Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tetap tagih Misbun

Posted: 02 Jun 2011 05:32 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Chong Wei harap dapat jumpa bekas jurulatih untuk tawan Kejohanan Dunia

SAYA tidak pernah lupa janji!

Demikian tegas jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei ketika ditanya sama ada sudah bertemu bekas mentornya, Datuk Misbun Sidek seperti yang dijanjikan ketika kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Kedah, bulan lalu. Pada kejohanan yang menyaksikan dia merangkul kejuaraan kelima tahun ini, Chong Wei berjanji mahu bertemu Misbun untuk berbincang mengenai keputusan bekas mentornya yang menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengendalikan skuad pelapis.

"Saya belum berkesempatan menemuinya (Misbun) kerana tiada masa. Ini kerana sejurus selepas GP Emas Terbuka Malaysia, saya bersiap menghadapi Piala Sudirman dan sebaik pulang minggu lalu, terus menyertai sambutan Hari Belia dan hari ini (semalam) serta esok (hari ini) terbabit dengan aktiviti bersama penaja.

"Namun, saya akan tetap mencarinya apabila ada berkesempatan," katanya semalam.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu bagaimanapun menegaskan, dia tidak pernah melupakan jasa Misbun yang membimbingnya menawan mahkota pemain nombor satu dunia sejak tiga tahun lalu.
"Walaupun dia bukan lagi jurulatih saya, saya harap dapat berjumpanya dalam tempoh terdekat untuk berbincang mengenai corak permainan saya, terutama menjelang Kejohanan Dunia di Wembley, Ogos nanti," katanya.

Chong Wei berkata, dia akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Kejohanan Dunia kali ini dengan sasaran menjuarainya selepas beberapa percubaan sebelum ini menemui kegagalan.

"Saya mempunyai lima minggu rehat untuk persiapan rapi. Sebelum ke Wembley, saya akan menyertai Terbuka Indonesia sebagai kejohanan pemanas badan. Jadi, saya harap dapat memenangi kejuaraan berprestij itu kali ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mawar desa

hargailah apa yang ada di depan mata sebelum berlaku berpatah arang

Anuar Zain

Salam Satu Malaysia.. Tahniah Datuk Lee Chong Wei.. Kita orang Malaysia punyai tatasusila yang tinggi.. Jangan sampai peminat cakap Seperti Kacang Lupakan Kulit... Jangan salahkan masa.. Terus jumpa seefoo Datuk Misbun.. Bun memang berhati mulia seperti yang kita semua ketahui.. jangan tunggu lama2.. Malaysia Boleh!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tony bida beli West Ham

Posted: 02 Jun 2011 05:29 PM PDT

Sukan

Tony Fernandes

Tony Fernandes

USAHAWAN penerbangan Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes mengesahkan dia mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham.

"Untuk semua peminat West Ham, satu tawaran dikemukakan kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka menerimanya," kata pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan pemilik pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus itu dalam laman Twitternya.

Fernandes membuat pengumumannya pada hari sama pemilik kelab itu, David Sullivan dan David Gold, memperkenalkan Sam Allardyce sebagai pengurus baru Hammers selepas Avram Grant dipecat tidak sampai sejam selepas kelab itu terhumban ke Liga Kejuaraan musim depan. Sebagai seorang yang sudah lama meminati kelab timur London itu, Fernandes pernah menyuarakan minat untuk membeli pegangan saham dalam West Ham November lalu tetapi gagal mencapai persetujuan dengan pengerusi kelab, Andrew Bernhardt di Kuala Lumpur.

Namun rundingan terus berjalan hingga Januari apabila bekas pemilik Birmingham City, Sullivan dan Gold melengkapkan pembelian mereka dan mengambil alih kelab Upton Park itu.

Ketika itu, Fernandes lega kerana usahanya membeli kelab itu gagal tetapi dia tetap memberi isyarat berminat untuk membeli buat kali kedua.

"Ya, (ketika itu) kerana saya sibuk sepenuhnya dengan hal Lotus. Itu sudah stabil sekarang."
Dengan West Ham terkeluar daripada EPL yang mewah, Fernandes mungkin merasakan dia boleh membeli kelab itu pada harga jauh lebih murah.

Tetapi dia berkata: "Tiada lagi kenyataan mengenai West Ham... kalau sesuatu berlaku, ia berlaku. Kalau senyap, senyaplah." – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

eye

Good Job Datuk...harap jangan pulak pasni Proton (wakil Malaysia) nak beli kelab luar EPL jugak. nnt jadi mcm F1..

Ahmad bin Ismail

Tony tak berhajat nak membeli pasukan seperti Pahang, Kedah @ wujudkan pasukan Air Asia Team di Malaysia, @ setidaknya jadikan pasukan tempatan anak angkat, yang boleh belajar dengan pasukan West Ham tersebut. "Majulah Sukan Untuk Negara..."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan