Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


MSN tak bayar bil ke Bulgaria

Posted:

MSN tak bayar bil ke Bulgaria

MSN tak bayar bil ke Bulgaria

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


ZOLKPLES menegaskan MSN tidak akan membiayai kos atlet olahraga negara berlatih di Bulgaria.


MESKIPUN tiga daripada enam atlet yang bertindak melarikan diri daripada menjalani ujian anti-doping pada 24 Mei lalu telah disahkan negatif namun Majlis Sukan Negara (MSN) tetap tidak akan mengeluarkan peruntukan untuk menghantar mereka menjalani latihan dan menyertai kejohanan di Bulgaria.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, selagi tiga atlet terbabit tidak disahkan bebas daripada melakukan sebarang kesalahan di atas tindakan mereka yang pada awalnya melarikan diri daripada menjalani ujian anti-doping, keputusan tersebut tidak akan berubah.

"KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) sendiri perlu mengesahkan terlebih dahulu bahawa tiga atlet terbabit bebas daripada sebarang kesalahan dan selepas itu baru boleh kami mengeluarkan peruntukan.

"Lagipun, keputusan menghantar atlet terbabit ke Bulgaria adalah untuk acara relay (lari berganti-ganti) yang memerlukan sekurang-kurangnya penglibatan empat atlet dan bukannya untuk acara individu iaitu acara 100 meter atau 200 meter.

"Sekiranya kita tetap juga menghantar tiga atlet terbabit ke Bulgaria ia tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan kerana hanya tiga atlet yang terlibat, kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai status tiga lagi atlet yang telah berada di Bulgaria, Zolkples menjawab: "Memang KOAM boleh cakap tiga lagi atlet telah berada di Bulgaria tetapi kita perlu ingat bahawa mereka ke sana tanpa pengetahuan MSN dan telah melakukan kesalahan apabila gagal menjalani ujian anti-doping seperti yang diarahkan.

"Katakanlah mereka menjalani ujian anti-doping di sana dan keputusannya nanti positif, tidakkah perkara ini akan bertambah rumit dan pastinya memalukan.

"Jadi lebih baik sekiranya KOAM selesaikan terlebih berhubung isu yang timbul ini sebelum sebarang keputusan dibuat," ujar Zolkples.

Drama yang tercetus berhubung enam atlet olahraga negara yang bertindak melarikan diri daripada melakukan ujian anti-doping bermula apabila mereka 'hilang' selepas diarahkan memberikan sampel air kencing di Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.

Ujian anti-doping tersebut merupakan salah satu prosedur sebelum atlet dihantar menjalani latihan di luar negara.

Namun, tiga daripadanya, Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling menyerah diri dan telah menjalankan ujian tersebut pada hari berikutnya.

Kini, tiga lagi atlet iaitu Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Noor Imran masih gagal menjalani ujian anti-doping dan disahkan telah berada di Bulgaria yang mana ia dibiayai oleh KOAM sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blatter janji perangi rasuah

Posted:

Blatter janji perangi rasuah

Blatter janji perangi rasuah

ZURICH - Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dipilih semula untuk terus mengetuai badan induk bola sepak dunia itu dengan berjanji akan membersihkan imej FIFA berhubung isu rasuah sejak bebe- rapa bulan lalu.

Blatter, 75, diberikan kemenangan percuma untuk berkuasa bagi tempoh empat tahun lagi berikutan penarikan diri pencabarnya, Mohamed Hammam yang kemudian digantung atas dakwaan cuba merasuah para perwakilan.

Para perwakilan FIFA pada kongres ke-61 itu berpihak kepada Blatter menerusi 186 undi daripada 203 jumlah keseluruhannya selepas 11 jam ditangguh.

"Kami akan meletakkan semula 'kapal FIFA' ini ke landasan yang sebenar dan perairan yang jernih. Kami memerlukan masa tetapi akan tetap melakukannya.

"Susunan piramid kami cukup kuat kerana memiliki asas yang kukuh. Kami kini perlu memulakan kembali usaha menaikkan kredibi- liti FIFA," kata Blatter sejurus mengesahkan kemenangannya itu.

Blatter yang mula memimpin FIFA sejak 1998 berdepan gesaan untuk melakukan satu reformasi berikutan dakwaan berlaku salah laku ketika proses bidaan Piala Du- nia 2018 dan 2002 yang telah dime- nangi Rusia dan Qatar.

Justeru Blatter menjelaskan bahawa pemilihan tuan rumah selepas ini akan ditentukan dalam kalangan 208 anggota FIFA berbanding oleh 24 ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA seperti kebiasaan- nya.

"Saya mahu beri lebih kuasa kepada persatuan bola sepak negara- negara. Pada masa akan datang, tuan rumah Piala Dunia akan ditentukan pada Kongres FIFA.

"Jawatankuasa Eksekutif FIFA hanya akan membuat senarai pendek," kata Blatter yang berjanji akan berundur sebagai Presiden FIFA pada 2015. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Brown mangsa pertama United

Posted:

Brown mangsa pertama United

Brown mangsa pertama United

MANCHESTER - Pemain pertahanan veteran Manchester United, Wes Brown menjadi mangsa pertama Alex Ferguson yang mahu melakukan rombakan menjelang saingan musim baru.

Pengurus United itu sudah pun meminta Brown yang telah 13 tahun beraksi bersama kelab tersebut supaya mencari pasukan baru.

Brown, 31, kurang diberi peluang beraksi musim ini dan tidak pernah diturunkan sejak kali terakhir ketika United tewas 0-1 kepada Bolton pada 19 Mac lalu.

Dia menjadi pilihan terakhir di belakang Fabio, Rafael dan John O'Shea untuk mengisi posisi bek kanan musim ini.

Ia menjadi tamparan hebat buat Brown yang membuat keputusan bersara daripada pentas antarabangsa pada Ogos tahun lalu kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kariernya di Old Trafford.

Brown telah membuat kemunculan sulung bersama United pada 1998 ketika dia berusia 18 tahun tetapi masalah kecederaan sering kali mengganggu perjalanan kariernya.

Dua pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Brown ialah Everton dan Sunderland. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan