan liga domestik bagi memastikan tempat ke final Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

United yang menang 2-0 pada aksi separuh akhir pertama di tempat lawan minggu lalu bakal menanti kunjungan kelab Jerman, Schalke 04 di Old Trafford awal pagi esok.

Skuad bimbingan Alex Ferguson itu tampak sebagai pilihan utama untuk mara ke final di Wembley pada 28 Mei ini.

Namun United yang turut memburu kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan di tangga ketiga, Arsenal pada Ahad lalu.

Menjelang aksi Chelsea, Ahad ini, Ferguson berkata, beliau akan merehatkan beberapa pemain utama ketika berdepan Schalke awal pagi esok.

"Saya akan buat beberapa perubahan. Saya akan bawa masuk semula Paul Scholes, Dimitar Berbatov dan Michael Owen dalam kesebelasan utama.

"Darren Fletcher akan turut beraksi tetapi kami tetap akan turunkan barisan pemain berpengalaman untuk posisi pertahanan.

"Dua perlawanan menentang Schalke dan Chelsea ini cukup penting. Jadi, saya memerlukan pemain yang cergas," kata Ferguson.

Beliau masih berkeyakinan yang pemain United dapat meneruskan rentak cemerlang pada kedua-dua aksi domestik dan Eropah.

"Kami sudah berada di kedudukan terbaik. Itulah yang kami harapkan sejak dari awal musim lagi.

"Kami sudah mara ke separuh akhir dan berkelebihan dengan dua gol serta akan berdepan Chelsea yang sama mata dalam saingan liga domestik tetapi kami berkelebihan beraksi di laman sendiri." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor kembali temui rentak

Posted:

Selangor kembali temui rentak

Selangor kembali temui rentak


PEMAIN Selangor, Hardi Jaafar (kanan) mengasak pemain Kuala Lumpur, Muhd. Hazwan Rahman pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


JUARA bertahan, Selangor kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan musuh setempat, Kuala Lumpur 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Dua jaringan Rudie Ramli dan satu gol daripada Safiq Rahim sudah cukup untuk membawa kebangkitan Selangor yang tewas 0-1 kepada Kelantan dan seri 1-1 dengan Terengganu pada dua aksi sebelum ini.

Namun Selangor masih kekal di tangga kedua menerusi perbezaan jaringan biarpun terikat 36 mata setelah pendahulu, Kelantan turut menewaskan Johor FC 1-0 di Pasir Gudang.

Pada aksi malam tadi, Selangor mendahului seawal minit ke-10 menerusi rembatan cantik Rudie yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.

Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 selepas Ahmad Hazwan Bakri pantas menyambar hantaran Fahrul Razi Kamaruddin.

Enam minit kemudian, Kuala Lumpur berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan kencang Syafiq Johari dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor tidak menunggu lama apabila memperoleh gol kedua hasil sepakan percuma Safiq pada minit ke-46.

Kuala Lumpur terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-60 setelah penyerangnya, Azmi Sarmin dibuang padang akibat kad kuning kedua kerana melakukan terjahan lewat terhadap Azidan Sarudin.

Kelebihan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Selangor apabila berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-89 yang juga gol kedua peribadi Rudie menerusi satu serangan balas.

Selangor akan menanti kunjungan Johor FC pada aksi ke-18 di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kami bukan suka-suka ubah'

Posted:

'Kami bukan suka-suka ubah'

'Kami bukan suka-suka ubah'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


HAMIDIN mempengerusikan JKPT FAM.


"JAWATANKUASA saya bukan suka-suka nak ubah jadual liga. Kita rombak jadual kerana terpaksa. Jadual padat ini untuk memberi laluan kepada pasukan kebangsaan."

Demikian penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JK- PT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ha- midin Mohd. Amin berikutan rungutan beberapa pihak berhubung jadual padat Liga Super musim ini.

Sepanjang April, sembilan perlawanan telah berlangsung selang tiga atau empat hari dan keadaan sama berterusan bulan ini apabila tujuh lagi perlawanan dijadualkan berlangsung.

Bagaimanapun Hamidin berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan lagi kerana ruang masa diperlukan jurulatih kebangsaan, K. Raja- gobal dan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee bagi persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Kelayakan Sukan Olimpik 2012.

"Buat masa ini, tiada lagi perubahan akan dibuat tetapi kita tak tahu apa perkembangan yang akan berlaku selepas ini.

"Apa pun segalanya akan saya jelaskan lebih lanjut pada sesi taklimat JKPT, 11 Mei ini," jelas Hamidin.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata demikian pada sesi taklimat bersama media yang diadakan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM, Datuk Subahan Kamal di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad, Rajagobal dan Kim Swee.

Pada sesi tersebut, Subahan yang juga Naib Presiden FAM serta pengurus skuad kebangsaan, mengumumkan jadual perlawanan persahabatan yang membabitkan skuad kebangsaan dan juga Olimpik sepanjang bulan depan.

Subahan berkata, skuad kebangsaan akan mengatur tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan meng- hadapi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di laman sendiri pada 29 Jun dan tempat lawan 3 Julai depan.

"Perlawanan menentang Hong Kong di tempat lawan pada 3 Jun, menentang Myanmar di Kuala Lumpur (18 Jun) dan satu lagi perlawanan yang akan disahkan lawannya pada 24 Jun sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum menentang Taiwan.

"Bagi skuad Olimpik pula, mereka akan bertemu Kemboja di Phnom Penh (7 Jun) dan bertemu Qatar di Doha (13 Jun) sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua Kelayakan Olimpik menentang Lebanon pada 19 dan 23 Jun depan," kata Subahan.

Andai skuad kebangsaan berjaya menyingkirkan Taiwan, mereka akan layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen