Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Nyaris malu

Posted: 05 Jun 2011 04:22 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Percaturan Capello utamakan Bent gagal ketika seri dengan Switzerland

WEMBLEY: Fabio Capello tidak mengulas panjang selepas melihat penyerang pilihannya, Darren Bent mensia-siakan dua peluang untuk England sekadar seri 2-2 dengan Switzerland dalam perlawanan kelayakan kumpulan Euro 2012 di Stadium Wembley, kelmarin.

Kegagalan meraih tiga mata dalam saingan Kumpulan G itu, meletakkan Three Lions yang berusaha mahu mengelak perlawanan play-off, tertekan walaupun pasukan tangga kedua Motenegro juga mensia-siakan kesempatan apabila seri dengan Bulgaria.

Capello menyenaraikan Bent dalam kesebelasan utama, dan meninggalkan Ashley Young di bangku simpanan tetapi England dikejutkan dengan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit sebelum Frank Lampard merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti. Hanya selepas Capello, yang kehilangan Wayne Rooney akibat kecederaan, memasukkan Young sejurus rehat, barulah England mula mempamer kelancaran untuk menyamakan kedudukan dan sepatutnya menang jika tidak kerana kegopohan Bent.

"Saya berjalan ke bilik persalinan dan Fabio berkata, jangan fikirkan sangat mengenainya. Saya juga menuju ke arahnya di garisan tepi padang selepas (mensia-siakan) peluang kedua itu dan dia berkata, 'tidak mengapa'," kata Bent seolah-olah memujuk hati sendiri.

Capello yang terkenal dengan sikap terbuka setiap kali mengkritik anak buahnya, tidak mengulas panjang sebaik tamat perlawanan tetapi Bent mendakwa, jurulatih warga Itali itu memaafkan kesilapannya.

Namun sikap membisu Capello itu juga memberi isyarat berbeza kerana pengurus itu mungkin akur betapa formula Ashley Young yang digunakan ketika menentang Wales Mac lalu lebih menyerlah berbanding formula Darren Bent yang mungkin kembali ke bangku simpanan selepas ini. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SUKMA medan lahir atlit: Muhyiddin

Posted: 05 Jun 2011 04:21 PM PDT

Sukan

BERWAJAH baru dengan dianjurkan setiap tahun, Sukan Malaysia (SUKMA) bukan saja menjadi pentas melahirkan kelompok atlit muda bagi 40 jenis sukan, malah mengaktifkan lagi persatuan sukan melaksanakan program pembangunan atlit ke pelbagai peringkat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan konsep baru itu juga kerajaan negeri mampu merangka program pembangunan lebih tersusun terhadap atlit, jurulatih, pegawai teknikal dan pentadbir.

"Saya berharap persatuan dan majlis sukan negeri memainkan peranan lebih konsisten dan berterusan, bukan setakat memberikan tumpuan persiapan secara bermusim, sebaliknya perlu mempunyai sistem pembangunan atlit muda secara jangka panjang dan berstruktur. "Jika ini dapat dilakukan secara sistematik, negara tentunya akan dapat melahirkan lebih ramai atlit dalam banyak jenis sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya ketika merasmikan SUKMA Kuala Lumpur XIV di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras, malam tadi.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan